8 Nov 2022

Kamitetep : Serangga Beracun Melekat Di Dinding

 Assalamualaikum readers


Kamitetep Serangga Beracun Melekat Di Dinding | Siapa pernah lihat serangga kecil ni? Merata tempat nampak serangga ni sampailah pindah rumah, baru tahu rupanya ia beracun sebab kami laki bini pernah gatal badan, di belakang badan dan kaki. Dia punya gatal tu, berdenyut rasa macam nak gesel di dinding. Terus mandi baru kurang gatal.


Kamitetep


Kamitetep atau nama sainstifik Phereoeca Uterella. Jika dilihat seakan biji timun dan mempunyai cengkerang berwarna coklat. Juga kelihatan seperti serpihan kulit pokok. Sebelum ni jumpa kamitetep dan sarangnya di rumah mak tapi tak pernah ambil peduli sebab tak siapa pernah gatal-gatal. Cuma bersihkan sawang seperti biasa.




Kamitetep akan mengeluarkan separuh dari isi badannya untuk mencari makanan. Sejenis serangga parasit yang suka makan kain fabrik. Ia juga beracun dan elakkan dari memegangnya kerana ia menyengat dan mengigit. Apabila terkena gigitan, ia boleh menyebabkan lebam dan rasa gatal yang teruk. Gunakan ubat gatal untuk menghilangkan kegatalan atau lekatkan pita pada tempat yang digigit dan tarik pita untuk meninggalkan bulu di tempat yang disengat.


Kalau nampak, segera bersihkan rumah. Rumah bersih, kamitetep pun tak ada.

7 comments:

  1. owh beracun ye, selalu juga kak ana jumpa melekat kat merata dinding kan :) thanks for sharing naa

    ReplyDelete
  2. Pernah baca pasal serangga ni. Sejak tu kalau nampak mesti terus buang.

    ReplyDelete
  3. Ini yg slalu melekat kat dinding rumah jgk kan..

    ReplyDelete
  4. Selalu nampak di dinding macam rupa kuaci tapi yang di rumah ini kulitnya warna putih.
    Baru tahu.

    ReplyDelete
  5. Meremang bulu tengkuk, bukan sebab takut tapi rasa macam biasa nampak tapi buat tak tahu

    ReplyDelete
  6. Biasa juga tengok serangga ini tetapi tak pernah tahu ianya beracun.

    ReplyDelete
  7. rumah lama sy dulu byk mendealah ni. alhamdulillah x de kejadian tak diingini berlaku

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com