14 May 2020

Makan Nasi Lemak McDonalds Dan Chicken Foldover

Assalamualaikum Readers


Berbuka Nasi Lemak McD Dan Chicken Foldover Dari McDonald’s | Tempah McD Guna Food Panda Pertama Kali | Menu cheat day Nina sekeluarga hari khamis minggu lepas order McD saja. Malas nak masak dan sesekali order makanan luar. First time Nina order makanan dari Food Panda dan cuba nasi lemak McD. Mudah juga nak order! Sebelum ni tak pernah order sebab lebih suka beli sendiri. Apa yang best nasi lemak McD ni? Chicken foldover setiap tahun wajib makan sebab sedap. Tak cuba lagi Fish Foldover.



Nasi lemak McD sedap!!


Nasi lemak McD sedap dan sambal pedas dimakan dengan seketul ayam goreng besar, ikan bilis banyak termasuk nasi. Memang puas makan, Berbaloi dengan harga



Nasi Lemak McD memang berbaloi makan time puasa. Nasi banyak, ayam besar,  telur pun sebiji, paling best sambal pedas memikat. Minuman percuma air tea ais lemon. Makan panas-panas, berbaloi dengan harga. Yang belum cuba boleh order. Chicken foldover pun sedap, sejak muncul edisi ramadan tahun ni, 2 kali order sebab craving ya amat. Entah bila nak cuba fish foldover, harap-harap sedap juga. 



Chicken Foldover kegemaran Nina


Roti pita yang diapit kepingan ayam. Makan panas-panas memang laju habis


Dilimpahi sos, bawang dan macam-macam lagi. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata





Untuk ramadan tahun ini, banyak menu-menu baharu yang menarik. Nanti nak try fish foldover, susu kurma mcd, aiskrim pishang dengan ayam tu. Sementara masih dalam bulan puasa ni. Haruslah cuba, walaupun nak drive ke McD tu antara nak dan tak nak. Rasanya Nina akan pilih rider Food Panda lagi sebab malas nak beratur panjang-panjang. Tak tahan perut berkeroncong 🤣🤣



Terima kasih abang rider. Mai hantar waktu hujan lebat. Kadang-kadang tak gamak, rela pi drive thru. Semoga murah rezeki dan selamat dalam apa jua pekerjaan.


4 comments:

  1. terliur pulak tengok McD, kali terakhir makan mcD was before PKP haritu :'-)

    ReplyDelete
  2. emmm sedapnya nasi lemak. tiba2 rasa nak buat buka nasi lemak plus daun pisang dan ayam goreng celup tepung..

    ReplyDelete
  3. wahh, sedapnyaa. Lama tak pergi mcd ni sejak pkp.

    ReplyDelete
  4. dah last2 nk puasa ni mmg dah jadi malas nk masak dah, haha! dulu time kje penang seminggu 2 kali oder food panda je..eheh2..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com