30 Jul 2025

VISTANA @ Sedim Riverside Resort Kedah

Assalammualaikum readers


VISTANA @ Sedim Riverside Resort Kedah | Cuti umum birthday Yang Dipertuan Agong bulan Jun lepas, kami habiskan masa BBQ dan bermalam di sini. Port healing terbaik di Kedah.



Resort kami


Kalau sebut Sedim, biasanya orang akan ingat tempat beriadah tepi sungai sebab Sedim antara lokasi yang terkenal. Sungai tidak lah terlalu dalam dan arusnya tidak deras. Sesuai nak bawa anak-anak. Alhamdulillah kami tegur nyenyak dan tiada gangguan hantu. Yang tak tahan nyamuk boleh bawa ubat nyamuk.


Yang ada khemah boleh berkhemah di sini. Area biras berenang tepi batu itu agak dalam untuk kanak-kanak.


Bilik ke 2. Ada 8 biji tilam dan bantal. Bantal tu jangan expect empuk macam di rumah atau hotel 😂 Ada 3 bilik mandi, water heater tak disediakan.


Suasana waktu malam boleh tahan sejuk


Penginapan berbentuk rumah kampung. Ada beberapa pilihan bergantung pada jumlah orang yang akan menginap. Di tepi-tepi sungai juga ada chalet yang sesuai untuk keluarga kecil. Selain itu, disediakan tapak perkhemahan untuk mereka yang mahu ber'clamping' .


Katak yang ditangkap oleh biras Klate. Dia nak menyakat bini




Ada juga disediakan aktiviti-aktiviti lain seperti jungle tracking, flying fox, ATV dan lain-lain. Cafe di sediakan, makanan biasa saja. Boleh juga keluar ke kawasan kampung beli makanan tapi jauh nak keluar dan waktu perniagaan pada siang sahaja. Kami bawa bekal makanan dari rumah dan perkakas sendiri untuk masak di resort.


Keletihan seharian mandi sungai


Klik sini untuk tengok pakej 


Kalau nak healing dalam suasana hijau, nyaman tempat ini boleh dijadikan pilihan. Cukup privasi dan tak dikunjungi oleh orang luar. Tapi kalau musim hujan tak digalakkan. 

29 Jul 2025

Review Filem A Normal Woman (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem A Normal Woman (2025) | Nak habiskan tengok filem ini pun bercinta selama 2 hari. Berebut remove tv dengan anak tu perkara biasa. Filem dari Indonesia yang baru sahaja release di Netflix.



Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan serba moden Milla bersama suaminya, Jonathan yang hidup serba mewah bersama anak gadis mereka dan ibu mertua. Semuanya berubah apabila Milla mengalami penyakit kulit yang kronik dan berkaitan dengan masa silamnya.




Dalam masa yang sama Milla mengalami anxiety kerana gangguan halusinasi dari seorang kanak-kanak yang mengalami luka parah di muka. Sehingga tibanya, Erika ke rumah untuk make up mertuanya untuk majlis harijadi. Rupanya, Erika rakan Milla dari kecil lagi. Erika juga bercita-cita nak kaya seperti Milla. Akhirnya terbongkar semua cerita yang disimpan oleh ibu Milla.


Lepas tengok ending, rasa nak campak remote 😂 ingatkan cerita penyondol tapi bukan. Kebanyakan scene dalam filem ini di habiskan dengan seribu tanda tanya. Siapa Milla dan apa kaitannya dengan Grace. Tak faham apa kaitan kisah silam Milla dengan penyakit kronik yang menghantuinya. Jalan cerita tidak kukuh, banyak tanda tanya.


🌟🌟🌟🌟/10

25 Jul 2025

Birthday Night, Sutera Restaurant, Penang

Assalammualaikum readers


Birthday Night, Sutera Restaurant, Penang | Ikutkan esoknya birthday SIL bongsu, belum buat keputusan lagi nak celebrate di mana tapi entri tempat makan ini sempena birthday Aqilah tahun lepas 😅 Baru teringat rupa-rupanya belum hapdate dalam blog. Hahaha


Lamb Shank - RM 68 (pilihan abah)

Mix Berries Fizz - RM 10

Spaghetti Carbonara Seafood (pilihan hubby)

Nasi Goreng Kampung - RM 20 (pilihan Nina, that day lapar nasi sebab seharian tak makan nasi)


Astagaaaa sudah setahun rupanya gambar tersimpan dalam gallery fon. Bagi rakyat Penang, Sutera antara salah satu restoran under Irama Dining Group, satu owner tetapi ada banyak restoran (different cuisine). Alhamdulillah ketiga-tiga makanan di restoran ini sedap!! Harga makanan around RM 20-RM 40 per person


Restoran kecil saja, booking dulu


Setiap meja ada fresh flower


Konsep makanan Sutera ini dia more to Chinese cuisine. Citarasa masakan Cina halal. Surprisingly masa kami walk in, ada 2 meja berlainan dan warga Indonesia tengah menjamu selera tapi tak nampak macam pelancong. Nak merasa vibes Cina, recommended makan di sini.


