4 Apr 2023

Drama Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Assalamualaikum readers


Drama Nenek Bongkok Tiga Di VIU | Selepas habis marathon drama She Was Pretty arahan Datuk Yusry Abdul Halim terus layan drama berunsur genre thriller fantasi dalam drama ini yang pasti menarik arahan pengarah yang sama. 



Sinopsis :


Dalam kisah fantasi thriller ini, lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh kumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah.




Cara untuk keluar dari rumah agam tersebut, mereka perlu menghadapi beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Jalan cerita lebih kurang macam Squid Game versi melayu.



Akhirnya sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh terungkai, dan niat Nenek didedahkan. Tapi yang penting, cerita ni tiada hantu pun. Walaupun tiada hantu, tetapi ianya untuk tontonan 18 tahun ke atas sebab ada adegan bunuh, darah dan gaduh. Banyak jugak dialog kesat, sangat tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

3 Apr 2023

Apakah Maksud Penyondol?

 Assalamualaikum readers


Apakah Maksud Penyondol? | Cari maksud ni tak ada pulak dalam kamus bahasa melayu 😂 Lately banyak kita tengok kes rumah tangga dari artis hingga ke netizen, tidak kira umur dan pangkat. Hubby pernah pesan, jangan sesekali share 200% pasal life kami di social media included dalam blog. Share sikit-sikit sudah 😅 Netizen ni kalau tak share pun, kata rumah tangga bermasalah. Hmm matilanak nak ambil pusing mulut orang.



Maksud penyondol tu lebih kepada sondol agaknya. Pendapat sendiri, kalau orang ketiga muncul dalam masalah rumah tangga, itu merupakan pilihan individu. Diri sendiri yang membenarkan orang ketiga hadir dalam keluarga atau kita sendiri ada hak untuk menolaknya.



Perasan tak si penyondol ni tak lah terlalu cantik macam miss world. Mereka sukakan kemenangan, dapat memiliki hati serta hidup lelaki yang dia sasarkan. Mereka ini bersifat kompetetif. Mereka ada target, lelaki yang tak berduit atau tak stabil dan buaya darat bukan sasaran penyondol.


Untuk yang sudah berumah tangga, jagalah hubungan dan dalam masa yang sama, saling mengingatkan untuk menjaga ikhtilat, walau di mana kita berada dan sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan dari golongan penyondol ini. In Shaa Allah 💕 Entri ini tiada kaitan dengan sesiapa.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com