13 September 2016

Membeli Souvenir Di Ho Chi Minh, Vietnam


Assalamualaikum Readers..



 MEMBELI SOUVENIR DI HO CHI MINH CITY, VIETNAM 2016


Membeli dan memborong souvenir di Ho Chi Minh dengan jayanya ! Apa yang ditulis dalam itinerary semua Nina beli kecuali baju Hard Rock untuk diri sendiri sebab tak ada baju lengan panjang 😭 Sob.. sob . Souvenir paling banyak dibeli mesti lah FM 😄 Rasa syokk guna trick mengorat jejaka Vietnam. Hahaha *untuk gadis-gadis sahaja



Magnet Ho Chi Minh (saiz besar) - RM 10 (3 biji)

Magnet Ho Chi Minh (saiz sederhana) - RM 10 (4 biji)

Ini lah kedai souvenir yang Nina borong tu. Berhadapan dengan Ben Thanh Market



Kedai Souvenir tu di luar Ben Thanh Market, bersebelahan dengan kedai kami borong tudung Nealofar kaw-kaw. Sementara tunggu geng-geng lain terkam peniaga tudung tu, Nina dan Anies sempat belek-belek souvenir yang berkenan nak beli. Mulanya, senyum manis dulu sambil tengok longgokan FM yang berbagai bentuk dan jenis, ada kayu dan tanah liat. Bila tanya kalau beli banyak dapat diskaun tak? terus dia bagi sebab tokey tak ada. Nak beli FM di HCM ni kena check gam di belakang, ada yang tertanggal 😪


Magnet kayu Ho Chi Minh - RM 5 (4 biji)

Magnet Kayu Ho Chi Minh - RM 10 (10 biji sepapan)

Beg dompet sulam manik - RM 20 (5 biji sepeket)

Beg galas sulam (saiz besar) - RM 20 (kain tebal)



Trick nak dapat harga murah dari peniaga lelaki Vietnam, cakap lah lembut-lembut dan merayu sambil tawar menawar, In Shaa Allah dapat (yang dah kahwin jangan menduakan suami pulak, niat kena elok), single lantak laaa.. Hahaha. Paling best dia bagi buka semua beg dompet sulam dan boleh pilih corak bunga dan kaler apa yang Nina nak. Kena check zip dulu, sayang satu beg pemegang zip patah. 



Ada juga beli souvenir di tempat rehat semasa ke Sungai Mekong. Harga jauh lebih murah dari Ben Thanh dalam RM 5 - RM 10. Nasib boleh beli dalam RM dan Dong. TAPI ada beza kualiti, contohnya beg sulam kalau beli di HCM kain jenis tebal, di kedai hentian rehat agak nipis sebab itu harga murah sikit.


Sehelai RM 7 . Better ambil saiz besar sikit takut menyesal tak dapat pakai. Orang Viet slim-slim

Beg galas sulam Vietnam (saiz kecik) - RM 15 (3 biji) . Kain agak nipis dari beg beli di Ben Thanh

Sling Bag (waterproof) - lepas tawar dapat RM 65 . Amoi susah nak bagi diskaun


Ada juga barang yang dioder oleh kawan. Takda minta beli pakai air liur je. Huh.. berbaloi galas backpack bawa balik semua barang. Dinasihatkan beli baggage banyak sikit, setakat 20 kg tu memang tak lepas (kalau naik AA). Nasib kongsi sikit dengan kawan. Fuhh lepas baggage dalam perut kapal 😥 Memang cuak dah masa kat airport.



T-Shirt Hard Rock ni beli pakai duit Dong atau USD - 750K VND (RM 137) ikut currency time tu

Backpack lepas tawar di Ben Thanh Night Market - RM 40 (55L) tak ori tapi tahan lasak, jahitan pun kemas

Tudung Nealofa tak ori, lepas tawar dapat sehelai RM 16x4 - RM 64



TOTAL SOUVENIR = RM 410


So, kalau travel solo macam Nina tak bawa family boleh bajet kot nak beli apa, boleh buat kira-kira sebab dah sediakan harga sekali tapi bergantung kepada peniaga-peniaga HCM. Harga sales berubah-ubah. Orang tanya kenapa tak beli kain cotton, baju kurung atau perhiasan rumah, jawapannya :


Kain Cotton - sesuai untuk orang yang berniaga, berbaloi beli borong tapi akan ada masalah dengan kastam, kena caj tax. Baju kurung berlambak dalam almari dah. Hihi

Baju Kurung - Better jangan beli, mostly bukan 100% kain cotton takut bila korang pakai balik Malaysia, baju tak serap peluh last-last orang lari sebab bau badan. Baik beli kain cotton terus.

Perhiasan rumah - Haa memang akan rambang mata, semua lawa-lawa. Harap penggemar hias rumah kawal nafsu sikit takut ada problem di airport pulak.



Apa tunggu lagi, simpan duit travel dari sekarang. Mak-mak budak tu kalau teringin pegi jelah tak payah bawa anak. Tak sesuai okay, takut kena macam-macam jangkitan. Adios !



15 comments:

nohas said...

wahh..cantik2 FM esp yg gambo bangunan tu...tak jumpa lak masa pegi haritu..yg byk FM topi viet je...

alia farhan Said said...

Time beli tu semua rsa nk beli kan...tp kena stop jap pikiaq2..hahhaha...
Lagi2 kalau nk beli kt org2 yg xpenting dlm hidup kita...
Bahahaha

hainom OKje said...

Baru buat pasport hari tu....bolehlah gi nanti, soping FM hihi....
Beli jangan tak beli Nina....kang dah sampai Malaysia kalau tak beli nyesal pulak kan...

LYAfrina said...

bestnyaaa..
klo lya mmg akn brong cotton tu...

Nurul Shahira said...

FM dia cantik-cantik dan murah! Best-best sebab Sha memang suka kumpul FM je. Yang lain kurang sikit! Hehe

Jari Manis said...

kalau nina yg mengorat guna ayat2 soft mmg jejaka vietnam akan tergoda...cantik kot!!

Jari Manis said...

Rm410? pergh borong sakan..ada satu tuk sis JM tak ;p

Maman Reen said...

410... Aiya. Tapi berbaloi dapat banyak item.. Hihi

Mrs. A said...

Cantiklah cara ambil gambar nak tepek kat blog tu menarik dan clear

MisDiarios said...

wowww seronoknyaaaa bershopping :D

Irda Garmin said...

suka tshirt hard rock tu..:)

Bunda_nora said...

Cantik2... mesti tuan blog dah banyak koleksi barang2 souvenier ni kan..

Cik Ash said...

banyak nya comel2 la

Cik Yaya said...

banyaknyerrr soppinggggg ^o^

dear anies said...

bag pack tu simpan lek lok next year kite bleh laa acah2 backpackers hahahahahaha

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com