1 Mar 2013

Bilik Tidur Impian

Assalammualaikum.

Mood membuat peta sudah datang menjelma. Entry kali nie pasal bilik tidur. Elok sangat mata pun dah nampak kambing 2 3 kat screen. Oke, aku mengantok awal harinie. Tadi petang dapat tidur kejap saja di ofis. Tersangat best kalau dapat bilik tidur dengan rekaan yang cantik.


Memang sudah diidamkan bilik tidur begini. Aww.. bunyi pelik je kan. Abaikan semua tu.. Sekarang rekaan dalaman bilik tidur memang cantik-cantik, harga pun konfem cantik lagi. Untuk orang yang susah sangat nak tidur boleh tengok tapi kalau lepas ni susah nak bangun, aku tak bertanggungjawab. Serius syok kalau dapat tidur di bilik yang macam ni. Wee..



Selamat malam semua


Sebab Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


Assalammualaikum. 



Selamat tengahari semua dan salam Jumaat buat para jejaka yang menunaikan solat Jumaat. Dihari yang mulia, di bulan Mac dan cuaca yang baik aku nak share dengan benda yang selalu aku fikirkan. Kadang-kadang tu tertanya jugak kenapa, but why? Oke, semua pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada apa yang berlaku... 



Sebab Allah temukan kita dengan orang yang salah


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, kita masih ada rasa syukur pada ketentuanNYA. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. 



Khas buat kawan2 yang selalu menangis dalam fon sambil menceritakan perasaan sedih mereka. Ada yang cakap aku perempuan tabah dan kuat tapi hakikatnya tak. Aku pun sama seperti mereka tetapi situasi dan masa yang membezakan kami. Hargailah pasangan anda. Bukan mudah nak dapatkan orang yang boleh memahami kita dan bertolak ansur. Usah diingat kisah cinta yang dah expired tu wahai si gadis, buang masa dan air mata untuk orang yang tak pernah hargai kita :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com