26 Jan 2024

Makanan Meransang Pembesaran Cyst Dan Fibroid

 Assalamualaikum readers


Makanan Meransang Pembesaran Cyst Dan Fibroid | Perasan tak lepas cucuk vaksin sampai dose ketiga ni macam-macam jenis penyakit yang hinggap. Imun badan pun auto tak kuat macam sebelum Covid. Kadang bila batuk mesti berpanjangan, letih walaupun buat kerja-kerja ringan dan paling ditakuti sel-sel kanser mula tumbuh di dalam badan.



Tak dinafikan makanan adalah faktor UTAMA menyumbang kepada penyakit ini terutamanya perempuan sebab kita ada hormon yang meransang tumbesaran cyst, fibroid dan kanser. Setakat ini Alhamdulillah once dah boikot semua makanan keluaran Issrahel, jimat duit, kesihatan terjaga sebab tak makan fast food dan dalam masa yang sama dapat jihad kecil.


Senarai makanan-makanan di bawah ni tak digalakkan makan secara berlebihan, boleh amal tapi jarakkan. Nina kalau teringin dalam sebulan sekali sahaja. Lebihkan makanan organik walaupun harga agak mahal. Ini senarai makanan yang kena elakkan jika pernah ada cyst dan fibroid :


#1 Kacang Soya



Mengandungi PHYTO ESTROGEN yang boleh menggalakkan pembesaran CYST jika diamalkan secara berlebihan.


#2 Evening Primerose Oil


Juga mengandungi PHYTO ESTROGEN yang boleh menggalakkan pembesaran Cyst jika diamalkan secara berlebihan.


#3 Ayam - yang disuntik



Sangat kurang makan ayam dan lebihkan daging/kambing/ikan dalam makanan harian. Amalkan ayam organik atau ayam kampung, ia lebih baik.


#4 Ikan Keli - yang dibela



Risiko adalah disebabkan makanan yang diberikan kepada ikan tersebut sama seperti ayam yang disuntik. Ia juga boleh merangsang pembesaran Cyst jika diamalkan berlebihan.


#5 Kolestrol Berlebihan



Penyebab kenaikan hormon estrogen dan precursor estrogen.


Lebihkan makan sayuran hijau, bebas suntikan dan makanan yang diproses. In Shaa Allah dalam masa yang sama berdoa kepada Allah diberi kesihatan yang sihat. 

24 Jan 2024

Kinoki Foot Patch

Assalamualaikum readers


Kinoki Foot Patch | Suatu masa dulu pernah guna foot patch brand D'Herbs Terlajak Laris - Herbal Detox. Memang best guna sampai lah Aliff Syukri stopkan production. Tak pasti sebab apa. Memang sekarang banyak brand foot patch. Pilihlah yang mana korang suka sebab fungsinya sama menyedut toksik dari badan melalui kaki. Hasilnya bila bangun dari tidoq memang badan rasa segar dan ringan.


Kinoki Foot Patch - 1 kotak RM 1.45


Kinoki foot patch ni ada 2 jenis - original dan ginger + salt. Harga pun mampu milik, mur mur saja. Dalam 1 kotak ada 10 pieces. Nina dan hubby guna seminggu sekali tambah-tambah hubby seorang perokok tegar. Memang kena buang toksik-toksik yang ada dalam badan tu.


Yang sebelah kanan tu hasil patch di kaki kanan


Nina beli di Shopee sebab compare harga kedai di luar atau farmasi harga mahal sikit. Lagipun busy dengan kerja ni lebih suka beli online. Once tampal di kaki sebelum tidur memang rasa suam-suam macam patch tu betul-betul buat kerjanya semasa kita tidur. Recommended untuk beli.  

22 Jan 2024

Jenama Coklat Paling Sedap

 Assalamualaikum readers


Jenama Coklat Paling Sedap | Jenama coklat yang tak terlibat funding penjajah. Yang masih boikot teruskan, rupanya dalam fasa boikot jumpa jenama coklat yang lagi sedap dari Cadbury, Nutella dan lain-lain. Yang nak diet dan concern bab kurus dan kesihatan pilihlah dark chocolate especially yang 70% ke atas tu. Kajian juga mendapati ambil dark chocolate masa study bantu otak kekalkan info baru hasil dari Flavonols bagi boost power pada sel-sel otak supaya jadi mudah ingat.


