28 March 2015

The Divergent Series : Insurgent


Salam Readers..


Review Filem The Divergent Series : Insurgent | Hi, what's up guys ! Keterujaan untuk menonton sambungan movie Divergent terlaksana. Thanks to my buddies. Kalau korang tak layan sekuel pertama jawabnya nganga jelah dalam wayang tu. Terfikir kenapa Tris potong rambut. Aku suka tengok rambut dia dalam Divergent. 





Sinopsis The Divergent Series : Insurgent :



Insurgent menyambung kisah Divergent dimana penghujung filem itu Tris, Four, Caleb dan Peter sedang melarikan diri dari dikejar pihak Dauntless di bawah arahan Erudite iaitu Jeanine Matthews. Mereka kini berlindung di perkampungan Amity (The Peaceful) sebelum memikirkan langkah seterusnya.


Namun pihak Dauntless si Eric dan bala tenteranya mula menjejaki mereka selepas mendapat maklumat dari Jeanine yang membongkar rahsia kotak yang dapat menyelesaikan masalah Divergent dan kotak itu hanya boleh dibuka oleh seorang Divergent. Semasa melarikan diri, mereka terserempak dengan sekumpulan orang Factionless (pihak pemberontak Divergent). 





Dan subplotnya, mula mengetahui Four atau Tobias Eaton yang membenci parents yang dianggap membuangnya terutama ibu kandungnya, Evelyn Johnson-Eaton yang dikatakan meninggal rupanya masih hidup dan menjadi ketua puak Factionless.


Walaupun sudah beberapa orang berciri Divergent dicuba untuk membuka kotak itu, namun masih gagal. Sudah tentu satu-satunya manusia Divergent yang akan berjaya membuka kotak ialah Tris! Oleh sebab Tris menyalahkan dirinya atas kematian parents dia akhirnya menyerahkan diri kepada pihak Dauntless. 






Scene paling hebat apabila Tris cuba buka kotak tu dan kena lalui 5 ujian yang berkaitan 5 elemen : Abnegation (tak pentingkan diri), Amity (keamanan), Candor (kejujuran), Erudite (kepintaran) dan Dauntless (berani). Kesemua ujian tu sangat hebat, tak semua ahli Divergent akan lepas kecuali kematian. Nak tahu kesudahan kena tengok sendiri! 


Kagum dengan visual CGI yang hebat! Pada aku, masa scene simulasi tu ialah part paling ohsem dalam filem ni. Kalau nak tahu best ke tak Insurgent hanya untuk yang follow Divergent. Bukan apa, bagi yang bermula dengan Insurgent, korang akan rasa slow sebab filem ni bermula selepas tamat Divergent. 







*4.2/5


Keterujaan diteruskan untuk filem ketiga "Allegiant" yang terbahagi kepada 2 bahagian pada tahun 2016 dan 2017. Lama lagi nak tunggu. Berjanggut tu. Hehe



Boleh dikatakan ini filem yang ditonton bagi penghujung bulan March sebelum tiket dikenakan GST! Alamak.. makin mahal ler nak tengok wayang lepas ni. Sob.. sob



Tiket sebelum GST !

Senget memikirkan GST ke atas tiket wayang

Welcome home my gf yang hujung tu dari Sabah. Kami sudah anda bila lagi?



13 comments:

helmy Rose said...

tunggu dvd la.lyn dirumah ja.panggung gelap sgt.rs rimas la :)

Farah said...

Teringin nak tengok tapi malas nak pergi cinema. Macam mana ni? hehe

Farrah MF said...

Nak tengokkkk tapi tak sempat2!

Siti Yang Menaip said...

haaaa ni CT tengok ahahaha.. sempat culik adik sdara p tengok.. best. n those yang tak tengok divergent mesti tak faham.. handsome Four ahaha.. tapi si Caleb adik Tris tu lembab betol. pandai tapi tak guna.. next series lagi sedih huwaaa..

tiga lalat said...

Salam .Hee sonoknya tenok muvie ;p

Khai♥Rin : anies said...

oleh krn x tgk yg pertama so yg ni tgk pn blur2 je ;-)

aRz MoHa said...

best tak cerita ni amanina?

Mime MF said...

mcm best je..*nampak sgt jenis ketinggalan kan...;p

Pha Is said...

x tengok lagi siri no.2 ni.. tunggu download la.. nk tgok wayang, mahal sbb gst.. heheh

Nurul Shahira said...

Tak tengok lagi. Tapi I did know about divergent, hehe. Rasanya pehni nak download laju-laju lah! ^^

Qaseh Vee said...

x de geng nak tgk ... huhuhuuu

Puteri Wanita said...

macam best je.. tapi tak pergi cinema dah sekarang ni.. uwaa :p

izzeyda said...

suka tengok filem macam nih..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com