15 Dec 2015

Magnum Cafe Malaysia @ Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Salam Readers..


Magnum Cafe Kuala Lumpur | Layan Aiskrim Magnum Cafe di Mid Valley Megamall termasuk dalam list JJCM kalau ke KL. Baru pertama kali ke Magnum Cafe yang pertama di Malaysia. Sekarang dah ada outlet di KLCC dan IOI Mall, Putrajaya. Hari ke 2 di KL, menghabiskan masa di Mid dan The Gardens, makan, shopping dan cari backpack. Alhamdulillah dipermudahkan urusan pada haritu.


Entrance Magnum Cafe Kuala Lumpur


Memandangkan stay rumah kawan di Taman Bukit Angkasa, Kerinchi dan tunggu bf dari rumah kawannya dan kami gerak ke Mid, sanggup redah dan hadap jammed petang sabtu. Orang mengidam sanggup buat apa saja kahkah. Sejak kecil selalu ayah beli aiskrim magnum kalau nak pujuk tapi aiskrim magnum ni special sikit. Kita boleh design sendiri aiskrim mengikut citarasa sendiri.


Nina ambil yang biasa je dengan harga RM9.90 boleh pilih 3 topping. Disebabkan kami rushing dan stop by nak hilangkan penat maka tak sempat nak pilih menu yang sedap. Memang rambang mata tengok buku menu aiskrim yang banyak jenis. Jawabnya kami main pilih saja. Hehe..


Menu Magnum Cafe

Rambang mata nak pilih topping

Topping jenis Nuts menjadi pilihan

Cekap betul gadis magnum buat aiskrim walaupun tak ramai orang



Untuk pertama kali datang ke Magnum Cafe seperti kami mesti tak tahu nak order apa, harga berapa. Haruslah tengok menu yang best-best lastly decide nak try yang biasa. Langkah-langkah untuk mendapatkan aiskrim Magnum citarasa sendiri seperti ini :


1. Pilih salutan ais krim - chocolate, white chocolate atau dark chocolate

2. Pilih 3 topping yamg disukai

3. Shake topping dan tabur sekata topping yang dipilih.

4. Pilih salutan terakhir ais krim sama ada chocolate, white chocolate atau dark chocolate.

5. Kongsikan pengalaman menikmati aiskrim Magnum di Magnum Cafe di FB, Twitter atau di Instagram dengan hashtag #MagnumKL 


Aiskrim BF lupa topping apa. Hee

Aiskrim Nina. Jangan tengok lama-lama saya ni sedap

Ada orang cakap macam iras Izreen Azminda . 6 orang kata begitu . Tuan belog saja upload gambaq besar. Hehe jangan jelly



Kami memilih aiskrim coklat dicelup Chocolate dan drizzle dengan White Chocolate. Topping pilih almond, pistachio nuts dengan apa entah. Aiskrim bf lupa topping apa. Sempat snap gambar terus ngap makan. Magnum sediakan air mineral free ya kalau dine in. Lain kali ada rejeki ke KL nak makan aiskrim jenis lain pula. Hehe


Magnum Cafe Kuala Lumpur

T-023, 3rd Floor
Mid Valley Megamall

Business Hours : Sunday - Thursday (10am to 10pm)
Firday - Saturday (10am to 12am, last call at 11.30pm)

Officiall FB : Magnum Malaysia

22 comments:

  1. Sedap, tapi tak sihat sungguh kalau saya beli ni! hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap tuh nina.. jarang2 makan aiskrim magnum nih.. dulu kecik2 ayah pujuk dengan aiskrim cornetto..

    ReplyDelete
  3. dua kali nak pi.. first time tengah viral dulu.. tudia orang bratoq panjang.. then kat IOI cari tak jumpa.. da puas pusing smpai makan kt tmpt lain bru nampak.. xdak rezeki lagi..

    kalo CT pun amek yg biasa gak kot.. and maybe beli 1 saja share hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... kakak kalau dpt ni alangkah bestnya
    Izreen Asminda dah berusia, Nina masih muda remaja:)

    ReplyDelete
  5. yang ni tak pernah rasa lagi.midvalley pun baru pegi 2 kali je..huhu..jauh sangat.

    ReplyDelete
  6. sekali sekala mmg boleh layanzzz kalu selalu mmg kopak hahaha

    ReplyDelete
  7. yup memang ada iras retis nina comel

    ReplyDelete
  8. ritu pi kl nak pi sini..x sempat uhukk

    ReplyDelete
  9. xpelah nti2 lau turun kali bleh pi gak kan haha

    ReplyDelete
  10. Tengok topping dah rambang mata.. cemana ni Nina oii...

    Nanti kalau turun KL, nak kena terjah ni... haiyayaya

    ReplyDelete
  11. Assalam nina,
    gambor sekim abam sayang dah ado
    gambor abam sayam mana???
    mana???
    mana????
    he3

    ReplyDelete
  12. memang nampak sedap sangat lah nina oiii :)

    ReplyDelete
  13. tapi kan ... mahal lah sebiji sepuluh hengget :p

    ReplyDelete
  14. hanya mampu merasa ais krim magnum plain yang RM4 sebatang ajer lah ;)

    ReplyDelete
  15. Hat nie lama dah ngidam tapi x berjaya gi...
    jeles nie... Ohsem and heaven kalau dapat nie..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com