Tempat Makan Best Restoran Mutiara Bonda, Autocity Juru | Kari Kepala Ikan pilihan utama di restoran ini. Alhamdulillah atas rezeki darinya kami dijemput ke sini pula selepas "Butik Malvita Penang". 2 event dalam sehari memang memenatkan janji happy. Ini kali ke 2 makan di sini selepas majlis iftar bersama officemate tahun lepas. Restoran yang WIN dengan kari kepala ikan.
 |
Restoran Mutiara Bonda |
 |
Mutiara Bonda, Autocity Juru |
Restoran Mutiara Bonda yang terkenal dengan masakan Melayu Tradisional. Kari Kepala Ikan dengan resepi tersendiri dari rempah ratus yang terpilih. Paling best ia sentiasa dihidangkan panas dari dapur. Sebut saja nama restoran mesti orang kenal dan ramai pelanggan setia Chinese. Pengunjung juga boleh memilih masakan kampung dan masakan ala Thai. Hidangan set dan juga ala carte. Makanan di sini memang sedap dan puas hati.
 |
Orang terawal sampai |
 |
Bayang siapa tu? Hehe
|
 |
Harga Kari Kepala Ikan |
 |
Suasana dalam restoran |
Pengurus restoran Kak Azam, cakap nama Bonda diambil sebab masakan dimasak style orang tua/orang dahulu yang dipanggil ibu/bonda. Restoran ini ada 2 team memasak. 1 team masakan kampung dan 1 team masakan ala Thai. Sebab itu lah servisnya sangat cepat. Restoran ini juga menerima tempahan makan tengah hari, makan malam atau apa jua majlis.
 |
Set 3 - Set paling popular |
 |
Kari Kepala Ikan |
 |
Sambal Udang |
 |
Ayam Kampung Goreng |
 |
Kailan Ikan Masin |
 |
Kerabu Mangga |
 |
Siakap 3 Rasa |
 |
Sotong Goreng Tepung |
 |
Telur Bistik |
 |
Ulam Ulaman |
 |
2 jenis air minuman |
Kami disajikan dengan set menu paling popular di kalangan pelanggan iaitu Set no. 3 untuk 9-10 orang makan. Harga untuk set ini berharga RM 310.00. Sangat berpatutan dengan 9 jenis lauk.
 |
Menu |
 |
Selfie dulu sebelum makan besaq |
Restoran Bonda Mutiara juga menyediakan Servis Penghantaran. Buat yang tinggal sekitar Seberang Perai-Prai dan Seberang Jaya, Seberang Perai-Bukit Mertajam boleh membuat tempahan secara online melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Eat.
 |
Team #projekbloggerutara bersama pengurus restoran, Kak Azam sporting habis |
Terima kasih banyak Kak Azam dan crew restoran dengan layanan yang baik dan mesra. Kami doakan semoga perniagaan berkembang dan dimurahkan rezeki. Aminn
RESTORAN MUTIARA BONDA
1797-G-09, Kompleks Autoworld,
Jalan Perusahaan, Juru Interchange,
13600 Perai,
Pulau Pinang.
Tel : 04-502 5677
Business Hours : 11.30 am - 10.00 pm (Monday-Saturday)
Delivery Hours : Mon-Sat: 11.00-11.45; 14.00-21.00
Estimate Delivery Time : Within 1 hour
Coverage Areas (poscode) : 13600 13700 13400 14000
Official Facebook : Restoran Mutiara Bonda