15 Sept 2013

Dilema Kaki Molek Memilih Kasut

Assalammualaikum.


Selamat bercuti buat semua sempena Hari Malaysia yang ke 50! Yea, aku memang bercuti panjang mesti ada saja plan nak dibuat. Harini nak share perasaan diri sendiri yang dilihat sebagai seorang yang kurus berkaki panjang menemani kawan berbadan kecil molek mencari kasutnya. Ini entry meluahkan perasaan kesian. Sob..sob. Saiz badan tidak menunjukkan usia. Pernah tengok? saiz kasut macam budak skolah. Memang best je kan, tak payah risau gemuk ke apa. Itulah untungnya kawanku. Kecil molek orangnya dan bila bergambar rupa aku dah macam mak orang -____-"



Alkisah.. ingatkan hanya diriku saja yang mengalami masalah membeli kasut rupanya kami berdua dalam dilema dengan "KASUT" . Selalu beli kasut mesti salesgirl cakap saiz kaki aku (saiz 7) dah habis. Cari kasut saiz 4 pun takda. Pusing 1 Sunway Carnival semua kedai takda jual saiz 4. Sadissnyaa hidup.. Disitu lah bermulanya angan-angan Mat Jenin Mizz Nina yang nak buka kilang kasut sendiri. Nak buat saiz 4 dengan 7 saja. Haha..  




Hey kamu yang berkaki kecil, marilah baca berita gembira ini! Kalau berkenan, cepat masuk meminang. Toksah bawak dulang ke bunga rampai ke cuma singgah la ke Priceless Shoes! Di butik ini menjual fesyen kasut terkini dari rak kasut saiz 1 (kanak2) hingga saiz 9. Rambang mata aku tengok kasut-kasut kat situ. Kalaulah aku kaya! Mau jadi tokey kedai.. 


Tadaaa jumpa pun

*
*
*

Comel lote kan? Hihi . Aku kalau pilih mesti ada pink 

Suka susunan kasut dalam rak tu.. wahh *mata bersinar-sinar



Tapi hakikatnya, si kecil molek ini sentiasa dalam dilemma. Kenapa?? 



1) Bila berjumpa dengan rakan taulan ibu bapa, akan ada soalan yang ditanya contohnya: Ni skolah lagi ke? form berapa? Sedihkan rasanya walaupun dah kerja tapi mereka awet muda sebenarnya :)


2) Bila nak beli kasut, mesti kena cari saiz kanak-kanak yang mesti coraknya berkerlipan *twinkle twinkle little star


3) Dipandang rendah sebab salesgirl mesti gelak bila nak shopping kasut. Badan kecil molek mesti gaya macam orang tak kerja lagi. 


Tumpang lalu ~~~ Takmo sedih-sedih pasal kasut


Ohh pujaan hatiku akhirnya kita berjumpa juga harini. 
Sebelum raya aku dah mengidam.. Whooper Jr + Cheese 



p/s: Teringat arwah tok yang berkaki molek

30 comments:

  1. Haha...kawan kawan akak yang kaki bersaiz 4 pun selalu mengeluh macam ni.. kadang kala kena tempah seminggu dua baru dapat kasutnya..

    Bagusla dah ada kedai macam ni.. bagi lebih pilihan kepada orang yang berzaiz comel macam kawan nina ni...

    Nina nampak macam mak orang ke? Takla... biasa je...

    ReplyDelete
  2. sian nina..mcm akak sy..sz kasut 4..susah nak cari kalo nak shopping kasut..

    ReplyDelete
  3. aah, nmpak perbezaan di situ :P
    kawan2x eiqa pun ramai gk yg kecik molekk..
    cantik laa susunan kasut tuuu.
    Teratur, kemas..
    tak pernah lg jumpa kedai kasut yg gitu..
    Kena pi utaghaa niee. ehehe

    ReplyDelete
  4. kecilnya kaki.. adik akak yang umur 28 tahun pun saiz 4 juga.. kalau ikut dia shopping kasut memang susah nak dapat saiz tu..

