6 Apr 2023

Servis Bulan Bintang Tidak Mesra Pelanggan

Assalamualaikum readers


Servis Bulan Bintang Tidak Mesra Pelanggan | Pengalaman pertama membeli baju melayu brand Bulan Bintang yang tak seindah. Nak dijadikan cerita ahad lepas, Nina dan family in law's ke SP cari baju melayu FIL dan tudung raya Nina. So far laki I bukan jenis mudah terpedaya nak cuba brand 'viral' sebab dia dah setia dengan brand baju melayu lain. Beli baju Poney Harraz yang harga lagi mahal pun boleh tukar size/warna. Ini kan pula hanya brand local. 


Di resit pun tidak dinyatakan tidak boleh tukar warna baju
Mulanya robot yang reply whatsapp


Bulan Bintang tidak membenarkan pelanggan menukar warna baju jika tersalah pilih walaupun selepas beberapa minit membuat pembayaran dan masih belum keluar dari butik. Alasannya, sudah key in di dalam sistem tanpa staff beritahu atau tampal sebarang memo untuk pengetahuan pelanggan. Adakah ini adil bagi pelanggan? Alasan sudah key in tu nak bagitahu staf pemalas nak delete data dalam sistem dan tukar warna baju.


Beberapa tweet dari customer berkenaan servis BB ni. Ingat dah maju ke bulan rupanya tak. Mana-mana branch servis hancurrr..


Sesiapa yang belum pernah beli baju brand BB ni, dinasihatkan baca dalam website dulu terms and cons. Ini adalah first dan last MIL beli baju di BB. Walapun harga baju hanya RM 199 tapi jangan ingat harga baju murah ya. Nak business tapi tak tahu jaga hati pelanggan. Sooo bagi 🌟 sahaja untuk sikap customer service. Nasib Nina tunggu dalam kereta kalau tak dah kena sembur.

12 comments:

  1. Memang x beli la jenama ni sebab mahal nak mati lepas tu kain dia x best..setia dengan Aisy Ashraf lagi

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya butik kena letak 'No Exchange Policy' atas kaunter pembayaran supaya pelanggan boleh baca sebelum buat pembayaran.

    ReplyDelete
  3. byk jugak yg complain tu..kena amik serius sbb bukan nama yg kecik2 kan

    ReplyDelete
  4. Semanggat Untuk berjaya, tapi kena sabar...!

    ReplyDelete
  5. ada terbaca gak org komen baju dia koyak... ermmm

    ReplyDelete
  6. terima kasih nina pengkongsian ni, baru ada niat nak cari gak untuk suami, dekat kulim ni ,

    ReplyDelete
  7. di Tanah Merah ni ada gak branch BB cuma abam kie x gi sana lg. Raya thn ni x beli baju melayu pun sbb dah byk koleksi sebelum ni..

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang macam Elrah jugak, tak boleh tukar warna walaupun masih dalam butik. Tapi at least servis kat butik dia bagus and staff friendly. Tu yang kadang-kadang rasa nak membeli kat Muaz je kan bila kena gini tapi kang kata tak support Melayu

    ReplyDelete
  9. jgn laa aniaya cust mcm ni. kalau x bleh tkr warna ke size ke beritahu siap2 tampal banner bsr2 dlm kedai tu biar cust nmpk... berniaga ni bkn takat utk ikhlas je...

    ReplyDelete
  10. baca komen ada jg yg xpuas hati dgn jahitan. so diorg cari jg elrah dlm boikot2 tu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com