16 October 2019

KFC Zinger Double Down Sedap!

Assalamualaikum Readers
 
 
KFC Zinger Double Down Sedap! Kini Kembali | Keunikkan menikmati burger yang dihasilkan oleh KFC seperti Double Down ni membuatkan Nina ternanti-nanti kemunculannya setiap tahun. Ini kerana burger KFC Zinger Double Down merupakan burger yang unik tanpa roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy dan diapit kepingan keju dan ayam ranggup serta dicurah sos Cheezy Mayo KFC.



KFC Zinger Double Down (11 Okt)
 
Daging yang juicy dan ranggup
 
Kepingan keju dan ayam ranggup


Setelah 2 tahun menu ini tak dipasarkan, kini kembali atas permintaan ramai bermula 27 Ogos lepas. Hanya pada waktu terhad sahaja. Puas hati makan, bulan ni saja 2 kali Nina repeat. Hehe.. Tak muak makan ayam saja tanpa roti. Kena makan panas-panas baru laju masuk ke dalam mulut. Harga dari RM 12.90 untuk A'la Carte dan Zinger Double Down Box Meal hanya RM 19.90 selain set combo di bawah.


Zinger Double Down Combo RM 16.90 (burger + air + French fries) yang kedua pada 16 Okt.


Sedappp! 2 kali makan dalam bulan ni tetap tak puas


Jangan lepaskan peluang untuk cuba sementara masih ada. Kalau pi KFC memang takkan nampak iklan Double Down tapi kena tanya masih available atau belum. Kalau dah habis stok tu kempunan lah jawabnya sebab menu ini belum tentu KFC nak keluarkan setiap tahun. Huwaaa...


3 comments:

  1. Esok lunch hour nak pi KFC la ehh!
    Dah banyak kali Mrs. A asyik baca review jer... ramai kata sedap

    ReplyDelete
  2. Double down dulu pernah keluar juga kan. ke tak ada. belum cuba lagi :(

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com