28 Jul 2016

Resepi Sup Cendawan


Salam Readers..


Resepi Sup Cendawan | Walaupun tak dapat nak menandingi sup cendawan Pizza Hut tapi berjaya buat seperti rasa tu. So far ok kalau makan dengan roti gardenia pun boleh. Memasak ni tak susah mana at least rajin nak cuba 😋😗 Yeah tepuk tangan. Jangan segan silu cuba resepi ni.




Sup cendawan ala Pizza Hut




Bila ada cendawan lebih maka kita habiskan cepat-cepat. Resepi sup cendawan ni ambil dari buku resepi mak. Tuan buku pun tak pernah cuba lagi tau. Tak mengapalah anak rasmikan dulu 😀




Bahan-bahan untuk buat sup cendawan




Bahan-Bahan :



 7-10 biji cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm buttercup/margerine
1 biji bawang besar Holland atau biasa - dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih - diketuk
1 cawan susu segar/cair
1.2 liter stok ayam (guna kiub ayam maggi 1 ketul) - didihkan air dan masukkan kiub dan ketepikan)
3 sudu besar tepung gandum
Lada hitam dan garam secukup rasa
1 ranting daun Parsli (*optional)





Cara Memasak :



1. Panaskan buttercup/margerine dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika sampai bawang layu, jangan sampai tukar warna.


2. Masukkan cendawan butang yang dihiris nipis dan kacau selama beberapa minit.


3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.


4. Masukkan sup stok ayam - kacau sebati dan biarkan mendidih.

 
5.  Selepas mendidih, ketepikan sup dan biarkan sejuk.




Sup cendawan yang belum dihancurkan


Blendkan semua bahan sehingga hancur


6. Selepas sup sejuk, blend (hancur) sup tadi sehingga sebati.


7. Masuk kembali sup ke dalam periuk dan masukkan susu dan biar mendidih.


8. Selepas mendidih, matikan api dan boleh dihidangkan.


9. Taburkan lada hitam dan parsli di atas sup. Sesuai dihidangkan bersama roti bawang putih (garlic bread). Nina makan dengan roti biasa pun sedap 😄



6 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com