27 Apr 2023

Review Filem Tiga Janda Melawan Dunia

Assalamualaikum readers


Review Filem Tiga Janda Melawan Dunia | Cuti raya seminggu lebih, habiskan masa tengok anak, tengok Netflix, tengok balang biskut raya dan repeat sampai malam 😂 Itu pun kalau tak ada orang datang beraya di rumah. Lately ni, banyak sangat kisah janda dalam Tik Tok siap lagu lagi, jadi trend gamaknya.




Filem Tiga Janda Melawan Dunia atau dalam BI : Three Widows Against the World merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2022 arahan Hyrul Anuar. Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini.




SINOPSIS :


Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim). Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert berharga RM 15 ribu yang hanya terhad kepada 100 orang. Ani berjaya dapatkan tiket tersebut tapi kerana hati busuk Datin Martipah (Rosnah Mat Aris), tiket mereka bertiga dikoyak sehingga hancur. 



Datin Martipah sailang tiket



Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya. Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga vape di kampung yang berjaya mendapat income RM 30,000 sebulan, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan Fikri (Abbas Mahmood), seorang pembantu makmal dan buah hati Ana, anak Midah tapi Midah tak setuju mereka bercinta.


Perisa vape berasaskan bahan dari getah pisang



 Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat, malangnya perisa vape mereka mendapat perhatian pengedar dadah. Hal ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Dalam keghairahan mereka untuk ke konsert tanpa sedar, mereka diburu. 


🌟🌟🌟🌟


5 comments:

  1. tak tahu pula cerita ni dah keluar dekat netflix! tahu sebelumni ada dekat wayang sajaa heheh bolehlah nak tengok!

    ReplyDelete
  2. sempat tak diorg beli tiket baru?

    ReplyDelete
  3. baca komen, ramai ckp.lakonan normah damanhuri dlm cite ni 👍👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Dah berapa kali nak tengok, nak tengok tapi tak berjaya pun.. kikiki..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com