26 Nov 2022

Cetak Lesen Di JPJ, UTC Pulau Pinang

Assalamualaikum readers


Salah satu idea kerajaan dahulu ialah buka UTC (Urban Transformation Centre) di beberapa negeri. Pertama kali pergi untuk cetak roadtax di JPJ UTC Pulau Pinang (bawah komtar). Wah, ramai betul, tambah-tambah hari Sabtu. Paling ramai di kaunter imigresen. Masuk dan kaunter JPJ sebelah kanan. Urusan pembayaran hanya guna kad kredit/debit sahaja. 



Urusan hanya ambil masa 10 minit dari dapat no giliran hingga print roadtax. Lagi mudah sebab hubby dah renew dengan tokey kedai moto, dalam RM 600++. Kereta pun dah pakai 4 tahun. Murah la sikit, kalau tidak 1k lebih termasuk insurans cermin. 


Dah siap print. Bayaran yang dikenakan hanya RM 20

Klinik gigi tak ada orang. Mungkin kena buat temujanji dahulu dan tak boleh terus walk in


Sangat efficient datang UTC. Klinik gigi pun ada. Plan nak check gigi pulak 😅 Polish apa yang patut, cavity pun banyak. Dah tua-tua ni gigi kena jaga juga, bukan badan saja.

5 comments:

  1. Bila tgk entri ni br teringat yg road tax sy pun dh nk expired... insuran dh renew dah hari tu cuma road tax x buat lg... selalu sy buat kt pos ofis kt pej krjn kat sini.. kalo ke utc ramai sgt manusia... hehehe... tp sy mmg setuju dgn pelaksanaan utc ni... memudahkan rakyat jd one stop centre.. semua ada kt situ cuma kena sabar je lah menunggu

    ReplyDelete
  2. sy suka utc ni sbb ada mcm2 perkhidmatan di bwh 1 bumbung. so x yah g sana sini nak selesaikan urusan

    ReplyDelete
  3. ni a punya kereta dah 4 thn pakai? kejap je kann

    ReplyDelete
  4. harap kerajaan baru ni jgn laa tutup UTC ni... mcm kes klinik 1malaysia tu...tolong laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tutup nampak sgt menyusahkan rakyat dan benci org melayu

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com