Tip lain ialah sekali makan tu jangan habiskan 1 bar terus. Makan kiub by kiub. Jadi coklat akan tahan lama (tak lah bersalah sangat beli yang mahal), pastu kita dapat elakkan makan coklat banyak-banyak dalam satu masa yang sama. Kalau tak dapat nak kawal craving, tolong stay away dari coklat dulu 😁 korang lose weight nanti hilang selera nak makan coklat. Ini antara jenama coklat yang boleh dipilih :


#1 Beryl's


#2 Vochelle




#3 Benns




#4 Godiva (Turkish)




#5 Lindt (Switzerland)




#6 Whittaker's (New Zealand)




#7 Patchi (Lebanon)


Kalau tak ada idea nak beli apa untuk yang tersayang, beli coklat-coklat di atas pun dah buat si penerima tersenyum lebar. Harga coklat-coklat ni boleh tahan tapi semuanya coklat yang baik untuk tubuh bukan dipenuhi dengan gula semata-mata.

19 Jan 2024

Barang Wajib Ada Selepas Bersalin

 Assalamualaikum readers


Barang Wajib Ada Selepas Bersalin | Bersalin anak kedua ni Nina banyak beli barang untuk diri sendiri, sebenarnya lebih kepada barang untuk berpantang. Sebab hati ni rasa anak dalam kandungan ada yang tak kena dan tau jantina baby boy jadi boleh guna barang-barang Harraz. Sebab cakap kat hubby tak payah lah excited beli barang. Tunggu anak keluar dulu baru bincang lain.


Senarai Barang Bersalin Di Hospital

Senarai Kelengkapan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital


Bila dah ada pengalaman bersalin ni, memang dah tau benda apa yang perlu beli dan tak perlu beli. Allah uji berpantang tanpa anak memang lain sangat. Nurse datang rumah check luka, bagi kata-kata semangat supaya tak meroyan. Boleh nampak kerisauan dorang tu. Dalam 2 minggu pertama bersalin tiap-tiap malam menangis rindu anak di tambah pertama kali kena rengat. Sakit hanya Allah saja yang tau. Yang tak tau apa jadi pada anak syurga boleh baca ya :


Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Pengalaman Bersalin Anak Syurga


Ini antara barang-barang yang wajib beli, Nina tak beli semua sekali gus sebab makan modal, beli sikit-sikit setiap kali lepas masuk gaji. Semuanya Nina beli di Shopee. 


Mandian Herba beli dari seller Aishanuha Store. Memang best! Murah pun ya juga. Sebungkus hanya RM 3.00

Beli di kedai jamu lebih murah

Sabun Lulur Kunyit - RM 14.50. Guna hari-hari sebab badan memang berdaki lah penangan minyak Nona Roguy

RM 11.38 sebotol. Beli sebab nak elakkan gangguan lepas bersalin. Nina guna kelapa memang wangi, yang 2 lagi tu beli untuk MIL. Lepas mandi rasa sangat tenang

3 In 1 Bengkung Moden - RM 18.40 (pakai dari perut hingga pinggul)

Beli ni sebab lepas bersalin suami boleh terus cuci uri - RM 18.50

Buat yang bakal timang cahaya mata boleh beli ya. Semoga urusan dipermudahkan. Nina hanya share terserah pada pembaca. 

18 Jan 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

 Assalamualaikum readers




Marilah ramai-ramai join GA yang diadakan oleh Cuya ni. Hadiah sampul raya tahun ni bersama kotak misteri, memang design rare. Takkan jumpa kat luar. Ala-ala limited edition gitu. Yang belum join boleh klik banner di atas.

17 Jan 2024

Jenis Cuti Wajib Majikan Dan Staf Tahu

 Assalamualaikum readers


Jenis Cuti Wajib Majikan Dan Staf Tahu | Di zaman yang serba canggih ni dimana info dan pengetahuan boleh dicari di hujung jari tapi masih ada pekerja yang ditindas oleh majikan. Adalah lebih baik jika pekerja itu sendiri ada pengetahuan berkenaan akta pekerja dan cuti-cuti yang wajib diberi oleh majikan. Masih ada company yang tak selaraskan gaji RM 1.5k atas bermacam alasan. Jika masih ada perkara-perkara seperti ini pekerja boleh lah membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau KWSP.



Di sini, nak explain jenis cuti-cuti Malaysia yang wajib majikan dan staf tahu. Kalau kita sendiri tak tahu macam mana kita nak refer pada HR kan. Jika HR pun jenis tangkap muat macam mana dia boleh jadi HR kan? HR wajib inform dan educate bab ini.


