5 Apr 2023

Telefilem Pontianak 100kg

Assalamualaikum readers


Telefilem Pontianak 100kg | Menemui penonton di siri original Tonton yang terbaharu mulai 5 April 2023. Strim langsung HD dengan melanggan Telefilem Pontianak 100kg di Platform Penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula RM 9.90.



Barisan pelakon antaranya Aya Amiruddin, Mark Adam, Mathni Razak, Afifah Nasir, Wanss Ahmad, Kazar Saisi dan Ady Mohammad dan ramai lagi. Menarik untuk ditonton. Nina ada tengok review shooting dorang di TikTok, memang kelakar. 


Sinopsis :


Mengisahkan tentang pontianak yang mengganas di sebuah kampung dan mempunyai sedikit kelainan kerana pontianak ini berbadan besar dan beratnya mencecah 100kg.



Paling memeningkan, pontianak ini sering menganggu penduduk kampung pada waktu malam untuk mencari makanan dan menghabiskan kesemuanya. Pelbagai usaha dilakukan oleh penduduk kampung, namun tiada yang berkesan dan pontianak masih berkeliaran di kampung berkenaan.



Dharma, Salleh dan Malik antara pemuda-pemuda kampung yang tidak membantu langsung dalam menyelesaikan masalah. Kehadiran Jibam yang proaktif memberi sinar, namun muncul konflik lain. Berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah Pontianak 100kg ini?

4 comments:

  1. lah...nie lah yg nmpk kt fesbuk..pontianak tak boleh terbang...adoi...kalau tgok nie confrm mengalair air mata sebab ketawa punya pasal...hihihi

    ReplyDelete
  2. ada jumpa sedutan cerita ni afifah mcm tgh provok pontianak. hahaha lawak laa pulak

    ReplyDelete
  3. btw mcm mn tau berat ponti tu 100kg?😬

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com