3 Mar 2013

Tips Lupakan Bekas Kekasih

Assalammualaikum. 


Sila baca tajuk berulang-ulang kali.. Khas untuk kawan kesayangan aku yang susah nak melupakan bekas kekasihnya. Alahai.. Putus cinta ! ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat dapat melalui saat-saat meroyan. Haha. Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang dihati. Jadi mizz nina nak bagi tau sikit tips-tips nak melupakan ex dengan cara sendiri. 


Jangan simpan GAMBAR dengan bekas kekasih. 


Kalau dah putus, lebih elok delete semua gambar kenangan. Jangan simpan satu gambar pun. Tak kiralah di dalam bilik, facebook, twitter dan sebagainya. Cukuplah korang menatap mukanya suatu ketika dahulu... Seperti aku cuma tinggal story dalam blog dan itu dah jadi sejarah. 


Jangan hubungi lagi bekas kekasih dalam waktu terdekat selepas putus cinta dan jangan bergaul bersama kawan-kawannya.


Selagi korang still contact, memang susah nak lupakan dia. Dulu lepas break aku terus tukar no fon, remove dia dari facebook dan lepas tu jangan kutuk-kutuk ex korang dalam fb pulak ye. Haaa, kan senang dah takda gangguan. Dan jangan gatal-gatal bagi no fon baru kat kawan-kawan ex taw. Jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawannya. Jika mempunyai kekasih baru dan mengetahui anda masih berhubung dengan ex mesti cemburu kan? Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tak terluka.






Usah pergi ke tempat yang akan mengingatkan kenangan cinta kamu dan dia. 


Memang tempat tu banyak kenangannya.. Tapi kalau asyik berkunjung ke tempat selalu dating sampai bila-bila pun susuh nak lupa kan? Jadi, buat diri ini.. semua kenangan telah ditinggalkan kt Ipoh. Fullstop! 


Jangan pakai/simpan barangan dan pakaian yang bekas kekasih bagi. 


Masa bercinta mesti ada beli barang yang sama, simpan hadiah dia bagi kan? Seelok-eloknya, barangan itu tak usah dipakai lagi dan relakan hati untuk membuang kesemuanya. Kalau sayang, simpan ditempat tersembunyi atau sedekah saja. 


Luangkan lebih banyak masa dengan keluarga dan rakan-rakan dan elakkan bersendirian, cuba untuk sibukkan diri. 


Buat sesuatu aktiviti yang boleh buat rasa gembira dan takda masa untuk mengingati bekas kekasih.  Silap-silap orang sekeliling kamu pun boleh lupa. Hehehe 






Cuba ingat perkara yang menyakitkan hati yang pernah dilakukan oleh bekas kekasih. Jangan simpan dendam.. 


Senang je kalau kita ingat yang buruk-buruk tentang ex memang terus rasa sakit hati. Automatik ingatan tentang dia makin berkurang malah semakin meluat. 


Cari pengganti bekas kekasih dan percaya pada jodoh


Segeralah kamu mencari pengganti. Sekurang-kurangnya terubat sikit perasaan kecewa kamu. 
Tapi haruslah diingat.. 
"bukan pengganti yang main tangkap muat saja"
Carilah yang betul-betul untuk dijadikan bakal suami atau isteri kamu. 
Kalau untuk bersuka ria, bersepah di mana-mana (mungkin memakan masa sedikit) 
Jangan sesekali tutup pintu hati. 
Bukalah hati untuk mereka yang ikhlas menyayangi. 
In Shaa Allah kamu akan bahagia dan terima hakikat bahawa dia bukan lagi jodoh anda.


Kenapa Berblogging?

Assalammualaikum. 


Selamat berhujung minggu semua. Dengan cuaca yang hujan aku cuma menghabiskan masa dirumah seperti biasa tanpa aktiviti dan tanpa menonton tv cuma melayan blog kesayangan nie. Ada  kawan-kawan yang dah faham dengan perangai aku, aku memang suka berblogging.


Kenapa berblogging? 


Aku tak pernah terfikir nak menjadi seorang blogger. Mulanya minat nak buat blog nie cuma untuk aku tulis kisah hidup saja. Tak sangka usia blog dan mencecah 2 tahun lebih. Mula start berblogging pada 16 Oktober 2010. Kalau baca entry dulu-dulu semuanya pasal kisah cinta aku. Euwww agak geli bahasa yang aku tulis. Maklum la baru start berblogging mana pandai sangat pun. Cuma sekarang penulisan semakin baik kot. I guess so :)


 Kenapa berblog? 





Kerana blog ini seperti diary yang akan menjadi satu tempat tinggalan Sejarah. Merangkumi suka duka, memori, gambar-gambar untuk dikongsi bersama anak cucu nanti dan mereka tahu how much I Love them. Kerana aku tahu suatu hari nanti orang dapat membaca apa yang aku tulis dan dapat sebar atau share segala info tanpa terhad tak macam fb, limit frens cuma 5k saja. Jadi dengan blog sesiapa saja dapat baca. Sharing is caring.


Semakin lama berblogging aku rasa seronok pulak. Dapat baca bermacam cerita dan rasanya cerita yang blogger lain sampaikan lagi cepat dari berita atau newspaper. Paling selamat blog bukan tempat untuk menggatal dan seangkatan dengannya. Dan seronok dapat kawan blogger, sama-sama blogging dan sama-sama berkawan tak kira dalam Fb ataupun Twitter. Teringin jugak nak jumpa dengan diorang semua. In Shaa Allah satu hari nanti. Kawan-kawan blogger pun bukan calang-calang orang, bakal engineer, doktor, cikgu dan macam-macam lagi. Jadi kita jangan la pandang rendah dengan blogger nie.


Ada jugak yang menjadikan blog nie sebagai pendapatan. Aku tak buat income dengan NUFFNANG tapi kalau dapat banyak itu rezeki. Hehe. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com