17 Apr 2020

Resepi Udang Buttermilk Dengan Telur Masin

Assalamualaikum Readers



Resepi Udang Buttermilk Dengan Telur Masin | Cuti-cuti PKP khamis lepas Nina masak menu ni untuk makan tengahari. Boleh tahan sedap untuk percubaan yang pertama. Masalahnya nak cari udang fresh macam susah nak dapat, yang ada stok udang lama. Bila masak ada sesetengah isi dah lembik ☹️☹️ Apa boleh buat, kadang-kadang malas nak buka FB atau IG sebab hari-hari orang post benda sama, makan-makan dah tak nampak kerja lain. Hadoi, tak nak terliur tak payah buka 😬



Udang buttermilk dengan telur masin


Creamynyaaa


Udang buttermilk ni sama macam resepi chicken buttermilk tapi di tambah telur masin yang dah di kacau. Peminat buttermilk cuba lah pasti sedap! Tambah nak puasa ni mesti teringin nak makan macam-macam kan tapi tak boleh ke bazar. Kena la masak nampaknya bulan puasa ni. Harap kita semua mampu puasa sambil stay at home, kena cari hobi lain takkan makan tidur sepanjang bulan puasa 🤭🤔



Bahan-bahan : 


Bahan A

500gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kunyit (untuk menggoreng)
Minyak secukupnya



Udang digoreng seketika


Telur masin ni nak rebus dulu dan hancurkan pun boleh tapi Nina buat macam nak buat telur dadar



Bahan B

2-3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih - dicincang
4 biji cili padi - dihiris nipis
3 tangkai daun kari
1 biji telur masin (di hancurkan, tak perlu rebus)
2-3 cawan kecil susu cair / susu segar
1 sudu kecil tepung jagung (pekatkan kuah)




Dah nampak creamy macam ni boleh masukkan udang, nak lebih berlemak masukkan susu lebih



Cara-caranya :


1. Udang dibersihkan dan kesemua bahan A digaulkan sebelum udang digoreng seketika. Angkat udang dan ketepikan.


2. Masukkan butter dan tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang di hancurkan.


3. Kemudian masukkan susu segar. Kalau nak tambah gula sikit pun boleh. Tak perlu letak garam sebab dah letak telur masin.


4. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau sehingga sebati dan masukkan bancuhan tepung jagung. Masak seketika dan boleh dihidangkanh 😍



16 Apr 2020

Resepi Aglio Olio Simple

Assalamualaikum Readers 🙋🏻‍♀️👩🏽‍🍳


Resepi Aglio Olio Simple | Menu yang dimasak pada hari MCO ke 24, Jumaat lepas tapi kita peram dulu dalam fon. Naik juling gambar makanan banyak sangat. Nina nak share sementara masih cuti. Dalam tempoh MCO, hari-hari tukar menu, melayu ke western dan rotate hingga jemu tapi nak hidup kena lah makan. Duduk rumah lama-lama pun boleh stress, harap tak bercakap dengan dinding la 😂😂 Aglio Olio ni dah lama nak buat, 3 hari sebelum mula PKP ada makan di satu restoran tapi rasanya tawar 😒 Terpaksa minta garam halus. 



Aglio Olio simple



Aglio Olio ni bahan utama cuma seafood. Campak lah seafood sikit ke banyak tetap sedap, janji kena pedas mabeles. Nina godek dalam fridge ada udang dengan sotong, jadi lah. Mak pula suka buat stok dan peram, last-last lupa apa yang dia beli 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Dah tak muat baru nak buat spot check. Okay, meh nak share tapi tak meriah sangat macam makan di luar. Janji sedap dan halal toyyiban 😬



Nina paling suka makan aglio olio sebab tak perlu guna minyak yang banyak


Letak cendawan butang sikit 




Bahan-bahan :


Spaghetti (ikut suka)
Seafood (7 ekor udang dan 4 ekor sotong pun boleh kalau tak ada kupang)
2 Ulas bawang putih (dicincang)
1 Ulas bawang merah (optional)
1 sudu kecil lada sulah
4 Ketul cendawan butang (dalam tin)
2 Sudu besar butter / minyak zaitun
1-2 batang cili padi
Serbuk cili atau cili flakes
Garam secukup rasa



Cara-caranya :


1. Rebuskan spaghetti (jangan sampai kembang)


2. Panaskan 2 sudu besar butter. Guna minyak biasa pun boleh. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Guna api sederhana.


3. Masukkan bahan-bahan seafood. Biarkan sehingga tukar warna.


4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam secukupnya. Dah sebati kesemua bahan boleh masukkan spaghetti dan gaul. 


Yeahh siap Aglio Olio versi PKP 😝😝😝 



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com