14 Oct 2025

Makan Nasi Lemak Burung Hantu, Penang

Assalammualaikum readers


Makan Nasi Lemak Burung Hantu, Penang | Kalau di Penang (dalam pulau) setiap hari Ahad dan Isnin,  rata-rata kedai makanan tutup. Sekali keluar cari makan dan beli pasir, makanan kucing mama. Hubby ajak makan nasi lemak ni tapi dah beberapa kali kami laki bini lalu depan restoran mesti full selepas pukul 8 malam. Total makan dalam RM 47.50


Nasi Lemak Basmathi Ayam Berempah - RM 15.40 (Best seller) dan Sirap Limau - RM 4.70 . Mama ambil menu sama + Teh O Ais - RM 3.70, Milo Ais - RM 5.30 & Nasi tambah RM 3


Jadinya, kami singgah solat Maghrib di Masjid Al-Bukhary, Sungai Pinang. Dah selesai solat terus ke town, sampai restoran memang meja dah hampir penuh walaupun baru pukul 7.50. Servis laju dan staf sangat friendly ya. Patutlah ramai customer, ada pelancong dari UK dan Indonesia. Ini antara satu-satunya branch di utara dan yang baru sahaja dibuka pada tahun 2025. Branch Selangor/KL boleh tengok di sini.


Restoran bersih



5 minit menunggu dapat air minuman. Makanan share dengan Harraz, tak sedar dah habis setengah pinggan dia makan 😂 Terpaksa lah Nina minta staf tambahkan nasi. Kami tak menunggu terlalu lama, makan tak sampai 1 jam terus balik. Alhamdulilah sambal sedap! Menepati tekak orang utara yang makan pedas ni. Satu masalah saja, tempat parking terhad, boleh park area Masjid Kapitan Keling atau lorong Little India dan jalan kaki sebab restoran tepi jalan utama.


Alamat : No 2 & 4, Lebuh Chulia 10200 George Town, Pulau Pinang.

No fon : 012-696 1553

Waktu Operasi : 7 pagi - 4 pagi

6 comments:

  1. Selalu jugak nampak rakan blogger makan area KL. Macam menarik je.

    ReplyDelete
  2. bab parking ni menjadi masalah utama kedai makan. Kat JB pun sama.. rasa malas nak bergerak kadang tu sebab jammed dan malas cari parking

    ReplyDelete
  3. Oh dah bukak cawangan di Penang ye. Saya so far sekali je makan dekat NLBH ni.

    ReplyDelete
  4. ooo dah ada caw kat penang ya...
    tekak sy boleh terima laa sambal dia...
    portion pun cukup utk seorg walaupun mahal drpd yg biasa

    ReplyDelete
  5. Aiiiiih dah buka cabang di Penang ya kak? Saya tahu nasi lemak ini di KL. Tp blm pernah coba sampai skr 😅. Kebetulan Nov ke KL, nak coba yg di sana sajalah . Blm tahu lagi kapan ke Penang

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com