21 February 2015

Film Review - Kingsman : The Secret Service


Salam Readers..


Review Filem Kingsman : The Secret Service | What's Up Guys.. sempat layan movie ni. Memang tak sabar nak tengok filem ala James Bond. Memandangkan ticket selling fast maka book ticket di GSC adalah selamat dari beli direct di kaunter. Sukakan filem dari British ini. Jom layan review dulu.. Hehe


"If you're prepared to learn and advance, you can transform."





Sinopsis:


Semasa misi di Timur Tengah, ejen rahsia Harry Hart tidak dapat menyelamatkan salah seorang ejennya. Rasa bersalah, beliau sendiri menyampaikan pingat keberanian kepada balu lelaki dan anak kecilnya, Eggsy dan berkata bahawa jika mereka memerlukan bantuan, mereka perlu menghubungi nombor telefon di belakang pingat dan menyampaikan mesej berkod.


17 tahun kemudian, dalam misi untuk mencari Professor Arnold, seorang saintis iklim diculik, ejen Kingsman lain iaitu Lancelot, dibunuh oleh Gazelle, pembunuh dengan kaki bilah palsu. Di London, Eggsy tidak bekerja dan tinggal dengan ibunya, adik perempuan dan bapa tiri. Walaupun pintar dan mampu, dia meninggalkan latihan untuk Marin Diraja kerana ibunya bimbang beliau akan menjadi seperti ayahnya. 


Butik Kingsman
Harry Hart (Galahad) 


Samseng mengancamnya di sebuah pub, Eggsy mencuri kereta samseng itu. Selepas ditangkap, Eggsy menghubungi nombor pada bahagian belakang pingat dan dilepaskan. Harry bertemu Egssy di luar pejabat polis dan membawanya ke sebuah pun, diaman Harry mengkritik Eggsy untuk mengubah hidupnya. Apabila samseng menganggu, Harry menasihati untuk meninggalkan mereka. Apabila Harry beri pengajaran kepada samseng baru Eggsy percaya kata-katanya. 


Harry memberitahu Eggsy tentang agensi perisikan rahsia tempat dia dan mendiang bapanya bekerja di Kingsman, dan mempunyai kekosongan untuk agen baru (untuk mengisi tempat Lancelot). Sementara itu, Kingsman sedang menyiasat jutawan internet Richmond Valentine, yang telah mengumumkan akan memberi SIMKAD percuma di seluruh dunia yang membolehkan panggilan telefon dan akses internet secara percuma. The Kingsman mengesyaki dia terlibat dalam beberapa kehilangan orang kenamaan, termasuk Puteri Sweden. Harry menjejaki Professor Arnold ke kelasnya, di mana beliau beritahu tentang Valentine. 


Eggsy dan Galahad tiba di Kingsman
Bilik yang menempatkan senjata perisikan


TO BE CONTINUE..

Apakah yang akan terjadi? Adakah Eggsy akan diterima menjadi salah seorang anggota Kingsman? Dan adakah Valentine akan berjaya melaksanakan misinya untuk "membersihkan" Bumi? Kalau nak tahu kena tengok Kingsman : The Secret Service




My Review:

  • Kingsman : The Secret Service merupakan filem bergenre spy action comedy yang diadaptasi dari komik The Secret Service
  • Adakah Eggsy akan berjaya melepasi semua ujian saringan untuk bersaing dengan 8 orang calon yang lain untuk melayakkan diri untuk menjadi salah seorang anggota Kingsman?

Kingsman : The Secret Service Candidates
Ujian Pertama buat Kingsman Candidates

  • Plot dan cerita yang sangat menarik dari mula sampai habis.. walaupun durasi movie melebihi 2 jam tapi memang takkan rasa sebab aksi dan humour dalam movie ni memang WOW.

  • Watak Richmond Valentien yang dilakonkan oleh Samuel L. Jackson memang sengal.. agak pelat sikit. Nama saja penjahat tapi bila tengok darah, dah rasa nak muntah. Hampeh..

  • Time nak ending, jangan terkejut bila tengok kepala orang meletup mengikut rentak lagu. Rasa seronok pula tengok. Hehe

Ahli Kingsman : The Secret Service
Eggsy berjaya dalam ujian 'menyimpan rahsia' walaupun akan digillis
Eggsy hensemkan?

Movie ini agak menarik dan berbaloi untuk ditonton tapi sesuai untuk 18+ sebab ada killing scene yang nampak ganas sikit. Itu guna CGI nampak real. Ini movie yang kelakar, sekurang-kurangnya lebih baik dari Ascending Jupiter


4.7/5*

Kingsman menduduki filem terlaris di GSC
Kami sudah anda bila lagi? Happy Chinese New Year 2015 !

9 comments:

Dunia Zumal said...

Ngeri lak kepala meletup ikut lagu ^^

Farah said...

Teringin juga nak tengok cerita ni sebab ramai kata best.

Khai♥Rin : anies said...

mmg best cuma sy x wat review hari tu... opismet pun ckp cite ni beeter dr james bond ;-)

Siti Yang Menaip said...

GSC Sunway Carnival ke tu ? eheheh =p
alahai kite tak de geng nak tengok movie sama2.. huurm..

Pha Is said...

ramai yg cakap best.. tapi saya tak sempat tengok lagi.. hmm.. tunggu download je la nmpaknya,..
gambar tu macam kat gsc sunway je.. heheh

ASRN said...

dtg sini.. best movie ni..

Asha Lya said...

Trlalu lma dah x lyn wayang kat panggung huhu

Jari Manis said...

sis JM dah tengok..BES sgT!

Nurul Shahira said...

Best Kingsman ni. Sha tengok 2nd day lagi, tak sabar betul, hehehe :D. Eggsy sangat bergaya eventhough muka jambu, ekekeke ^^

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com