28 Nov 2022

Review Thai Cave Rescue (2022)

Assalamualaikum readers


Review Thai Cave Rescue (2022) | Awal bulan Nov, berjaya habiskan tengok siri sepasukan bola sepak Thailand yang menggemparkan dunia pada tahun 2018. 



Sinopsis :


Berdasarkan kisah benar, Thai Cave Rescue mengisahkan 12 ahli pasukan bola sepak Wild Boars bersama jurulatih mereka, Eak pergi meneroka gua Tham Luang selepas tamat perlawanan bola sepak pada pagi tersebut.



Selepas sejam berada di dalam gua, mereka terperangkap dan tak dapat keluar kerana paras air naik mendadak dan menutup jalan keluar gua. Coach Eak tiada pilihan apabila dia perlu menenangkan kesemua anak buah dalam masa yang sama cuba cari jalan keluar dari situ.


Noon

Kelly & Pim


Noon, merupakan pelatih di Jabatan Meteorologi cuba memberitahu tentang ribut yang melanda bahagian Laos yang boleh membawa hujan luar biasa di kawasan utara Thai namun Noon tak dapat memberikan fakta yang tepat kerana sistem radar mengalami gangguan dan bos dia tak nak ambil risiko mengeluarkan amaran hujan lebat di kawasan tersebut.


Noon cuba memberikan amaran hujan luar biasa kepada Pim, ranjer hutan di kawasan terbabit. Dengan amaran yang lambat dikeluarkan, Pim menyedari ada orang yang terperangkap di dalam gua Tham Luang apabila menemui basikal dan barang milik pasukan Wild Boars di luar pintu masuk gua.



Gabenor Narongsak yang mengetuai misi pencarian pasukan Wild Boars berusaha menenangkan ahli keluarga mangsa dan memohon bantuan dari pasukan tentera laut Thailand (SEALS). Tapi pasukan SEALS tak mempunyai pengalaman menyelam di kawasan gua yang sempit dan arus yang kuat.


Hal ini menyebabkan Gabenor Narongsak terpaksa memohon bantuan sukarelawan dari negara luar yang mempunyai pengalaman. Selepas 9 hari, mereka berjaya menemui 12 ahli pasukan Wild Boars bersama coach dalam keadaan selamat.


Cabaran utama bagaimana untuk membawa kesemua mangsa keluar kerana tiada jalan keluar lain kecuali pintu gua dan masalah kebanyakkan remaja lelaki tidak tahu berenang. 


Sedih waktu petani-petani sign borang kebenaran untuk lepaskan air dalam gua ke sawah padi mereka. Sangat touching


Kehadiran Kelly (Urassaya Sperbund) yang merupakan hydrology engineer, menyedarkan Gabenor Narongsak yang mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengeluarkan kesemua mangsa. Ditambah dengan cuaca buruk, gua ditenggalami air sepenuhnya.



Jika mereka tidak mengeluarkan mangsa dengan segera, terpaksa menunggu 3 bulan untuk gua terseut kering sepenuhnya dan masalahnya mangsa tidak mempunyai bekalan oksigen yang cukup dan boleh menyebabkan mereka mati sesak nafas. Kematian seorang pesara tentera bernama Sam, juga memberi kesan dalam misi tersebut.


Bukan mudah nak jadi cave diver, selepas menyelam mesti ada kesan-kesan luka 


Sejujurnya filem ni dapat menceritakan secara jelas kaedah penyelam dari Amerika dan Australia gunakan dalam misi menyelamat ni. Banyak ilmu tentang rescue, perubatan dan menyelam dalam siri Netflix ini. Sangat beremosi, tiba-tiba air mata mengalir.

5 comments:

  1. tengok awal die je..hahaha.nanti boleh la tengok bila ada masa

    ReplyDelete
  2. samalah, tengok ni rasa nak nangis.

    ReplyDelete
  3. best...awal2 kuar hari tu dah layan. ada jugak bab yg kesat mata ngan tisu....

    ReplyDelete
  4. bila dapat tahu kejadian ni bakal dijadikan cerita, saya sangkakan akan masuk pawagam... rupanya masuk Netflix. tentera yang meninggal tu disebabkan lemas, kan?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com