25 August 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Borong Kain Lawa @ Ben Thanh Market


Salam Readers..



HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : KAIN LAWA DI BEN THANH MARKET (PART 3)


Buat peminat kain bunga-bunga, dalam hati ada bunga, minah dan mat bunga 🌻 Eh terlajak taip. Haha.. Entri ni akan buat korang meleleh air liur tengok corak-corak kain. Harap bertabah ye. Meh sambung jalan-jalan Vietnam hari kedua, lepas balik dari sungai Mekong, tour guide drop kami di Ben Thanh Market.



Membeli belah kain cotton lawa-lawa meh ke Vietnam. Semua cantik!



Maka shopping gila-gila buat kali kedua bermula sehingga tengah malam. What?? Malam tu kami sampai hotel dalam pukul 1 pagi. Hahaha. Shopping sampai rabak purse sebab keesokkan harinya nak balik dah. Dengan tak packing baju-baju lagi. Haih



Ben Thanh Market ni besar ada empat pintu masuk utama, kalau terpisah tu jenuh nak cari dan kami terpisah sebab Nina dan Anies tak membeli sangat. Shopping dalam ni kalau tak sampai 4 or 5 jam memang tak sah. Banyak kedai kain, dan serius korang akan berhenti dari satu kedai ke kedai lain. Nak beli kain pun kena survey kualiti dan harga kain ye makcik2, kakak2 😅😆




KEDAI KAIN PE LIN 




Kedai kain cotton Pe Lin di Vietnam




Kedai kain pertama yang dituju, baca dalam blog2 banyak kata kain dari kedai ni lawa-lawa dan bermacam jenis material kain dari Korea. Kerlasss.. Ada 2 kedai kain Pe Lin, dalam butik luar Ben Thanh Market dan satu lagi dalam Ben Thanh. Kami terjah dalam market dulu dan mak aii banyak orang dok berebut kain. Panas tak terkira ! Woihhh tak tahan 😤 Serius tak seronok nak pilih kain.



Then, kami keluar ke kedai luar market. Rasanya senang nak pilih kain dan tawar menawar dari dalam Ben Thanh yang crowded gila tu. Dari segi harga agak berbeza sikit dari dalam Ben Thanh. Ini kerana mereka juga kena bayar sewa kedai. Jangan lupa terjah kedai Pe Lin kalau ke Vietnam!




Kedai kain cotton yang diterjah

Kedai kain untuk Melayu di Vietnam ! Haha

Bawak mengucap bila tengok kain lawa-lawa

Bermacam jenis kain lace pelbagai corak

Corak kain di Vietnam cantik-cantikkan



Bermacam jenis corak dan material kain, kain lace, silk, kain kapas. Rambang mata tak tau nak beli ke tak, last-last Anies sorang je yang beli kain corak bunga-bunga rose, ala English style. Pandai pilih kain cik akak tu. Hehehe. Nak beli tapi takut muatan lebih. Sob.. sob. Dah verangan nak beli kain untuk Bridemaids. Haha. Serius rasa nak guling-guling dalam kain, rasa nak angkut satu kedai dan dorang bagi diskaun kalau beli banyak.



Kain cotton corak flora paling cantik peniaga Vietnam jual

Corak kain disusun dan dipotong 4 meter siap

Kain Viscose corak floral ni lawa, warna pun ceria


Kalau dulu orang Mesia sibuk angkut kain di Bandung, sekarang turn Vietnam pula. Rasanya material kain lagi baik dari Indonesia. Kalau plan nak meniaga kain, elok lah cari supplier kain di Vietnam ni. Corak dan design kain pun up to date. Harga bergantung kepada jenis kain yang dibeli. Yang penting ibu2 harus pandai tawar menawar dong.




KEDAI KAIN PE LIN DALAM BEN THANH MARKET



Board senarai kedai-kedai dalam Ben Thanh Market. Canggih noks!


Dah habis usha-usha kain, kami masuk dalam Ben Thanh Market cari kedai Pe Lin. Jangan risau dalam market ni ada board direktori setiap kedai. Cuma perlu tahu no kedai yang korang nak serbu tu. Masuk dalam ni nafsu membeli tu dah tahap dihasut. Semua benda nak beli, jangan balik hotel rasa menyesal sebab tu kena jadi hati kering baru tak membazir. Alhamdulillah, Nina dan Anies relax. 


