20 Dec 2014

Simple GA : Friendship Fridge Magnet

Salam Readers..

Yeahh GA dari akak Shikin datang lagi. Meh beramai-ramai memeriahkan giveaway ke 2 ni. Akceli yang first tu tak sempat join. Tup tup dah tamat. Hampa hatiku ini selama seminggu. Hehe.. Siapa nak fridge magnet comel sila join. 



Klik banner untuk join tau! 

19 Dec 2014

Jamuan Makan Di Swensen's Auto City, Juru

Salam Readers..


Makan Sedap di Swensen's | Kami menternak lemak lagi dan lagi dan lemak memang telah siap sedia berlemak di perut. Lemak macam kek lapis Sarawak tu. Haha.. Dah macam publish entri pasal lemak pulak kan kan. Kali ini, Law belanja makan sebab harini lastday Ika. Sob.. sob


Swensen's Cafe & Restaurant, Auto City, Juru


Akceli seronok bila jadi intern. I can feel it. Cewahh.. Beruntung Ika, farewell untuk dia saja celebrate 3x sebulan. Memula "Farewell & Celebrate Birthday Officemate" kedua pula "Intern Belanja Makan". Mungkin rezeki bakal pengantin kot. Aww.. Tak sabar nak makan nasi minyak dia. Hehe.. Kesian sepanjang 4 bulan LI asyik makan tak henti-henti, konfem kena alter baju pengantin.



Muka bakal pengantin dah kembang


Nasib la dok ofis dengan orang2 kuat makan dengan intern sekali jadi gemok. Ngeh.. ngeh. Thanks to Law (law bermaksud reban dalam bahasa utaqa) for lunch treat. Tak jauh dari kilang tapi makan lebih dari lunch hour. 45 minit memang tak cukup hingga terlajak 1 jam 30 min. Saja drebar buat lupa jalan pulang. Amboii melampau.. Tak plan pun nak lunch kat mana sebab di Auto City banyak restoran so pilih je.


Lunch Aglio Olio + orange juice.. Nyummeh

Muka kenyang + happy


By the way seminggu sebelum habis intern, tukang belanja dapat pengganti baru dari overseas tau. Intern bernama Shu May Han dari The University of Adelaide. Orang KL tapi intern hingga ke Penang. Kami akan melayan sebaik mungkin maybe mangsa seterusnya kalau bab makan2. Hahaha.. 



Otw balik ke ofis


Farewell Nur Atiqah Shamsudin
Bachelor in Mechanical & Tooling Engineering
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute
(UniKL MFI)
  

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com