7 Mar 2015

Review Filem : Chappie

Salam Readers..

Review Filem Chappie | Tak rugi tengok movie ni ! Selepas tonton rasa macam nak tengok lagi dan lagi. Serius aku ketawa terbahak-bahak sehingga berair mata. Movie Chappie ni sangat best untuk ditonton selepas movie Kingsman : The Secret Service. Jika biasa dengar "don't judge a book by it's cover" tapi dalam movie ni berbunyi "don't judge a movie by it's trailer". Jalan cerita sememangnya firts class. 







Sinopsis :


Chappie, salah sebuah robot polis bernombor 22 yang bertugas untuk membanteras jenayah di kota Johannesburg. Robot droid membantu polis untuk menjaga keamanan, Dicipta oleh Deon (Dev Patel) untuk kegunaan polis. Robot bernombor 22 (Chappie) telah mengalami kerosakan teruk dan perlu dihapuskan kerana tidak boleh diperbaiki lagi. 


Deon yang kebetulan berjaya mencipta program baru untuk robotnya mengambil peluang untuk install program pada robot no 22 ni. Kebetulan semasa Deon hendak install program pada robot, dia telah diculik oleh sekumpulan samseng. Deon install robot 22 di tempat tinggal samseng itu. Deon telah menemui sesuatu yang mampu membuatkan robot mampu berfikit dan mempunyai perasaan seperti manusia.



Deon Wilson and Chappie


Nama Chappie telah diberikan oleh salah seorang penjenayah perempuan bernama Yolandi dan Chappie menganggap Yolandi sebagai mommy dan Ninja sebagai papa. Chappie yang bersifat seperti bayi dan berupaya belajar dengan cepat berbanding manusia. Chappie telah diajar oleh Ninja untuk menjadi gangster tetapi mendapat tentangan oleh Deon kerana mengajar perkara yang jahat.


Pada masa yang sama, Vincent Moore yang juga pereka robot sangat cemburu kerana Deon mendapat pujian daripada bos serta mendapat dana yang tinggi untuk droid polis. Vincent telah mencuri satu alat kajian Deon dalam kepala Chappie dan cuba memusnahkan kesemua droid polis. Dengan tujuan ketiadaan droid polis milik Deon membolehkan robot milik Vincent dapat diaktifkan dengan serta merta. 



Vincent Moore
Gangster ajar Chappie
Chappie tengok tv



Watak Chappie yang lucu terselit juga beberapa babak sedih di mana Chappie telah ditinggalkan oleh Ninja di suatu tempat dan telah dibuli oleh samseng jalanan dan ditangkap oleh Vincent Moore dan tangannya dipotong. Chappie telah diajar untuk menjadi gangster tetapi sentiasa berprinsip untuk tidak melakukan jenayah hasil didikan Deon.


Walaupun Chappie seperti budak-budak tapi dia berjaya menemui satu cara di mana mampu memindahkan dirinya kepada robot lain memandangkan Chappie akan kehabisan bateri dan bateri itu permenant yang tidak boleh di recharge mahupun ditukar ganti. Kepintaran Chappie juga dapat memindahkan kesedaran Deon yang cedera teruk ditembak oleh robot Moose. 

Chappie Gangster
Yolandi, Ninja, Yankie dan Chappie 

Chappie VS MOOSE

Chappie meletakkan bom pada robot MOOSE

Chappie mahu tukar badan



Movie Chappie banyak nilai kasih sayang kekeluargaan dalam bentuk Sains Fiksyen. Scene dimana 'ibu' Chappie mati ditembak betul-betul menyayat hati. Untuk lebih dramatik, layan trailer Chappie dulu ! 


*5/5


****************************************************************


Sebelum layan Chappie, tiba masa menternak lemak di The Manhattan Fish MarketSebelum ketawa dengan kerenah robot tu tak ada perut kelaparan. Makan puas-puas sebelum GST. Nak makan selalu memang pokai plus bankrap jawabnya. Hehe..


Memandangkan kami tak nak rushing time makan, so decided nak makan yang simple tapi kenyang. Menunya..

Da Bomb - RM 30.90
Blue Lagoon - RM 10.90
Ice Lemon Tea - 6.50


Setiap hari akan ada soalan pelik macam ni. Hehe
Ice Lemon Tea  &  Blue Lagoon
Serius sedap Da Bomb ! Sekali makan meletup
Nampakkan pipi semakin membulat. 

9 comments:

  1. nak pergi tengok guna free movie passes tapi macam malas....

    tapi semua cakap chappie best.... rasa rugi pulak kalau tak tengok...
    alang2 dah dapat tiket free.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee saya pun dh tengok muvie chappie ni memang ohsem kann.

    ReplyDelete
  3. tgk preview mcm best ...nnti nk donlod....hehehe

    ReplyDelete
  4. Banyaknya movies yg akak belum tengok,..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya movies yg akak belum tengok,..

    ReplyDelete
  6. alaaaa nak tengok muvie tak dok geng T.T next time ajakla CT skali..

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik tapi bila ada anak ni payahla jawapnya.. nak tinggal rasa tak patut...

    Syoknya makan sebelum wayang tu.. air blue logoon tu nampak menarik dwngan ice cream

    ReplyDelete
  8. menarik filem nih.. nak cari CD laa nanti..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com