27 Sept 2023

Review Filem Heart of Stone (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Heart of Stone (2023) | Movie yang ditonton sebelum admitted ward bulan lepas. Suka dengan lakonan Gal Gadot. Filem ini penuh dengan aksi-aksi menarik. Disiarkan secara rasmi pada 11 Ogos 2023 di Netflix.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang sekumpulan ejen perisik M16 iaitu Parker (Jamie Dornan), Yang (Jing Lusi), Bailey (Paul Ready) dan penggodam bernama Rachel Stone (Gal Gadot) ditugaskan untuk memerangkap Mulvaney (Enzo Cilenti) di sebuah kasino terletak di Pergunungan Alps.


Parker & Yang

Keya Dhawan

Rachel bertemu dengan penggodam hebat bernama Keya Dhawan (Alia Bhatt). Dia tahu ada sesuatu yang Keya inginkan dan kerana itu dia minta Jack of Hearts (Matthias Schweighöfermengesan lokasi Keya. Jack dan Rachel bekerja di bawah organisasi lebih besar iaitu The Charter dan mereka berdua aset bernilai di bawah kelolaan Nomad (Sophie Okonedo).


Nomad & Jack 'Heart of Stone'

'Heart of Stone'

The Charter adalah organisasi rahsia yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan secara rahsia dan mempunyai peranti berkuasa tinggi iaitu 'The Heart'. Peranti ini digunakan untuk menyimpan semua data manusia di Bumi. Sesiapa yang memiliki 'The Heart' mampu menguasai dunia. Keya mempunyai motif untuk mencuri 'The Heart' untuk agenda peribadi.



Tak pasti kenapa Rachel lebih banyak mengelak untuk spend time dengan geng M16 sedangkan banyak maklumat dia boleh dapat. Mungkin sebab selalu mengelak untuk lepak, dia terlepas siapa mole dalam geng tersebut.


🌟🌟🌟

6 comments:

  1. baru tgk separuh hari tu, pas tu x sambung lagi.. emmmmm

    ReplyDelete
  2. Memang layanlah filem ini.. Syok tengok babak aksi..

    ReplyDelete
  3. Macam best cerita ni tapi belum tengok lagi

    ReplyDelete
  4. Suka tengok aksi dalam filem ini..

    ReplyDelete
  5. Dah tengok, tapi ending dia, boleh tertidur pulak. Itu malas layan netflix waktu malam.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com