    ReplyDelete
  5. awk ni kecik ke nina?? tgok gmbar xdelah nmpak kecik sgt..tp kasut saiz 4?? ha3 gelak jahat jap hi3 =) kecik giler..bia btol ni?? msti pkai saiz budak2 kn?? dlu sy pn ada pglaman mcm ni jgak..dgn ex sy la..mmg jenuh gak cri kasut..tp suka..comel2 je tgok..he3..

    ReplyDelete
  6. hoho.. nsb baik saiz kasut sy ada... cuma sy susah berkenan je.. tu masalhnya..hoho... =) nmpknya kena design sndiri la ye baru ada saiz sndri..ekkekeke

    ReplyDelete
  7. Yang penting diri sendiri suka dan happy... :)
    Selamat menyambut hari Malaysia dan selamat bercuti!

    ReplyDelete
  8. ha3..amboi..dah 2 kenapa letak saiz 4???? saiz 7 kn senang dpat =) tak kata pn kawan kt situ yg saiz 4..ha3..yelh slah fham..xjd gelak jahat..

    ReplyDelete
  9. okla tu org tnye form bape.awet mude gitu hihi

    ReplyDelete
  10. cian..mmg kasut saiz 4 cari kat area baby kot...hihihih

    ReplyDelete
  11. Itu yg takde masalah kaki sakit.. like mama lak.. byk pensen kasut leh pakai.. telan air liur jew la.. hehe.. nasib org yg kena tarik nikmat utk bergaya kat kaki nih.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Nasib OKje standard size je AM...senang nak cari
    masa anak dara size 6 dan tak dara ni saiz 7 pulak hehe

    ReplyDelete
  13. amboi sedapnyer makan...sis ni saiz cinderella gaknyer....:)

    ReplyDelete
  14. bestnya jalan2 cari kasut..
    akak pun size 7, payah juga nk cari kan..
    felik2

    ReplyDelete
  15. wahh comel kasut tu :) sesuai untuk lyna :)

    ReplyDelete
  16. alahai sama! sama juga deno kasut mesti saiz kecik.. deno kalau tak saiz 4, saiz 5 pun boleh :)

    deno kalau ke mana2 org ingat deno sekolah rendah, kdg2 deno iyakan je sbb malas nak ckp banyak.. hihi

    #comel la kasut tu, mcm tuan dia juga^^

    ReplyDelete
  17. kcik nya kaki dear..mmg ssh cari ni..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Nina. alahaii comelnya size kaki awak. heeeee. akak punya saiz 7 / 8, kaki gajah kan? hehehe pun lebih kurang gak susah nak cari kasut sebab wanita tak ramai bersaiz besar >__________<
    *teringin nak jumpa si comel ni!

    ReplyDelete
  19. Sabar je lah.. mmg slalu nk cari kasut, time tu lah mcm ragamnya. :)

    ReplyDelete
  20. kecik molek adalah kiut ok. saya pun payah cari kasut. biasanya saiz 8,9 atau 10. huuu

    ReplyDelete
  21. salam nina apa khabar :)

    owh soalan no 1 tu,sampai sekarang kak lea dapat.tengah berusaha nak gemukkan badan(nak tinggi dah tak boleh dah he3).biar nampak macam mak budak.saiz kasut?owh kak lea selalu no 5 he3...

    nina comellah :)

    ReplyDelete
  22. saiz dia sama dgn saya . ada kalanya saya dgn selamba pi cari kat children department ...

    ReplyDelete
  23. Kesian dia..comel apa orang kecil ni..kalau nak pilih baju and slack takda problem punya..nway kita suka that shoes..comel..

    ReplyDelete
  24. Haah la.. soalan yang wajib tanya.. "form berapa?" "Form 3" "HAH?! Ingatkan Form 5.." !@^#*!@&#@(!#)!&^#!* xp

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com