27 Mar 2016

Review Filem The Divergent Series : Allegiant

Salam Readers..


Review Filem The Divergent Series : Allegiant | What's Up guys, Dapat juga tengok movie siri ke 3 Divergent ni. Kalau tak menghayati dari movie first memang nganga lah korang dalam wayang tu. Lepas tu cakap tak best, bosan bla..bla . Allegiant rasanya best juga sebab team Tris dan Four dah berjaya keluar dari tembok. Siri ke 3 movie adaptasi novel ni berjaya box office juga dengan $146.7 million ! Boleh baca sini 'The Divergent Series : Insurgent' untuk lebih kepahaman. Hehe..



The Divergent Series : Allegiant Poster


Tiket kalau book mesti kena caj 15 ringgit. Janji tengok. Kihkih



Sinopsis The Divergent Series : Allegiant



Rakyat Chicago berlari ke tembok, Evelyn mengarahkan askarnya menutup perimeter, dan tiada siapa dibenar melalui. Evelyn mengarahkan Jack Kang dari Candor untuk mengadakan perbicaraan ke atas orang Dauntless dan menerima hukuman mati bermula dengan Max. Evelyn dan Johanna memberi tekanan kepada Tris dan Four untuk mengambil alih kepimpinan dalam gabungan baru, tetapi kedua-duanya menolak. Keadaan semakin teruk, Tris melarikan diri bersama Four, Caleb, Christina, Tori dan Peter ke luar dinding Chicago, Tori dibunuh oleh Edgar (askar Evelyn).



Evelyn yang gilakan kuasa. Mak dan anak sama muda. Haha

Dalam misi keluar dari tembok

Berlari dari serangan Edgar (askar Evelyn)

Tiba di tembok yang pisahkan Chicago dari dunia luar



Mereka diserang hendap oleh Edgar, kemudian tentera bersenjata dan kapal udara muncul, membawa mereka ke Biro Kebajikan Genetik (Bureau of Genetic Welfare), sebuah bandar. Beberapa tahun lalu, kerajaan percaya masalah masyarakat disebabkan "gen rosak". Untuk mewujudkan masyarakat baik, perlu ubah genetik rakyat dengan wujudkan bandar-bandar terpencil di seluruh USA selepas perang.



Tris dan Four diuji oleh Matthew dan Nita untuk mengkaji Divergence mereka. Tris terbukti mempunyai genetik terbaik, Four pula struktur genetik masih "rosak". Caleb dan Peter ditugaskan ke pasukan pengawasan yang memantau Chicago. Matthew membawa Tris berjumpa dengan ketua Biro, David dan bersetuju untuk membantu David dalam mengembalikan keamanan Chicago.



Hanya padang pasir dari kesan nukleur

Apakah benda ni? Donut terbangkah

Ketibaan tentera Biro



Caleb beri amaran kepada Four tentang konflik di Chicago antara Johanna dan Evelyn. Four merayu Tris kembali ke Chicago dan menghalang perang, tetapi dia mengikut David untuk bertemu dengan majlis Biro. David bersetuju menghantar Four diiringi Matthew dan tentera. Matthew dedahkan Four akan dibunuh dan mereka berdua tewaskan tentera dan AirShip terhempas. Matthew beri ID Kadnya untuk membuka portal. Dia ingin membantu. Matthew diselamatkan Biro, memberitahu Four mati. Tris, Caleb dan Christina merampas AirShip David dan kembali ke Chicago dengan bantuan Nita.



Diawa ke Biro dengan bubble. Aww 

Macam cerita angkasa pulak

Selepas mandi. Tadaaa

Matthew yang baik dan merupakan bekas saintis


Four dikurung. David membuat perjanjian dengan Peter dan ke Chicago untuk menyakinkan Evelyn untuk melepaskan gas (hapuskan memori penyerang) dari Biro dan keamanan memihak kepadanya. Evelyn dengan berat hati bersetuju. Peter membawanya ke bilik kebal dimana dia boleh melepaskan gas ke seluruh bandar dan kekal selamat. Four yakinkan Evelyn untuk hentikan gas, dia mungkin tidak ingat siapa ibu bapanya. Evelyn enggan dan ditembak Peter yang kemudian melepaskan gas itu. Gas mula keluar dari bilik kebal juga, sedar David telah menipunya Peter membuka pintu bilik dan melarikan diri ke pintu portal.




Caleb cuba menghentikan penyebaran gas. Tris menghantar mesej ke seluruh bandar, mendedahkan tentang kewujudan Biro dan Chicago sebuah eksperiment. Mesej kepada Biro ialah Chicago bukan lagi eksperiment mereka tetapi rumah rakyat. Caleb meletupkan pintu portal dan tiada penghalang kedua-dua bandar.



Caleb yang akhirnya menggunakan otaknya selalu lembab ja

Scene minta maaf. Tulah degil tak dengar cakap BF 



#MyReview:


  • Caleb Prior kalau ikutkan dalam 2 siri asyik menyusahkan kakaknya, Tris tapi kali ini dia berguna juga. Pandai hentikan gas ke seluruh bandar tak termasuk mahir memandu AirShip.

  • Kerana gilakan kuasa sanggup Evelyn hilangkan ingatan bekas suaminya, Marcus Eaton. Membiarkan askarnya memukul dan penjarakan Four. Kerana kuasa lupa anak sendiri.

  • Matthew (Bill Skarsgard) dan Juanita 'Nita' (Nadia Hilker) watak baru yang membantu Four dan Tris. Dua pelakon baru dari Sweden dan German. Bill merupakan anak kepada pelakon Stellan Skarsgard berlakon dalam siri Thor

  • Kekadang tengok watak David macam orang gila yang tentukan genetik terbaik akan hidup lebih bagus dari genetik rosak.

  • Scene takut sikit time dorang sampai di Biro dan masuk bilik untuk mandi. Punyalah takut Tris. Mandi pun was-was. 

  • Allegiant merupakan judul terakhir dalam siri buku The Divergent dan terbahagi Allegiant - Part 1 dan Allegiant Part 2 tetapi ditukar kepada Allegiant dan Ascendent yang dijangka ditayangkan pada June, 2017


4/5*


5 comments:

  1. Eh macam mana bole tak tau pun pasal citer nie?????????

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer.. kalau tak layan dari mula mesti tak paham kan..

    ReplyDelete
  3. tunggu tok laki donlod nanti hewhewhew

    ReplyDelete
  4. banyak dah entri Nina.. baca secara pukal, tapi komen tak pukal..

    seronok sangat baca sampai lupa komen.. hiks

    ReplyDelete
  5. xdan nk tgk yg ni...tgk online je laa nmpk nyer

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com