Assalamualaikum readers
Taman Tema Air Splash Out Langkawi | Taman Tema Air Pertama Di Langkawi | Hari ke dua di Langkawi, pukul 10 pagi dah tercongok depan kaunter. Hampir 30 minit menunggu untuk beli tiket sebab ada masalah pembelian kalau beli tiket online. Better walk in kalau nak selamat.
Taman tema air Splash Out Langkawi dibuka pada 15 Disember 2019 dan yang pertama di Langkawi. Dimiliki oleh syarikat tempatan, Halim Mazmin Group yang terletak di Pekan Kuah. Taman tema ini berkonsepkan Magis dan Fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik. Sila bawa tuala sendiri.
Harraz dah garu kepala, nak main gelongsor mana 1 |
Jangan risau, ada cafe dalam taman tema ni |
Di depan kawasan mandi untuk kanak-kanak bawah 5 tahun |
Pelampung free |
Semua mainan, kami laki bini try |
Aktiviti Menarik Di Splash Out Langkawi - boleh tengok di sini
- terdiri daripada 12 permainan air yang menarik dan mencabar mengikut kesesuaian umur. Antara tarikan menarik seperti berikut :
1. Wild Water
2. Sprinkle Island
3. River of Life
4. Ragin Racer
5. Poseidons Revenge - had berat maks 200kg (2 orang)
6. Splash Tacular
7. Perfect Storm - had berat 150-270kg (3 atau 4 orang)
8. Shipwreck Falls - had berat 150-270kg (3 atau 4 orang)
9. Big Splash Kingdom
10. Rainbow Rider
11. Splash Python
12. Splash Twister
Rainbow Rider |
Ragin' Racers - Hubby dah naik dulu dengan geng laki, Nina naik dengan geng gegirl tapi tertinggal sorang sebab tak cukup berat kot 😂 Serius nak muntah wey |
Poseidon's Revenge (gelongsor biru) - gelongsor biru ni naik dengan hubby tapi penat sebab kena bawa pelampung naik tangga. Hazab dan nak putus urat nak sampai atas tapi have fun! |
Gelongsor ni tak berani main sebab SIL bongsu berdarah hidung. Sakit badan katanya. |
Alhamdulillah tak terkandas di tengah-tengah gelongsor macam orang lain. Tak tahu lah rupa muka macam mana |
Harga Tiket :
Dewasa (13-60 tahun) - RM 45
Kanak-kanak (90cm - 12 tahun) - RM 31.50
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun & di bawah ketinggian 90 cm
PERCUMA untuk warga OKU (mesti kemukakan kad OKU)
Kami ambil locker medium (dalam gambar) |
Alamat :
79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas 07000 Langkawi.
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 10 pg - 6 ptg
Jumaat - Ahad : 10 pg - 7 ptg
Wah, bestnya. Last sekali pergi Langkawi bulan 8 tahun 2019 masa tu tak bukak lagi taman tema ni. Harap ada rezeki ke langkawi lagi.
ReplyDeleteLamanya kami tak pegi Langkawi. Makin menarik tempat2nya. ;)
ReplyDeletetaman tema bestkan. mndi manda.
ReplyDeletebwa ank2 kecik happyy. dorng
tapi kalau walk in kompem ke bleh dpt tix?
ReplyDeleteAda tiket tp kena dtg pg lah baru puas nk main semuaa
Deleteserammm dooo naik gelongsor tp x leh gerak lbh2 kat tgh2😁😁
ReplyDeleteinsya allah ada rezeki nk g jg laa ke sini... at least ada tmpt lain nk pegi selain kedai cekelat😂
Bestnya! lama tak gi themepark! susah jugak kalau ringan sangat kan. ada ride tak boleh naik sebab bahaya
ReplyDeleteterhantuk ke tu sampai berdarah hidung?
ReplyDeleteair dia kuat x bau klorin?
ReplyDeleteTak bau pun
Deletekalau walk in confirm dpt eh?
ReplyDeletekalau beli online sistem problem. nk selamat beli walk in
Delete