#1 Cuti Sakit/Sick Leave


Cuti yang diberikan kepada pekerja untuk beristirehat dan untuk pulih dari sesuatu penyakit atau istilah popular iaitu MC. Wajib dapatkan MC pada hari yang sama, bukan beli MC ya.


Diperuntukkan dalam akta kerja, 14 hari sekiranya bekerja selama 1-2 tahun, 18 hari jika bekerja  selama 2-5 tahun, dan 22 hari sekiranya bekerja lebih dari 5 tahun ke atas.


#2 Cuti Tahunan/Annual Leave


Cuti berbayar yang diberikan kepada pekerja untuk pelbagai tujuan, contoh pergi bercuti dan perlu mohon awal.


Diperuntukkan dalam akta kerja, 12 hari sekiranya bekerja kurang dari setahun, 16 hari jika bekerja  selama 2-3 tahun, dan 22 hari sekiranya bekerja lebih dari 4 tahun ke atas.


#3 Cuti Kecemasan/Emergency Leave


Sama seperti AL tetapi, hanya untuk tujuan kecemasan, contoh terlibat dalam kemalangan ringan ketika dalam perjalanan ke kerja atau anak sakit, boleh mohon secara on-the-spot.


Tidak diperuntukkan dalam akta kerja, rujuk pada polisi syarikat masing-masing.


#4  Cuti Materniti


Bagi ibu mengandung diberikan cuti selepas bersalin selama 98 hari berkuat kuasa 1 Januari 2022 dan wajib dilaksanakan.


#5 Cuti Paterniti


Diberikan kepada bapa-bapa yang bekerja untuk menjada isteri selepas bersalin. Diperuntukkan dalam pindaan Akta Kerja sebanyak 7 hari tapi ada sesetengah company akan beri jika pekerja sudah bekerja selama 1 tahun ke atas.


#6 Cuti Ganti


Diberikan kepada pekerja sekiranya pekerja diminta untuk bekerja pada hari "rest-day" atau cuti am (Public Holiday).


Ada juga syarikat yang akan berikan cuti jika PH jatuh pada hari sabtu atau ahad.


#7 Cuti Tidak Berbayar/Unpaid Leave


Atau dipanggil "sabbatical leave". Tidak diperuntukkan dalam Akta Kerja, boleh rujuk pada polisi syarikat masing-masing.


#8 Cuti Ihsan/ Compassionate Leave


Diberikan kepada pekerja sekiranya berlaku kematiann ahli keluarga. Tidak diperuntukkan dalam akta kerja, boleh rujuk polisi syarikat.


#9 Cuti Belajar/ Study Leave


Diberikan sekiranya pekerja perlu menghadiri kelas bertujuan untuk "upskilling" atau menduduki peperiksaan bagi badan professional, contoh : CFA, ACCA dan lain-lain. Tidak diperuntukkan dalam akta kerja.


Syarikat anda bekerja ada semua-semua cuti ini, alhamdulillah menepati kriteria yang sangat-sangat diperlukan oleh seorang pekerja. 

16 Jan 2024

7 Buah Syurga Ada Di Bumi

Assalamualaikum readers


 7 Buah Syurga Ada Di Bumi | Adalah suatu haritu, ikut hubby courier barang, mesti banyak kawasan perumahan yang kami lalu. Kalau duduk rumah teres rasanya dah tanam macam-macam. Selain tengok design-design rumah, tengok jugak tanam pokok apa kan. Perasan satu rumah ni dia ada tanam kesemua pokok-pokok syurga ni kecuali labu dan zaitun.



Sehinggalah persoalan Nina tu terjawab bila nampak content dalam TikTokers Indonesia, rupanya owner rumah tu selama ni dia makan buah-buah dari syurga. Kagum sangat, dia manfaatkan tanah dan persekitaran rumah mostly banyak orang cina. Apa buah syurga yang ada di bumi tu? Meh kita tengok, ada ustaz menggalakkan kita amalkan makan buah-buah ini kerana banyak manfaatnya.


#1 Labu



#2 Pisang


#3 Delima


#4 Buah Tin


#5 Zaitun


#6 Kurma

#7 Anggur



10 Jan 2024

Roti Love A Loaf Sedap!

Assalamualaikum readers


Roti Love A Loaf Sedap! | Sebenarnyakan ini pengaruh dari suami sendiri. Dia kalau singgah Caltex area Greenlane memang singgah beli punya sebab panas dan sedap di makan panas-panas. Order thru Food Panda pun dapat makan panas-panas baru terasa dia punya cheese tu. Perghhh tak dapat di gambarkan. Kesudahannya, pantang nampak mesti beli sebab Harraz pun suka.