Alamat : 98, Lebuh Armenian 10300 George Town, Penang.


Fon No : 019-417 9003


Waktu Operasi : 12.00 pm-10.00 pm (Tutup hari Isnin)

23 Jul 2025

Makan Pagi Di Rumah Sarapan, Sungai Petani

Assalammualaikum readers


Makan Pagi Di Rumah Sarapan, Sungai Petani | SP antara daerah di negeri Kedah yang banyak tempat makan baru, tak sempat nak terjah semua sebab adik ipar bongsu dah habis study di UiTM Merbok. Ikutkan plan, breakfast di sini dulu sebelum gerak ke Pendang untuk tukar absorber kereta. Maaf lah entri basi tahun lepas 😂


King Breakfast Plate 

Daddy & Son's Plate


Ngam sampai dalam pukul 9.00 pagi, orang dah tak ramai, lagi satu sebab kami pi hari weekdays. Ada baca review, kalau sampai awal, terpaksa tunggu sebab ramai yang beratur. Biasalah spot makanan viral. Harga dan portion memang makanan berbaloi.



Lokasi rumah sarapan ni memang betul-betul rumah dan kemudiannya dijadikan gerai sarapan pagi. Deretan bangunan di area situ dalam kawasan perumahan rumah teres setingkat. Tempat itu sangat strategik kalau nak buka kedai ataupun kedai mmakan. Recommended untuk singgah breakfast kat sini. Waze confirm sampai 👍🏻


Alamat : C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah 08000 Sungai Petani (masuk tol SP selatan)


Waktu Operasi : 7.30 am-12.30 pm (Selasa tutup)

20 Jul 2025

Makanan Sedap Di The Roost Penang

Assalammualaikum readers


Makanan Sedap Di The Roost Penang | Dalam banyak-banyak restoran western dalam Penang, Nina paling banyak makan di sini. Celebrated birthday hubby bulan Februari lepas. Lupa nak update dalam blog 😅 Kalau makan 4 kali tu maknannya sedap!


Fish & Chips (Tilapia) - RM 38 (pilihan maktok)

Rib Eye Steak - RM 39.90 (pilihan birthday boy)


Apa yang sedap di The Roost ni? Bab pasta memang win lah, portion banyak tapi kalau plan nak makan di sini, baik book dulu sebab tiap-tiap hari penuh. Ini antara makanan-makanan best yang kami order hari itu. Berbaloi lah dengan harga. 


Beef Streaky Carbonara - RM 20.80 (pilihan Nina)

Soda Blue Ocean - RM 13.90 (Air ni sedap mix dengan carbonara, refreshing)

Reaksi muka selepas bini minum air. Haha

Seronok minum air orang


Staff pun efisien, kalau tanya apa kelebihan setiap menu, boleh explain dengan confident. Dia punya confident tu terus order tanpa ragu-ragu. Nina recommended try Beef Streaky Carbonara tu, tak muak dan rasa balance. Yang belum pernah makan, masuk dalam list, datang Penang bolen terus book! Waze saja The Roost confirm sampai.


Alamat : 10, Persiaran Bukit Jambul, Bukit Jambul 11900 Bayan Lepas, Penang.


Waktu Operasi : 12.00 pm-2.30 pm

6.00 pm-11.00 pm

19 Jul 2025

Review Filem Singsot (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem Singsot : Siulan Kematian (2025) | Hujung minggu datang lagi, kita layan movie horror lagi. Hihihihihi.. alamak movie kali ini kena ikut baca subtitles English sebab 95% dialog dalam bahasa Jawa Jogja. Ternganga Nina nak faham apa yang dikatakan 😂



Sinopsis :


Ipung (Ardhana Jovin Aska Haryanto) si kecil yang taksub dengan burung peliharaan datuknya (Landung Simatupang). Kerana kerap kali melihat datuknya merawat burung sambil bersiul, dia juga ikut sekali. Masalah, Ipung tidak tahu ada waktu-waktu tertentu sahaja boleh bersiul kecuali selepas maghrib.




Neneknya (Sri Isworowati) sudah mengingatkan berkali-kali tetapi biasalah budak kecil, susah nak dengar cakap sehingga perkara seram mula berlaku. Ipung diganggu dan diikuti oleh setan.



Siapa tahu dari siulan biasa Ipung boleh membawa kepada masalah serius, datuknya berusaha menyelamatkan Ipung dari menjadi mangsa siulan kematian. 


Menarik ya? Jarang ada filem yang menunjukkan tema ' larangan bersiul di malam hari' di jadikan tajuk untuk menakutkan-nakutkan penonton. Boleh tengok di Netflix ya. Cuma endingnya, Nina tak berapa faham kenapa Wiwik mati, dan datuk Ipung muncul dari mana selepas berlawan dengan roh orang mati.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com