28 Apr 2023

Review Drama Wednesday (2022) Di Netflix

Assalamualaikum readers


Review Drama Wednesday (2022) Di Netflix | Setelah 3 hari pulun tengok drama bersiri Top 10 di Netflix, hari ni baru berjaya tengok dengan rasa teruja. Tak sabar tunggu Season 2 yang bakal di tayangkan di Netflix.



SINOPSIS :


Wednesday salah satu watak dalam siri kartun popular The Addams Family, spin off kisah pasal anak perempuan keluarga Addams pula. Kisah bermula apabila Wednesday (Jenna Ortega) dibuang sekolah kerana cubaan membunuh rakan sekolahnya sebab tak puas hati dorang buli adiknya, Pugsley (Isaac Ordonez).


Saat Wednesday lepaskan piranha dalam kolam


Kisah remaja perempuan dengan gaya gothic yang di tukarkan ke sekolah baru sebab masalah disiplin. Morticia Addams (Catherine Zeta-Jones) dan Gomez Addams (Luis Guzman) membuat keputusan menghantar anak perempuan mereka ke Nevermore Academy yang terletak di bandar kecil Jericho iaitu sekolah khas untuk golongan outcast seperti ikan duyung, serigala jadian dan makhluk raksasa lain. Penduduk tempat memangil mereka pelajar-pelajar buangan.


Keluarga Wednesday


Wednesday memberontak tidak mahu bersekolah di situ dan tak nak ikut jejak Morticia dan Gomez tambahan selalu rasa dirinya yang terbaik. Jadi tak nak dibayangi kejayaan ibunya yang merupakan pelajar terbaik di sekolah itu.


Akademi Nevermore


Enid ni roomate Wednesday. Wednesday alergik pada warna-warni

Wednesday seorang introvert dan merasakan kawan tak penting dalam hidupnya. Kesian Enid (Emma Myers) yang try hard nak rapat dengan Wednesday


Dia membuat rancangan untuk melarikan diri dari Nevermore dengan bantuan Tyler Galpin (Hunter Doohan), seorang barista dan anak sheriff di Jericho. Di saat akhir, Wednesday membatalkan niatnya apabila ada kejadian misteri yang membuatkan dia tertarik untuk menyiasat.


Uncle Fester

Thing, pergelangan tangan yang banyak bantu Wednesday

Memang kelakar tengok tarian Wednesday

Tyler ni romantik tapi sebaliknya


 Wednesday terjebak dalam beberapa kemalangan yang menyeru dia untuk menyiasat, melanggar peraturan sekolah dan menggunakan kelebihan psikik untuk menyelesaikan kes misteri melibatkan rahsia silam keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Kes misteri yang disiasat oleh Wednesday semuanya berkaitan dengan moyangnya, Goody Addams dan pengasas bandar Jericho, Joseph Crackstone yang tak suka dengan golongan outcast lalu bertindak membunuh mereka semua. Goody terselamat bangkit membalas dendam.


Siapa sebenarnya Hyde ni?

Cikgu botani


Bertahun masa berlalu, ramai yang percaya semua waris Crackstone telah meninggal dunia jadi pembalasan dendam antara dua pihak ini sudah tamat. Wednesday dapat tahu Laurell Gates merupakan satu-satunya waris Crackstone yang masih hidup dan menukar identitinya dan menggunakan raksasa Hyde untuk membalas dendam pada Nevermore. Siapa sebenarnya Laurell yang juga tuan kepada Hyde?


Dalam cerita ni, ada beberapa misteri yang Wednesday gigih merungkai sebab misteri itu melibatkan keluarga dan keturunannya sendiri.


1. Misteri kematian Rowan Laslow.

2. Kemunculan raksasa.

3. Rahsia kelab Nightshade.

4. Rahsia lukisan Rowan Laslow.

5. Kehilangan buku mantera Goody Addams.

6. Kematian mangsa raksasa.

7. Kebakaran sarang raksasa.

8. Kemalangan Eugene Otinger.

9. Penangkapan ayah Wednesday, Gomez Addams.

10. Pembunuhan datuk bandar Jericho.

11. Kematian Dr. Valerie Kinbott.

12. Misteri makhluk bernama Hyde.

13. Identiti sebenar Tyler Galpin.

14. Siapa sebenarnya cikgu botani, Marilyn Thornhill.

15. Kebangkitan semula Joseph Crackstone.


Terus terang, siri drama ni tak sesuai untuk anak-anak bawah umur tengok. Sebab cerita ni ada beberapa babak sihir, bercumbuan dan pemikiran Ateis, yang tak percaya wujudnya syurga dan neraka.


5 comments:

  1. fun movie...cute je Thing..

    ReplyDelete
  2. sy pun terikut2 jg tarian wednesday tu😂

    ReplyDelete
  3. pandai betul producer pilih pelakon utk watak wednesday ni. mmg ngam teruk dgn jenna walaupun ramai yg pertikaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha setuju dengan Anies.. Jenna memang sesuai jadi Wednesday..

      Delete
  4. Suka semangat dia yang nak menyiasat dan cari kebenaran tu.. Part dialepaskan ikan tu memang terbaiklah.. hahaha..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com