29 Aug 2015

Teater P.Ramlee The Musical Menggegar Penang

Salam Readers..

Finally dapat juga menonton teater P.Ramlee The Musical secara live buat pertama kali dan sebagai salah seorang peminat, rasanya sangat bertuah. Teater ini diadakan di Dewan Sri Pinang selama 3 hari berturut sebelum menjelajah ke Johor Bharu.



Terima kasih kepada pihak Enfiniti Vision Media kerana sudi menjemput beberapa Blogger's Utara untuk turut serta dalam tour pertama mereka. Biar gambar berbicara, bagaimana seronoknya menyaksikan perjalanan hidup P.Ramlee. Warga utara especially yang berada di Penang, jangan lepaskan peluang menonton. Teater ini mengenang jasa seniman agong di negeri kelahirannya. Namanya tetap diingatan buat rakyat Penang :)



Thanks for invite us ! Muah. Excited face

Tickets for 7 persons. Yeahh

WAJIB selfie bersama poster #bloggerutara


Tahun ini buat pertama kali diadakan Georgetown Festival selama sebulan. Memang happening


Show dijangka start dalam pukul 8.30, Alhamdulillah kami sempat sampai selepas stuck dalam jammed. Sementara menunggu, para penonton boleh membeli souvenir yang dijual di depan pintu masuk auditorium dengan harga yang berpatutan seperti bag cuma RM15 dan T-Shirt RM39 dan banyak lagi. Apa yang membanggakan apabila ramai bangsa lain datang tengok. Thumps up !



Sementara menunggu penonton masuk ke dewan

Muka-muka happy plus excited. Ceria je kan 

Boleh nampak keseluruhan. sangat puas dan tip top


Dapat duduk di kerusi, wah memang best sebab boleh nampak the whole stage dengan lighting yang clear sebab pakai LED, memang ohsem boleh duduk relax sampai berjam-jam. Sebaik show bermula, penonton dah ketawa sakan. Time tu rasa memang tak rugi datang tengok. Buat generasi muda Penang, dorang boleh tengok realiti perjalanan hidup P.Ramlee dari Penang ke Singapura. Jalan cerita yang mudah difahami.



Penggunaan dialoq dengan loqhat Utara memang buat kami terasa kelakar dengan banyak adegan lawak terutama dari Pak Nil bersama anak-anaknya membuatkan mata tak mengantok walaupun dah masuk waktu sepatutnya 'cium bantal' . Banyak part kelakar, hampir setiap masa ketawa tak kering gusi. Suka part sebelum P.Ramlee menjadi menantu Daeng Harris. Kahwin pun express. Hihi



Barisan pelakon teater P.Ramlee The Musical

P.Ramlee menjadi penyanyi

Kisah percintaan yang tak kesampaian bersama Azizah, budak Bukit Mertajam


Akibat frust dia berhijrah ke Singapura

Cepat betoi P.Ramlee sampai Singapura. Haha

P.Ramlee semakin menjadi kegilaan ramai gadis

P.Ramlee menjadi pelakon

P.Ramlee selepas berkahwin dengan Junaidah


Suka dengar suara Nadia Aqilah sebagai Saloma dan Asmidar sebagai Junaidah. Mereka berdua sangat berbakat. Sebelum ini pernah tengok drama lakonan Nadia dan Asmidar sangat comel. Setiap kali, mereka berdua menyanyi penonton akan bersorak. Cayalah ! Puan Sri TJ dan Tony pun apa kurangnya. Vokal tetap tak berubah walaupun bernyanyi berjam lamanya. First time dengar nyanyian abam Tony, penonton cair lettew.


Babak P.Ramlee terpikat dengan Saloma memang sweet. Skrip bersahaja bab satay 40 cucuk, mas kahwin RM30. Teringat-ingat setiap kata. Wahh.. hati pon boleh tertawan. Lagu pembukaan paling suka. Penang.. Lets party. Hehe. Banyak juga lagu yang best.



