4 October 2014

Virus Kencing Tikus


Salam Readers..


Akhirnya misi menangkap tikus terlaksana. Cewahh.. tengok tikus tu pun dah menjerit lari keluar dari pantry. Hahaa. Rasanya dah sebulan lebih tikus terperangkap dalam pantry. Tak tau macam mana dia masuk sebab pagi tu, aku nampak dia tengah makan dalam tong sampah. Tekejut mak tau. Ini namanya tikus padi sebab kecik molek. Boleh main gayut2 kat wayar peti ais. 



Kami satu ofis start sedar bila Mr. T nampak tikus lari keluar dari belakang water cooler. Maka dengan itu, sorang pun dah tak berani minum air. Semua bawa mineral sebab takut terminum air yang mengandungi kencing tikus. Kesian pulak bila tengok tikus cuba bangun tapi badan melekat. Terperangkap gara2 kastard basi aku T_____T


Ditangkap pada 2 Oct 2014, 12.55 pm @ pantry ofis


Kecik2 tapi merbahaya. Penyakit kencing tikus disebabkan oleh bakteria LEPTOSPIROSIS. Kalau lihat melalui mikroskop bentuk virus berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama sebulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.  



GEJALA/SIMPTON TERKENA JANGKITAN


1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
3. Batuk tidak berkahak.
4. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalag gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.






KOMPLIKASI

1. Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
2. Pendarahan yang teruk.
3. Respiratory (distress).
4. Kegagalan fungsi hati.
5. Kegagalan fungsi buah pinggang.

*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!



PENCEGAHAN

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistuwa. Jika terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. 

17 comments:

Hikayat Seorang Budak said...

Kecik2 yang membunuh.

Belog Santai said...

Salam Jumaat Nina...

memang bahaya penyakit ni..kita cukup suspen kalau pergi restaurant terjumpa tikus...alamat kena tinggallah makanan tu..

Kathy R'bain said...

memang bahaya ni...

Khai♥Rin : anies said...

Antara perkara yg sy tkt slps kencing katak

Nadratul Syazwana said...

Fuh, beraninya perangkap perangkap tikus ehehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Leptospirosis..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Memang bahaya sebab boleh sebabkan multiorgan failure.
Boleh lumpuh 1 badan..:(

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

More info..can refer here..
http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/07/leptospirosis-penyakit-kencing-tikus.html

aRz MoHa said...

perkongsian yang menarik. baru bertanya pada dr shikin mengenai kencing tikus ni. tak sangka pulak dr shikin pun pengomen tegar disini.

singgah follow dan selamat berkenalan

❤Kamsiah❤ said...

tikus boleh membawa maut...nyamuk pun boleh membawa maut...hmmm..

Scha Nazri said...

Bahaya sangat kencing tikus. Kkdng pergi mandi air terjun pun bahaya kalau terminum air tu.

Siti Zawiyah Rahmat said...

Kencing tikus ni memang sangat bahaya..

Kopiolimauice said...

betul2 kecik2 tapi bisa n bahaya!

MNH SASTERA MELAYU said...

Bahaya betul penyakit kencing tikus ni

kebaikan omega 3

Kita Bantai said...

Dapatkan aplikasi android untuk blog anda di http://goo.gl/g1WtSi

Murni Alfathunnisa said...

tiba2 akak pulak takut...kot2 telah menternak tikus secara tak sengaja di pantry office..harus buat housekeeping lepas ni...bahaya wooo

tiga lalat said...

Salam. Hee sudah terkena jerangkap samar.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com