30 Aug 2015

Film Review : The Man From U.N.C.L.E

Salam Readers..


Movie Review The Man From U.N.C.L.E | Selamat petang ! Sambungan kisah marathon movie ke 2 selepas movie 'Pixels' . Officemate pun kata kelakar movie tu. Rugi tak bawa anak-anak nengok. Movie ke 2 diadaptasi dari drama series The Man from U.N.C.L.E dari tahun 1964 hingga 1968. Dah berdekad cerita dari US ni. So.. kita enjoy tengok dalam versi movie. Sesiapa yang minat Henry Cavill dan Armie Hammer sila nonton. Cair tengok hero handsome berlakon dalam versi kelakar tapi serius :)





Sinopsis The Man from U.N.C.L.E :


Pada tahun 1963, pencuri professional bertukar ejen CIA, Napoleon Solo dan Gaby Teller, anak perempuan ahli sains pihak Nazi berkolaborasi dari Amerika hingga Timur Berlin selepas Perang Dunia ke 2 bersama KGB, Illya Kuryakin. Bapa saudara Teller, bekerja di syarikat perkapalan milik Alexander dan Victoria Vinciguerra, yang bercadang menggunakan bapa Teller untuk bina senjata nukleur peribadi.


Oleh kerana misi menamatkan krisis ini, pihak CIA dan KGB bekerjasama. Solo dan Kuryakin diperintahkan untuk menghentikan rancangan Vinciguerra's. Rahsia kedua-dua lelaki ini mereka perlu mencuri maklumat penyelidikan Udo Teller untuk kerajaan masing-masing.


Napoleon Solo . Hensem Henry !

Misi di Rom, Gaby Teller, Kuryakin dan Solo



Ketiga-tiga mereka ke Rom, dimana Teller dan Kuryakin menyamar sebagai pasangan yang bertunang. Solo sebagai peniaga barangan antik. Solo mengatakan mereka sedang diperhatikan dan mengarahkan Kuryakin supaya tidak menimbulkan isu permusuhan dan provokasi antara mereka tetapi Kuryakin menumbuk muka pencuri jam tangan pemberian bapanya dan cincin tunang olok.


Di majlis perlumbaan kereta, Solo dan Teller bergilir-gilir menggoda pasangan Vinciguerra's untuk mendapatkan maklumat mengenai bapa Teller, dan Kuryakin mendapat info senjata nukleur mereka hampir siap.


Solo menggoda Victoria Vinciguerra

Teller menggoda Alexander Vinciguerra




Solo dan Kuryakin memecah masuk ke kapal untuk mencari uranium. Secara tidak sengaja membunyikan penggera, mereka melarikan diri ke bot tetapi disekat. Solo terjun menyelamatkan diri sementara Kuryakin masih dalam bot (part kelakar) . Dalam pergelutan dengan pengawal, Kuryakin hampir lemas dan diselamatkan oleh Solo. Mereka kembali ke hotel kerana Victoria mencari mereka untuk mengelakkan syak wasangka.



Teller bertemu Rudi dan Alexander, dia mengkhianati Kuryakin. Solo diberi ubat pelali dan ditawan Victoria untuk diseksi oleh Rudi (part kelakar juga) . Kuryakin menyelamatkan Solo dan mengikat Rudi, dia mendedahkan lokasi senjata nukleur itu di sebuah pulau. Teller bertemu bapanya dan ingin melarikan diri sebelum ditangkap oleh Victoria dan bapanya dibunuh.


Comelnya Vespa

Kuryakin jatuh hati dengan Teller


Alexander Waverly, ejen MI6 bertemu Solo dan Kuryakin mengatakan Teller adalah ejennya. Alexander melarikan diri dengan Teller bersama bom tetapi dibunuh oleh Kuryakin. Victoria membawa lari bom pertama dengan bot. Solo menghubungi Victoria melalui radio dan memanipulasi untuk mendapatkan lokasi bom. Waverly melancarkan misil ke arah bot Victoria. Solo dapatkan semula cakera data penyelidikan bapa Teller.


Kuryakin ke bilik Solo untuk membunuhnya dan mencuri cakera, tetapi berubah fikiran apabila Solo menyerahkan jam tangan bapanya. Cakera dimusnahkan untuk mengelakkan kedua-dua negara mendapat data penghasilan nukleur. Waverly, mendedahkan ketiga-tiga mereka telah ditugaskan kepada organisasi antarabangsa yang baru di bawah arahannya. Misi baru di Istanbul dibawah kod baru : U.N.C.L.E (United Network Command for Law and Enforcement) 




3/5*

14 comments:

  1. 3 bintang je mcm x best arr ;p

    ReplyDelete
  2. llohh..U.N.C.L.E (United Network Command for Law and Enforcement) ke..ingatkan PAKCIK!

    ReplyDelete
  3. sbenarnya citer dia xde best sngt pun haha.. henry tu punya pasal je
    pegi tengok >.< bapak lah hensemnya mamat tu hahaha.. muka cool je
    nak berlawan pun.. tapi boleh tahan lembab sebenarnya.. haha..

    ReplyDelete
  4. Bc sinopsis mcm best lama tak tgk movie inggeris..

    ReplyDelete
  5. lama tak layan movie.. last pun f&f 7

    ReplyDelete
  6. Baru faham sinopsis citer nie ^-^

    ReplyDelete
  7. baca sinopsis pun dah layan ... tengok movie mesti lagi best kan :)

    ReplyDelete
  8. Aritu nk tgk movie ni dgn beautifulnara tp xjd sbb ada hal :(

    ReplyDelete
  9. Assalam nina,
    haaa
    uncle sudah
    sila review citer auntie pulop he3

    ReplyDelete
  10. sat nak carik ada x citer ni dlm show box..hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com