31 Jul 2022

Makan Di Lagenda House And Cafe Penang

Assalamualaikum readers


Makan Di Lagenda House And Cafe Penang | Alhamdulillah genap usia 32 tahun pada 4 Julai lepas. Terima kasih hubby balik kerja culik bawa ke sini. Sebelum tu tanya nak makan di mana. Cliche punya soalan. Salah satu cafe tumpuan local mahupun foreingers. Ownernya sama dengan Irama Dining.


Nasi Goreng Bujang Lapok - RM 20
(Pilihan Nina - sedap hingga licin, satay pun besar)

Entrance Lagenda Cafe



Masakan berasaskan malay cuisine dan masa kami sampai tinggal 1 meja saja, yang lain dah full. Rezeki kami dapat dinner berdua celebrate birthday bini dan anniversary (walaupun dah lepas) 😂 Gabungkan sekali, jimat duit.


Prawn Tenpura - RM 12.00 & Ice Bandung - RM 8
(Menu wajib order)

Nasi Ayam Percik - RM 24
(Pilihan hubby - kalau makan pedas, tak galak order sebab tak rasa pedas langsung)

Air Saloma Delight - RM 12
(air rare gabungan buah segar apple & cranberry)


Harga berpatutan, setanding dengan harga cafe di hotel. Total makan untuk 2 pax dalam RM 83.60. Support bisnes orang kita sekali sekala. Kat sini boleh jumpa minuman rare. Tempat lain di Penang tak pernah jumpa lagi. Lokasi area town, confirm tak sesat. Waze saja nama cafe okay. 

29 Jul 2022

Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke?

Assalamualaikum Readers


Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke? | Teringat dulu zaman-zaman bercinta bagai nak rak. Asal dating tengok wayang lepas tu ternak lemak sampai ada list JJCM. Salah satu resto yang termasuk ialah Boat Noodle sebab dekat dengan pintu keluar lepas habis wayang. Heh heh


Ayam Legend Rice Set - RM 16.89

Thai Iced Green Tea - RM 8.96 (Fav teh hijau, kalau masuk BN wajib order)


Semenjak jadi SAH, nama boat noodle hanya tinggal kenangan buat kami. Yang kami makan hanya bowl maggi 😂 Sebab tu malas betul kalau kena godek cari makanan dalam Food Panda. Berjam-jam cari makanan sebelum buat keputusan nak order apa sebab sekarang caj delivery harga yahudi! Jarak dekat tapi caj yarrubbi. Dengan adanya code promosi dapat Nina menikmati menu baru dari Boat Noodle. 


Sos cili sedap! Ada rasa masam manis tapi sikit. Tak puas makan, portion sikit


Tadaaaa.. korang patut cuba menu baru ni sebab sedap! Kepingin nak makan di Thai tapi apa kan daya belum mampu lagi nak bawa anak travel obersea. I is tak kuat, nanti food hunting lupa daratan dan lautan. Kalau ada kesempatan, cuba la ke BN dan rasai sendiri.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com