21 January 2020

Review Filem Jumanji : The Next Level

 Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem Jumanji : The Next Level | Disebabkan sekuel pertama tak sempat tengok maka boleh ber huhuhu saja dengar orang cerita movie ni best!! Apalagi belanja fiancé tengok 28 Dis tahun lepas. Hee.. Masih nampak movie ni ditayangkan di GSC. Dengar cerita filem Jumanji masih mempunyai peminatnya tersendiri apatah lagi 'remake' pada tahun 2017 menerusi Jumanji : Welcome To The Jungle mendapat sambutan hangat. Meh tengok apa yang menarik dalam filem kedua Jumanji ni. Yang penting kelakar!
 
 
 
Jumanji : The Next Level
 


 
SINOPSIS JUMANJI : THE NEXT LEVEL
 
 
Bersambung dari filem pertama, Spencer dan 3 rakannya, Martha, Fridge dan Bethany meneruskan kehidupan masing-masing namun masih berhubung melalui Whatsapp. Mereka bercadang untuk berjumpa sempena Krismas. Kesemua teruja kecuali Spencer yang mengalami krisis dalaman. Dia merasakan dirinya di dunia reality tak sehebat di dalam permainan video Jumanji.
 
  
Eddie dan Milo kerja gaduh


Spencer pulang ke rumahnya untuk bercuti dan datuknya, Eddie tinggal bersama selepas menjalani pembedahan pinggul. Spencer sepatutnya berjumpa rakan-rakannya tetapi ambik keputusan untuk membaiki dan menghidupkan semula permainan video Jumanji dan disedut masuk semula ke permainan itu.



Avatar dan permainan video bertukar
 
Melarikan diri dari burung unta
 
 
Martha, Fridge dan Bethany risau Spencer tak muncul ke reunion. Mereka mencari di rumahnya dan bertemu dengan Eddie dan rakan lamanya, Milo Walker. Ketika mencari, mereka mendapati permainan Jumanji yang sepatutnya dimusnahkan telah dibaiki dan nekad menyelamatkan Spencer. Eddie dan Milo juga turut disedut ke dalam Jumanji.
 
 

Scene kelakar
 
Milo & Eddie bergaduh tak habis.. Haha
 
Handsome laki Priyanka ni.. minat betoi
 


 
Keadaan berbeza apabila mereka tak sempat memilih avatar sendiri kecuali Bethany. Mereka juga tidak lagi menjadi avatar seperti dulu. Situasi tak seperti dijangki, perlu mengembara dari gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan bahaya itu. Eddie menjadi Dr Smolder Bravestone, Milo menjadi Franklin 'Mouse' Finbar dan Fridge bertukar kepada Professor Shelly Oberon yang dahulunya avatar kepada Bethany. Hanya Martha yang berjaya mengekalkan avatarnya sebagai Ruby Roundhouse.
 
 
 
 
#Fakta menarik :
 
 
- Setiap avatar mempunyai kekuatan dan kelemahan yang baru cuma Finbar masih lagi lemah terhadap kek.
 
 
- Cara Kevin Hart meniru gaya percakapan Danny Glover yang perlahan dan bersuara deep. Setiap kali Kevin buka mulut, mesti ketawa berdekah.
 
 
- Menariknya avatar yang pada asalnya menjadi milik mereka kini bertukar milik kepada 2 orang tua, Eddie dan Milo.
 
 
- Terdapat 2 watak baru seperti Ming dan Kuda Hitam yang menambah jalan cerita menjadi lebih terhibur.
 
 
- Timbul konflik apabila mereka boleh menukar avatar masing-masing yang membuatkan penonton ketawa besar dengan gelagat watak-watak dalam Jumanji.
 
 
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

 
 

 

5 comments:

  1. menariknya...pelbagai bentuk mukabumi..

    ReplyDelete
  2. Watak Kevin Hart tu kelakar. Tunggu dia habis cakap dah kena makan

    ReplyDelete
  3. I Freaking Love Jumanji!
    Hahahha percaya tak ray pegi tgk 3 kali XD

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com