29 May 2017

Ala Bazaar Ramadhan Buffet Di Iconic Hotel Penang

Assalamualaikum Readers 😋


Ala-Ala Bazaar Ramadhan Buffet Di Iconic Hotel Penang | Iconic Hotel | Entri sebelum ni, Nina ada kongsikan keenakan ramadhan buffet di Iconic Hotel, korang boleh baca sini . Kali ini, pihak hotel adakan 2 tema untuk berbuka, sama ada di cafe atau pun berbuka di kawasan ala bazaar ramadhan. Unik sekali, good idea I guess 😍😉 



Perbezaan berbuka puasa dah tentunya suasana berbuka di kawasan tapak parking yang telah dihias dengan cantik. Tak rasa macam berada di tempat parking. Dengan angin dari tingkat 6. Nyaman! Dari segi menu, ada juga perubahan. Di sini ada ruang open air boleh bakar satay, char koay teow, murtabak, kambing dan macam-macam lagi. Jangan risau disediakan ruang untuk solat 😀😃




MAIN DISH ALA BAZAAR RAMADHAN BUFFET 
 

Menu utama, ada juga berlainan dari menu di cafe. Boleh try seperti daging masak hitam, sayur campur bermacam jenis dan ayam serta daging. Korang harus cuba makanan yang dibakar, kesemuanya menarik minat untuk dicuba, tak terkecuali ais krim.


 
Sayur Campur, Ayam Masak Merah

Ayam Berempah tu

Shawarma Ayam, ada juga ketam

Gulai pun panas-panas dari dapur


ANEKA SAMBAL, ULAM-ULAMAN, KERABU & BUAH-BUAHAN TEMPATAN

 
Gado-Gado

Ulam-ulaman bersama sambal (Belacan, Cencaluk, Mangga)

Buah-buahan tempatan



Assorted Jeruk dan ikan masin

Telur masin, tempe ikan dan lain-lain juga pelbagai jenis kerabu



PILIHAN AIR MINUMAN SEJUK DAN PANAS



Kalau entri sebelum ini, air minuman juga berubah-ubah. Di sini, air yang menarik seperti Jagung, Keladi dan Kurma. Patut cuba, sebelum tu kacau dulu, takut korang minum nanti rasa tawar. Hehe 😀😀😀



Honey Dew Juice, Jagung, Kurma & Keladi

Nescafe Tarik, Teh O Panas, Teh Tarik



DESSERT/KUIH MUIH, AIS KACANG & AIS KRIM DAN KUDAP-KUDAPAN



Assorted Cakes. Tetap ada Durian Tart. Memang sedap!

Kuih traditional dan puding/agar-agar

Puding roti dan sos.. Lembut

Ais krim homemade. Sedap betul semua perisa. Ada perisa cempedak!

Aneka Keropok (Ikan, Sayur, Udang, Bawang, Papadum, Kerepek dan lain-lain)

Assorted Dates

Ais Kacang paling laku. Ramai yang beratur

Rojak kuah pekat! harus cuba


LIVE COOKING FRESH FROM DAPOQ PAK BEH


Murtabak Stall (Murtabak durian, ayam, roti jala, Kari ayam)

Roti Jala

Asam Laksa pun sedap

Bihun sup. Original sup daging. Bertambah makan

Kambing golek panas-panas

Satay Ayam + Daging siap kuah kacang dan nasi impit



Ayam Panggang, Nasi Ayam dan Sup Ayam

Nak makan goreng-gorengan pun ada



Puas hati tengok makanan yang pelbagai warna dan rasa. Kebanyakan makanan di Iconic Hotel sedap-sedap dan kena dengan selera Nina. Di atas antara juadah berbuka yang ada di Iconic. Jangan lupa cuba juga nasi ayam hainan. Iconic Hotel telah berjaya mengadakan Ramadhan Buffet buat pertama kali. Hope next year dapat berbuka lagi di sini 😀😀



Bihun Sup, tak puas makan betul tak tipu, suka kuah supnya

Gula Melaka penuh dengan gula, puding roti ok tak terlalu manis, tart durian tak dapat lupa

Ais krim campur semua flavor, ada teh tarik, cendol, cempedak, coklat kena try semua. Homemade dan cepat cair. Kena lah makan ASAP



Early Bird Voucher - RM 48nett *Hurry Up!
From 27 May - 24 June 2017
Call : 04-505 9988



ICONIC HOTEL PENANG

71, Jalan Icon City, Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang


6 comments:

  1. Kalau ada voucher pun saya jauh.
    Tak berbaloi travel dri shah alam.

    Next time lah

    ReplyDelete
  2. Alamak salah parking da.. Menariknya menu2 tu..huaaa

    ReplyDelete
  3. Like the deco..especially Tin -Tin biskut tu.. Vintage sgt taU!

    ReplyDelete
  4. Buffet Ramadhan kalau tak de kambing mesti tak sah ye Nina...
    Sejak dah semakin menua ni, tak mampu nak makan banyaklah Nina...rasa sengkak perut haha...

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah.tertengok pula time bulan ramadhan ni/..
    tp nsib yaya xpose ri ni..
    #ehh.. hahahah

    ReplyDelete
  6. kambing golek plg melting ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com