Kedai kain cotton dalam Ben Thanh Market

Pilih kain yang korang suka

Bermacam jenis kain lace ada dijual dalam Ben Thanh



Masuk saja sana sini muka Melayu. Jammed pala otak tengok peel berebut-rebut kain macam kat pasar berebut ayam, ikan etc. Kesian peniaga-peniaga tak menang tangan. JANGAN BAWA KANAK-KANAK kalau nak shopping. Ini bukan tempat sesuai nak bawa anak kecil. Unless selfish parents. 




Tak sure apa beza kain Pe Lin dalam Ben Thanh dan di luar tapi kain-kain yang dijual tetap sama mungkin kalau jenis cerewet dan suka memerhati akan tahu perbezaannya sebab tu harga murah sikit dari kedai luar. Kedai lain memang tak tengok. Rasa nak cepat-cepat keluar dari situ. Tudung pula bermacam style ada pashmina, bawal dan Nealofa. Tak jumpa wide shawl ye. Kalau tanya shawl, peniaga akan garu kepala.



Tudung pashmina banyak di jual dari bawal
Alhamdulillah hujan di Vietnam, meh balik ke hotel. Jangan naik teksi putih ini. Minah salleh selamba pakai baju hujan naik moto. Gadis Malaysia? Ermm



Kad bisness Kedai Kain Pe Lin Vietnam



Conclusionnya, selamat membeli dan buat pilihan yang bijak. Kami bayar guna RM 💸 Jangan boros takut korang ada masalah di airport. Tak lepas baggage tak tahu la. Hahaha.. Itu jelah yang dapat kita share, jenis tahan panas mungkin mereka berjaya tawaf satu market. Entri travelog HCM tak berakhir lagi, nanti Nina kongsi tips-tips dan bajet 😎 Sekian







48 comments:

  1. Fuh, kental bagi mak cik2 gila kain nie. Kalau aku, mesti syok tengok ragam orang sawan membeli je kot.

    ReplyDelete
  2. yes.. syurga kain cotton n lace dkt Ben Thanh.! Seronok menyoping. Aina pergi 3 hari.. 2 malam tahun lps mmg pusing dlm tu. Rabak poket. siap beli bag deuter lg. Sumbat smua brg beli. risau terlebih kilo je masa tu.. =D Nasb baik lepas balik n dkt kastam smua..

    ReplyDelete
  3. ya Allah kain..lawo2
    mmg ada plan nak pi sini
    no date lagi..insyallah

    ReplyDelete
  4. hahaha... rambang mata.. banyak gilos kain

    ReplyDelete
  5. kita beli kat kedai di luar market je, tak tahan bersauna dlm Benh Thant...hihi..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah...awat lawa2nya corak kain cotton tu...jatuh cinta ah...

    ReplyDelete
  7. kalau pandai jahit kan best... mesti syok tengok kain2 ni.

    ReplyDelete
  8. banyaknya kain lawa2. memang borong berabis la kalau ke sini!

    ReplyDelete
  9. Syurga beli kain.. Hihihi Berapa helai kain nina borang kat sana..?

    ReplyDelete
  10. Fuhhh, memang rambang mata tengok kain-kainya! Cantik-cantik!

    ReplyDelete
  11. Fuhh... rambang mata mcm ni... mmg boleh berjam2 juga klu nak cari yg betul2 berkenan...

