4 Apr 2023

Drama Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Assalamualaikum readers


Drama Nenek Bongkok Tiga Di VIU | Selepas habis marathon drama She Was Pretty arahan Datuk Yusry Abdul Halim terus layan drama berunsur genre thriller fantasi dalam drama ini yang pasti menarik arahan pengarah yang sama. 



Sinopsis :


Dalam kisah fantasi thriller ini, lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh kumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah.




Cara untuk keluar dari rumah agam tersebut, mereka perlu menghadapi beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Jalan cerita lebih kurang macam Squid Game versi melayu.



Akhirnya sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh terungkai, dan niat Nenek didedahkan. Tapi yang penting, cerita ni tiada hantu pun. Walaupun tiada hantu, tetapi ianya untuk tontonan 18 tahun ke atas sebab ada adegan bunuh, darah dan gaduh. Banyak jugak dialog kesat, sangat tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

1 comment:

  1. mesti penulis ksrip dpt idea ms tgk squid game laa tu... kn plak yusri yg jd pengarah... ok laa tu👍👍

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com