P.Ramlee berkahwin dengan Norizan









Ini Paparazzi atau Reporters
P.Ramlee telah mencipta rekod 

Babak P.Ramlee terpikat dengan Saloma. Sweet sampai kencing manis

Menyentuh jiwa part last ni. Semoga roh allahyarham tenang di sana

Lambaian dari team P.Ramlee The Musical



Di akhir pementasan teater, para pelakon yang terlibat mendapat tepukan gemuruh. Memang penonton sangat berpuas hati dengan hasil titik peluh team ini. Rugi tau rakyat Johor dan Melaka kalau tak tengok. Bayangkan setiap jalan cerita, skrin LED akan bertukar background. Sangat cantik, menarik dan colourful okay, sesuai dengan tema musical. Have fun !


Sengih memanjang lepas habis teater



Kami diberi peluang berada di PC, pihak Enfiniti Vision Media sangat sporting dan beri layanan yang baik kepada kami semua. Dapat berbual dengan pelakon-pelakon. All the best :)


Bersama pengarah teater

Bersama Nadia Aqilah dan Asmidar

Giliran bersama teraju utama, Datin Sri Tiara Jacquelina

Yeahh.. Pak Nil. Akhirnya dapat jumpa


Buat orang-orang Penang yang belom tengok, jangan risau masih ada lagi 2 show pada 29 August jam 8.00pm dan 30 August jam 3.00pm. Buat orang-orang Johor dan Melaka. Tunggu sat nah.. Jangan lupa beli tiket secara online sebelum sold out.


Souvenir P.Ramlee The Musical dengan harga RM 15 dan buat media diberi buku 



JOHOR BHARU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor


4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm


MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca


11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm



Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh ikuti perkembangan teater di laman sosial rasmi P. Ramlee The Musical di Facebook, Twitter dan Instagram .


26 comments:

  1. Wah wah. Seronoknya! Saya teringin nak pergi tengok teater macam ni.

    ReplyDelete
  2. bhahahah cair dengar Abang Tony nyanyi eh.. ngeh3..
    mak iols kata.. kalo P.Ramlee tu sehensem Tony tah2 bini dia lagi ramai ngeeee..

    ReplyDelete
  3. wah beli tiket 7 sekali gus....pasti peminat tegar ni....
    Salam hujung minggu dari Bunda...

    ReplyDelete
  4. waaahhh,,,jmpa retis ye...
    ok done follow tau... #628

    ReplyDelete
  5. takde selfie berdua dgn paknil kahh? ;p

    ReplyDelete
  6. wah bestnya dpt pi.. syeeda dan lalu ja sabtu ritu..=)

    ReplyDelete
  7. Untungnyaaa. Kalau ada kat Penang memang da pergi dah! Hehe.

    ReplyDelete
  8. salam singgah nina ... just nak inform dah tukar nama :)

    p/s: It's me Puteri Wanita :)

    ReplyDelete
  9. Assalam nina,
    bergegor satu dewan kan3 :)

    ReplyDelete
  10. menariknye...klu dpt peluang mcm nie...rietta pown nak join jugak...hehehe...

    ReplyDelete
  11. mmg x rugi p tgk hr tu...best baq hang

    ReplyDelete
  12. P Ramlee The Musical ni akak pernah tgk yg musim pertama je. Masa tu, Liza Hanim yg jadi Saloma :)

    ReplyDelete
  13. belum pernah tgk teater mesti lg best dari filem kan...ada baca d blog CT

    ReplyDelete
  14. bestnye tengok teater.. aktiviti isi masa lapang cm nie mmg berbaloi sgt2..

    ReplyDelete
  15. bestkan leh tgk ramai2 ngn kengkawan blogger hihihi

    ReplyDelete
  16. Alahai ruginya tak dapat pergi hari tu...

    ReplyDelete
  17. menariknya ... tak pernah lagi tengok teater :)

    ReplyDelete
  18. seronoknya ... dapat bergambar dengan pak nil n tiara :)

    ReplyDelete
  19. SS pon layan teater ni jugak... Best kan....

    ReplyDelete
  20. Syoknya dapat tengok teater yang best.. dapat pulak jumpa pak nil..akak suka pak nil.. teringin nk jumpa dekat..

    ReplyDelete
  21. Bestnya. Dah lama tak tgk teater.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com