    ReplyDelete
  12. cantiknya kain2 ni...btw nak puji blog awak cantik

    ReplyDelete
  13. keai Pei Lin mmg mgg jadi tumpuan tau sbb setiap kali ke ben than mesti beli ari kedai ni..corak bunga latest, harga pun murah..compare ngan keai lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bln lepas bru gi...tpi gi kain lain...Insyallah bln 3 thn dpn nk gi kedai kain Pe Lin

      Delete
  14. Lawanya kain2 diaaaa...
    Boleh rabak poket p situ

    ReplyDelete
  15. Tak pe Nina.....akak tak terliur tengok kain sejak dah berhenti keje ni. Maklumlah duit kena catu kan hihi....
    Org mmg suka soping kat Vietnam ni kan

    ReplyDelete
  16. mak aih..tgk pic pon dah naik gila..kalu p betui boleh sawan vavi kot..hahaha

    ReplyDelete
  17. perghh tgk gmbr pun rmbg dh ni..geram tgk lace nya.cntik semua oiii

    ReplyDelete
  18. comelnya kain2 aduhhh berkenan nya nak dapatkan satu...

    ReplyDelete
  19. arghhhhhh banyaknya kain semua cantik2 pulak tu. dah la kira memang minat gila kain cotton ni haaaa

    ReplyDelete
  20. kena pilih elok2 nnt org yg kirim x mengamuk kain x lawa hahahaha

    ReplyDelete
  21. cantiknya kain2 cotton tu...dan2 rasa nak terbang terus gi vietnam..adoyyaaii..
    kat mana nak cari kain2 cotton cantik kat Malaysia ni ek..

    jemput join giveaway ni, tq (^__^) GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAH MAMAT

    ReplyDelete
  22. Maaf nk bertanya saya nk pegi ke Vietnam borong kain2 agak2 brape byk Wang yg saya perlu bwk utk cost beli kain shj... miss bole kongsikn x brape harga borong? Tq

    ReplyDelete
  23. Salam, ada tak kedai untuk beli kain dan buat blazer sekali?

    ReplyDelete
  24. Nak pegiiiiii..... Sapa2 nk g ajak sayaaaa

    ReplyDelete
  25. NAZUHA : Waalaikumussalam.. ada2 tapi kena tanya dulu. seeloknya minta tailor ambil ukuran badan. Org sana kurus2

    ReplyDelete
  26. Penah pegi kedai Lin tu tapi layanan mmg very rude. Nak tgk kain dia tak bagi..dia cakap kena beli dulu baru boleh tgk...mmg trus blacklist la kedai Lin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..saya baru balik dari vietnam. Pergi kedai Pe Lin..tapi x jadi beli kain. Sombong bukan main. First time pegi 2016 takla sombong macam kali ni.
      Lain kali..memang tak la nak jejak kaki lagi ke kedai tu

      Delete
  27. (all the places mentioned is just a 1-2 day stay on port) Well,
    the company will pay for my tickets (vice visa) and will also provide the guarantee letter or any support
    needful for the process.

    ReplyDelete
  28. Ya ampunnn x sabarrr... Sapa2 yg pln nk g end of march 2018 rojer2 kite yer.

    ReplyDelete
  29. wahhh terima kasih tips tips menarik kita pun nak pergi beli buat meniaga ok tak

    ReplyDelete
  30. Hafiz Khalit : ok sangat meniaga kain time nk raya ni. hehe

    ReplyDelete
  31. Azlina : harga tak sama mengikut jenis corak dak material.

    ReplyDelete
  32. hi nk tnya pernah pergi kedai fabric dekat district 5?

    ReplyDelete
  33. Sis masa pergi vietnam ada ikut agen ke

    ReplyDelete
  34. Anony : Hi, tak pernah, kami hanya pergi sekitar district 2.

    Qistina : Ya, pergi guna agen. Nk no boleh email sy.

    ReplyDelete
  35. Bestnya...ad peluang mesti p untuk shopping,

    ReplyDelete
  36. Eiyna : Ye sana memang banyak kedai kain, kena survey satu2

    ReplyDelete
  37. Bpa harga dubai cotton kt sana ye

    ReplyDelete
  38. Sekarang dh tak pasti harga berapa

    ReplyDelete
  39. baju cotton siap ad x?? sy nk g sana sana 4

    ReplyDelete
  40. Becah : Ada siap tapi tengok material dulu takut kain tak serap peluh

    ReplyDelete
  41. Salam..nk tnya..ade x tmpat jual borong kain plain saje..sye tngok kbanyakkan cotton..tq.

    ReplyDelete
  42. AS : Assalamualaikum.. tak sure pula, sebab susah nk nampak kain plain.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com