Love A Loaf


Rasanya merata negeri ada cawangan Love A Loaf ni. Setanding dengan Roti Boy, Auntie Anne. Sejenis roti 'have-have'. Packing pun menarik kalau order thru FP. Kalau beli di Caltex tak nampak pun ada plastik. Eksklusif gitu. Selain roti ada menu lain seperti kek, pasta dan sup.


Cranberry Cream Cheese - RM 5.85
(Lembut roti ni dan sedap bila digabungkan hirisan cranberry dan krim keju)

German Garlic Bread - RM 5.70
(roti ni kena makan panas, kalau tak roti jadi sedikit keras. Rasa masin-masin keju)


Dalam banyak-banyak roti kami paling suka Cranberry Cream Cheese dan German Garlic Bread. Harga berpatutan. Baca nama roti pun nampak mewah. Haha.. Nina bukan nak meracun tapi kalau nampak atau tersinggah tu, lajakkan kaki masuk dan beli okay. 

Jangan Pandang Belakang 2 : Aku Tahu Asal Usulmu (2024)

Assalammualaikum readers


Jangan Pandang Belakang 2 : Aku Tahu Asal Usulmu (2024) | Kalau filem lakonan Khatijah Tan automatik itu filem arahan anaknya, Pierre Andre. Selepas 17 tahun, filem seram ikonik Jangan Pandang Belakang diteruskan dengan sekuel ke 2.



Sinopsis :


Filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu meneruskan kisah mistik keluarga Mak Lang yang mewarisi saka keturunan keluarga mereka. Selepas kematian Opah, saka tersebut kehilangan tuan dan mula mendampingi Mak Lang yang semakin uzur. Gangguan demi gangguan menghantui Lynn, anak Mak Lang yang menjadi sasaran berikutnya.



Situasi semakin tegang apabila Lynn terpaksa berhadapan dengan pelbagai peristiwa misteri yang mengganggu kehidupan hariannya. Tanpa disedari, selama ini yang mengganggu mereka bukanlah saka keluarga (ikutkan filem pertama, saka itu telah dibuang dan ditanam) tetapi sihir yang dihantar kepada mereka.



Berjayakah Lynn menyelesaikan konflik keluarga serta usahanya membebaskan diri daripada cengkaman kuasa gelap? Kena tonton sendiri.

🌟🌟🌟🌟🌟/10

Review Suzzanna : Malam Jumat Kliwon (2023)

Assalammualaikum readers


Review Suzzanna : Malam Jumat Kliwon (2023) | Filem terbaru ini adalah installment kedua kepada trilogi filem seram Suzzanna. Filem sekuel takda kaitan langsung dengan yang pertama melainkan watak utama bernama Suzzanna.




Sinopsis :


Berlatarkan era 1880-an, Suzzanna (Luna Maya) dipaksa berkahwin dengan tuan tanah, Raden Aryo (Tio Pakusadewo) kerana ayahnya berhutang wang dan mencagarkan rumah keluarga gara-gara kalah berjudi. Suzzanna dengan tegas menolak lamaran tersebut kerana dia tunang Surya (Achmad Megantara) dan bakal berkahwin.


Suzzanna dan Surya

Minati & Raden Aryo


Lamaran tersebut bukanlah pilihan tambah pula Raden Aryo perlukan waris kerana isteri pertamanya, Minati mandul. Kerana cemburu terhadap Suzzanna dan terasa diabaikan, Minati berjumpa dengan Ki Jaya untuk hantar santau pada madunya. Kerana santau tersebut, Suzzanna meninggal ketika bersalin bila kandungannya bergerak ke belakang badan kemudian perutnya pecah.



Surya yang kecewa ditinggalkan Suzzanna bertindak mengorek kubur tunangnya kemudian bertemu iblis bernama Samil. Samil memberi tawaran untuk Suzzanna hidup kembali dengan syarat bayi milik Suzzanna perlu dikorbankan. Surya setuju asalkan dia dapat hidup bersama Suzzanna selama-lamanya. Kembalinya Suzzanna menggemparkan penduduk kampung kerana luka di belakang badannya tidak sembuh dan dipanggil sundel bolong.




Tengok muka Maya Luna tak jadi takut sebab hantunya kaku dan tak menyeramkan masa dia mencari anaknya dan balas dendam. Watak Minati pun tak dikembangkan, macam biasa saja dan tak sesuai ditonton sebab ada adegan Minati kena bayar santau pada Ki Jaya guna badannya.


🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com