17 Apr 2023

Perlu Ke Minta Izin Suami Sebelum Keluar?

 Assalamualaikum readers


Apa Hukum Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Suami? 


Melalui sudut agama, hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah HARAM. Bila dah jatuh haram, kalau buat, apa jadi? Berdosa besar. Tak kisah tahun 2020 ke, tahun 2030 ke, kalau dah namanya orang islam, isteri kepada seorang suami, maka tetap kena minta izin sebelum keluar.




Ketetapan ini bukan tujuan mengongkong pergerakan si isteri, tapi adalah kerana diri si isteri itu dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah dibawah tanggungjawab seorang suami. Suami perlu tahu ke mana isteri pergi, apa tujuan isteri ke destinasi tersebut.


"Kamal, aku nampak isteri kau kat Mid Valley..."

Ish kau ni, memandai ja.. dia kat umah la..

"La, betol, isteri kau dengan kawan-kawan dia tadi.. aku tak tipu.."


Suami balik tanya isteri, isteri mengaku dia memang keluar tanpa pengetahuan suami.. apa yang jadi? Sikap isteri itu boleh mendatangkan fitnah disebabkan suami tidak mengetahui status isteri.. suami beranggapan dia di rumah, tapi ada orang lain jumpa di luar.


Itu sebabnya isteri kena minta izin untuk mengelakkan fitnah. Kalau ada mulut yang sampaikan ke pengetahuan suami, jika suami tahu status isteri, dan isteri ada di destinasi itu dengan kebenaran, maka suami sendiri akan jelaskan kepada orang tersebut.


Simple...


Bolehkah isteri dianggap nusyuz jika dia keluar rumah tanpa kebenaran?


Keluar rumah tanpa kebenaran juga dianggap nusyuz.. hukum nusyuz juga haram dan berdosa besar. Islam tidak meletakkan satu ketetaan untuk menghadkan pergerakan isteri, tapi ini bertujuan untuk memelihara diri si isteri daripada fitnah. 


Jika keluar dengan tujuan bekerja, menghantar anak ke sekolah, ke pasar, yang merupakan rutin seorang isteri, maka memadai dengan meminta izin sekali sahaja. Jika urusan kecemasan, dibolehkan keluar tapi segeralah cari peluang untuk memberitahu suami tentang keadaan yang dihadapi.


Jangan pandang ringan, jangan ambik mudah. Meminta izin perlu dilakukan sebelum keluar dari rumah dan bukannya ketika dah tiba ke destinasi yang ingin ditujui. Meminta izin dan memberitahu adalah dua perkara yang berbeza


Sumber : FB Firdaus Syakirin

6 comments:

  1. good sharing .. peringatan bersama

    ReplyDelete
  2. Adalah lebih baik Minta kebenatan dahulu sebelum keluar rumah..

    ReplyDelete
  3. reda suami tu perlu. byg kan keluar tanpa reda then meninggal? siapa yg susah? isteri jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami isteri kalau nk ke mana2 better lah inform

      Delete
  4. bla keluar kita jg bawa nama suami. baik buruk suami jg yg akan tanggung kelak...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Nina untuk perkongsian..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com