21 July 2015

Film Review : Terminator Genisys


Salam Readers..

What's up guys ! Akhirnya, dapat juga tengok wayang Terminator Genisys pada hari raya ke 4. Since movie released pada 2 Julai lepas tak dapat tengok sebab bulan puasa mana date. Menghormati bulan ramadhan. Kite terpikat dengan Jai Courtney, handsome tengok mata biru dia. Dalam movie "The Divergent Series : Insurgent" dia jahat, siap bertatu. Tak suka.. Terminator Genisys, filem ke 5 kronologi 'Terminator' since Arnold muda sampai bersara jadi Gabenor California. Filem ini box office $318.2 juta






Sinopsis Terminator Genisys :


Pada tahun 2029, John Connor melancarkan serangan besar-besaran menentang mesin dari SkyNet, sistem yang mahu menghapuskan umat manusia. Sebelum serangan, SkyNet mengaktifkan mesin masa dan menghantar balik Terminator T-800 ke tahun 1984 untuk membunuh ibu John, Sarah Connor. 


Semasa dia hampir berjaya mengalahkan SkyNet, orang kanan John, Kyle Reese, sukarela untuk menjadi pelindung ibunya. John menghantar Kyle kembali ke masa lalu (tahun 1984) untuk menyelamatkan Sarah Connor dan memastikan dia wujud. Semasa Kyle berada dalam medan mesin, dia nampak John diserang oleh seorang askar (mesin). Kyle mendapat bayangan dari zaman kanak-kanaknya tentang kejadian pada tahun 2017. 


Tentera John menyerang kubu SkyNet
John Connor dan Kyle Reese
John menghantar Kyle untuk menyelamatkan ibunya


Apabila terminator T-800 yang dihantar oleh SkyNet tiba pada tahun 1984, mesin itu dimusnahkan oleh Sarah dan The Guardian / Pops, T-800 (model 101) yang diprogram dan dihantar untuk melindungi Sarah ketika umur 9 tahun. Kyle Reese tiba dan diserang oleh T-1000. Sarah dan Pops menyertai Kyle dan menghancurkan T-1000 menggunakan asid.


Sarah dan Pops memdedahkan mereka telah membina sebuah mesin masa serupa dengan SkyNet, dan Sarah merancang untuk ke tahun 1997 - SkyNet mula diaktifkan. Sedar garis masa telah diubah, Kyle yakin masa depan telah berubah kerana amaran yang diterima dalam bayangan zaman kanak-kanaknya. Dia memujuk Sarah ke 2017 dan bukan untuk menghentikan SkyNet. 


Kyle melarikan diri dari T-1000
Sarah selamatkan Kyle dari T-1000
T-1000 tak habis-habis
Tangan Guardian selepas meleburkan T-1000 guna asid


Tahun 2017, Kyle dan Sarah tiba di tengah lebuh raya San Francisco dan diberkas oleh polis. Ketika sedang dirawat, Sarah dan Kyle tahu SkyNet dipanggil "Genisys", sistem operasi secara global akan dilancarkan tidak lama lagi. John muncul dan menyelamatkan Sarah dan Kyle, ketika itu John mengaku Kyle Reese adalah bapa kandungnya. Terkejut Kyle.


Guardian muncul dan menembak John, memberitahu John menjadi Terminator T-3000. Walaupun Kyle telah dihantar kembali melalui masa, SkyNet adalah dalam bentuk T-5000 yang menyamar sebagai askar John. Ia menyerang John dan mengubah menjadi Terminator. John ditugaskan untuk Cyberdyne Systems dan mengembara kembali ke masa untuk membantu mereka mengembangkan Genisys.


Sarah bertemu dengan John
Rupanya teddy yang Guardian bawa tu ada senapang
Kyle sayangkan Sarah dan memujuk untuk bersama
Guardian menyelamatkan mereka selepas di serang John


Sarah, Kyle dan Pops melarikan diri dan membuat persiapan akhir untuk memusnahkan Genisys. Mereka ke pejabat Cyberdyne dan John mengejar mereka. Semasa mengejar heli, Pops mengebom heli John dan terhempas. John masuk ke Cyberdyne, dan menukarkan masa Genisys dari 13 jam ke 15 minit. Ketiga mereka meletupkan bangunan Cyberdyne tetapi dihalang oleh John. 


Guardian memerangkap John dalam mesin masa. Kedua-duanya dimusnahkan, sebelum letupan, John melemparkan mayat Guardian ke dalam tong cecair polyalloy percubaan yang boleh berubah bentuk. Kyle dan Sarah berjaya keluar dari tempat letupan.  Guardian muncul, dinaik taraf dengan komponen polyalloy yang boleh bertukar bentuk.


Siapa sangka John boleh bertukar jadi Terminator
Pops tanya Sarah sukakan Kyle. Hehe


Ketiga-tiga mereka ke rumah zaman kanak-kanak Kyle, disana Kyle memberitahu dirinya semasa kecil mengenai Genisys dan mengarahkan mengulangi amaran berulang kali di cermin. Endingnya, teras utama sistem Genisys di bawah tanah terselamat dari letupan. 



4.5/5*


p/s: Ada lagi siri ke 6 Terminator.. Tak sabar nak tunggu, mungkin Kyle Reese dan Sarah Connor ada family baru. Who know? 

_______________________________________________________________

Nak dijadikan cerita basi, hari keluar tengok movie ni dengan my nephew, keluarga Mak Long konvoi beraya di rumah. Fuhh.. selamat tak ada. Itu sebab raya ke 4 selesa keluar rumah :) Sebelum ketawa tengok Arnold, makan subway dulu. Budak Lokman tu kalau keluar mesti kena belanja. Semakin pokai ku rasakan. Kakaka


Italian Bread. My fav !

Raya ke 4, takda makna nak pakai baju kurung dah, Hehe


11 comments:

Dunia Zumal said...

Bestnya terminator tu, tak dapat nak tengok pun...

perubatan khalifah said...

haha, bila dah melibatkan mesin masa, memang kena baca preview dulu la..
kalau tak, memang susah nak tangkap jalan cerita dia.
lagi-lagi kalau ada overlaps masa.
(hihi, ni pon dah start tak faham apa yg saya tulis ni, paham2 sendiri jer la).
terlepas cerita tu, sebab member semua balik kampung beraya, jadi, nak tengok sorang, tak biasa la pulak.
apa-apa hal pun, thankz.
-blogspot : rawatankanser2013

Shahida Dzulkafli said...

Sha pun suka subway tp suka roti oregano..x tgk lg terminator noe..feveret tp xberkesempatan ke wayang..

izzeyda said...

hahaha bestnya tengok wayang.. ntah bila nak terjah lagi.. anak2 ajak dah tengok wayang plak..

Jari Manis said...

Arnold!!!! mmg terbaik lah...walaupun sudah berusia..lakonan tetap mantop!

Puteri Wanita said...

time raya pun sempat gi wayang :) ...

Puteri Wanita said...

heroin cantik ... tapi hero tua ;)

Puteri Wanita said...

oopps ... baru perasan yg tua tu bukan hero, guardian rupanya :p

Khai♥Rin : anies said...

yg sblm ni pun sy x tgk lg ;-)

Kira Sakura said...

nina memang kaki wayang ek?

Murni Alysa said...

hakni akak tengok sampai habis sebab suka arnold susah nak eja tu..hihihi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com