10 Nov 2019

Anak Saudara Dah Kawin - Nadia Dan Safie

Assalamualaikum Readers
 
 
Malaysia ni ada banyak musim antaranya musim kawen. Kalau dah menjelma bulan November dengan Disember tu alamatnya angkat kuali. Hehe.. Entri kawen pun kembali dalam blog ni. Kenduri untuk bulan ni dimulakan dengan majlis anak menakan (memerangkap anak sepupu lelaki Nina) di Dewan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, sabtu lepas. Walaupun cuaca mendung, nak hujan tapi sampai ke sudah tak hujan. Alhamdulillah, Allah permudahkan majlis. Syukur majlis satu-satunya anak perempuan sepupu Nina berjalan dengan lancar dan meriah. Memang seronok kalau ada kenduri, keluarga besar berkumpul.


Nur Khalisa (anak cousin lelaki), katanya nama dari surah Khalisa. Macam anak Jepun dah
 
Cousin ni masih single. Anak paksu Nina

 
Sampai ke sudah tak dapat makan walaupun meja sebelah. Ruginyaaa

Cousin ni kerja makan, macam mana nak cari calon menantu untuk Maksu
 
 
 
Bukan setakat kenduri meriah tapi makanan pun meriah. Akhirnya dapat parents cuba nasi minyak dari catering Zulirah (untuk majlis Nina). Tak payah nak pi test food. Haaa. One of the best catering in Penang. Selain itu, ada menu pak tongko, laksa Penang, kuih muih, bubur kacang hijau. Semoga Nad dan Safie bahagia hingga ke akhir hayat. Welcome to our family Safie! Harapnya dapat lah sesuaikan diri dalam keluarga kami yang serba ting tong dan hingaq (bising).


Pukul 2 lebih rombongan sampai

Sama-sama comel. Haha

Khalisa dah tidur, lenguh tangan kipaskan budak ni sambil membawang dengan Mim (isu mamy dia reject gf) Hahah.. Adududu la anak saudara aku sorang ni, bagus jugak mamy reject, Nina pun tak berkenan. Eh

Selamat pengantin baru anak saudara Siti Nadiah dan pasangan Muhamad Safie


Nampak tak kemeriahannya, bila rombongan pengantin sampai. Lepas ni makan kenduri siapa pulak? Jeng.. jeng. Banyak betul jemputan, minggu cuti raya cina pun ada kenduri. Apapun semoga bahagia buat pengantin dan bakal-bakal pengantin.
 

10 comments:

  1. Mungkin lepas ni kenduri tuan punya blog? hehe. selamat pengantin baru Nadiah dan Safie

    ReplyDelete
  2. Best makan lauk kenduri. Sedap 😘

    ReplyDelete
  3. meriahhh!
    pengantin cantik n ensem.. =)

    ReplyDelete
  4. The look favorably fantastic. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo.

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru buat pasangan..

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan nasi minyak org kenduri...huhu..

    ReplyDelete
  7. Meriahnya.. Selamat Pengantin Baru buat pengantin..

    ReplyDelete
  8. Tahniah anak sedara Nina. Meriah majlisnya. Semoga berbahagia sampai syurga. aaminn..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com