5 Sept 2023

Makan Roti Canai Transfer Road

Assalamualaikum readers


Makan Roti Canai Transfer Road | Tempat makan ni hanya fames untuk pelancong luar sahaja, sebab apa Nina kata macam tu? sebab bila tiba cuti sekolah memang ramai yang beratur, orang local nak pi makan memang tak sanggup lah.



Roti canai telur mata + milo ais float. Pelik rasanya, aiskrim vanila ni sesuai dengan coke

Lama jugak tak makan roti canai ni, dalam setahun boleh kira hanya dua atau tiga kali sahaja. Menu pun dah tak sama macam dulu. Tahap kebersihan lagi ke laut, dulu tular kes tikus, kotor etc. Lagi satu kan lokasi tak kena sebab masak betul-betul tepi jalan, banyak debu-debu yang masuk dalam makanan dan minuman. Ini kalau bawa mak, confirm dia reject nak makan sini. 



Nina dan hubby makan bulan lepas, alang-alang tak ramai orang kami singgah nak tengok 'situasi', hubby paling tak berkenan bila kami order milo ais tapi ada aiskrim?? 😂 Rasa milo ais terus out. Terus dia tanya tukang bancuh air takut kena scam. Katanya air milo memang macam tu, atas permintaan customer. Rasanya ini yang last kami makan kat sini. 


2 comments:

  1. ye.. macam suami kak yan tak suka bau vanila, aiskrim vanila pun dia kata rasa ubat. ni kalau air taruk aiskrim vanila confirm dia tak boleh minum. tapi roti canai tu...yummy nampaknya

    ReplyDelete
  2. peliknya bila milo bubuh aiskrim..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com