26 Jan 2023

Taipei, Taiwan 2018 : Yangmingshan National Park

Assalamualaikum Readers


Taipei, Taiwan 2018 : Yangmingshan National Park | Alhamdulillah 100% kerajinan ada dalam diri, 5 tahun tak sambung cerita 😂 Lamanya nak habiskan cerita trip Taiwan pada April 2018. Sambung dari [sini] . Sebut Taiwan terbayang taman negaranya yang banyak dan pelbagai jenis view. Bukan hutan semata-mata macam Malaysia. Setiap taman negaranya ada view tersendiri. Nak tawaf 1 pulau, sebulan baru cukup. Haha.. peta nampak kecik hakikatnya besaq. Sebelum segala 'memori' hilang, baik sambung cerita. Kalau lupa boleh refer blog Anies. Hahah... gelak jahat.



Keluar dari North Entrance TMS terus ke bus stop YNP. Jarak cuma beberapa meter sahaja.
 Bas stop kat sini ya. Jalan memang sibuk maklum hari bekerja


Bas sudah sampai. Memang disiplin rakyat Taiwan, beratur dulu sebelum naik


Cari signage bas ke YNP. Setiap bus stop ada electronic signage. Jadi boleh tahu next bus akan sampai pukul berapa

Bas ke YNP. Bayar tambang guna Easycard. Tambang hanya TWD160 sehala

Dah sampai di kaki YNP. Kami turun ikut penumpang lain. Lepas tu menggagau cari signage, buat macam tahu jalan, walhal tak tahu 





Hari kedua di Taiwan terbahagi kepada 2 situasi. Pada sebelah pagi kami di Taipei dan selebihnya ke luar 'country'. Lebih kurang macam masuk negeri lain atau daerah. Sebelah pagi, kami ke tempat pencinta alam, lokasinya di Yangmingshan National Park (YNP). Baca biar faham ngerti ngak. Haha.. Plan nak datang sini kena study betul-betul, jangan jadi macam kami. Kalau tahu akan sesat, dah terjah ke perkampungan kucing.



Jalan dan jalan, kami pun jumpa tasik biru. Tak tahu kenapa jadi biru. Sebab pencemaran atau semula jadi. Tak jumpa apa-apa signage kat situ. Tapi mustahil sebab pencemaran, ini kan taman negara. Kat sebelah tasik ni ada sauna untuk orang tua (lelaki sahaja)


Selfie puas-puas sebelum balik. Nampak sebelah kiri tempat sauna



Lepas tasik biru, kami pun pusing satu taman kot-kot jumpa tempat menarik yang lain ke, taman calla lily ke. Suasana kat sini memang sesuai untuk berjoging. Udara sejuk dan nyaman, yelah kawasan bukit.



Malam sebelum kejadian, kunci jam pukul 5 pagi, tapi pukul 6 baru bangun. Terlajak tidur. Hahaha.. Dah la Subuh kat sana awal. Dalam pukul 7.20 pagi baru check out hotel dan tuju ke Taipei Main Station. Tiba di TMS, cari kaunter / hentian bas ke Yangmingshan National Park, sebab tak tahu lokasi, kami tanya mana-mana staf yang ada di kaunter. Bas pertama ke YNP dalam pukul 8.30 pagi, bas sampai tepat pada waktunya.



Jumpa peta ni tapi tak membantu langsung terus buat bodo. Hahaha


Nak ke Calla Lily, kena naik light bus ni



Cari punya cari tak jumpa pun tempat Calla Lily. Haa sudah apasal nama tak sama?? Lantaklah janji jumpa bunga. Malas nak fikir. Itulah padahnya tak study betul-betul taman negara yang ada di Taiwan ni. 



Info tentang Yangmingshan National Park ni, untuk korang yang planning nak ke sini. Jangan main terjah macam kami, menyesal tak sudah sebab dah buang masa hampir 5 jam.


  • Tambang ke YNP menaiki bas dalam TWD160 sehala dan naik bas no 108


  • Perjalanan ke YNP ni memakan masa sejam. Lokasinya jauh dari Taipei, sebab tu ramai ke sini dengan kenderaan (drive sendiri atau naik teksi)

  • Dalam pukul 9.40 pagi tiba di NYP, kami mengaku tak habis study pasal YNP ni, jadi turun ikut orang, yang mana ramai turun tu ikut jelah (macam anak itik).

  • YNP ni sangat luas dan besar, penat nak explore semua. Dah nama pun taman negara, rasanya 2 hari pun tak cukup. Sampai saja, tercongok 2 orang kat situ. Peta tak ada langsung, redah dan ingat tempat berhenti tu pintu masuk YNP. Merayau kat sekitar kawasan, tak banyak tempat menarik kecuali kolam air panas (warna biru, lelaki tua yang mandi pun).

  • Kami pun beredar ke tempat lain. Dah jumpa peta, tunggu light bus untuk bawa ke lokasi yang menjadi pilihan iaitu nak tengok kebun bunga calla lily.

  • Situasi kedua di lokasi kedua, tercongok berdua kat tepi jalan. Dah la kekurangan signboard. Sedih pun ada, menyesal pun ada.

  • Jalan separuh kawasan taman negara, jumpa kebun bunga. Nak masuk kena bayar TWD 5. Tengok dari luar saja sebab kawasan bunga lily tak luas macam dalam gambar di website. Sebenarnya tu bukan kebun bunga yang kami nak tuju.

  • Akhirnya, plan nak ke kebun bunga Calla Lily terpaksa dicancelkan. Tak ada rezeki kali ni. maybe next time ada rezeki boleh ke Taiwan lagi dan explore YNP dan kami gerak pulang ke Taipei. Lewat petang takut bas dah tak ada. Kami kembali ke lokasi masa mula-mula sampai


Kaki bunga dan kaki IG boleh snap gambar banyak-banyak kat sini. Lagi satu banyak bunga yang tak pernah nampak, ada di sini. Jakun!


Pokok ni ada di Malaysia tapi di Taiwan punya main banyak ditanam



Kalau duit banyak nak jelajah satu pulau yang makan masa selama 20 hari, baca dari blog. Ini saja yang dapat gambarkan YNP ni. Boleh refer gambar-gambar di bawah, mana lah tau ada yang nak terjah Taiwan!



Bila tak jumpa apa-apa yang menarik, kami refer benda alah ni. Senarai nak ke tempat-tempat menarik di YNP. Walaupun bertulisan, namun bukan semua kami faham.. Lepas bincang, kami decide ke tempat paling dekat iaitu Calla Lily


Jalan dan terus jalan sampai jumpa pintu keluar ke YNP

Tetiba nampak signage ni terus ajak Anies masuk

Misi mencari bunga. Kami jumpa kebunnya tapi bukan kebun 'yang sebenar'. Kecewa disitu


Ini saja yang kami jumpa. Walaupun frust menonggeng, kami tetap happy sebab berjaya sampai ke sini. Terjumpa minah saleh ni.. dia pun macam kami. Sesat! 


View dari luar kebun Calla Lily, nak masuk kena bayar. Jadi Nina ambil gambar curi. Hahaha


Signage memeningkan. Semua no bas ke tempat yang sama


Hari pun dah hampir ke pukul 6 petang, kami bergegas ke bus stop. Terlepas bus terakhir naya!


Kami tunggu bas di sini untuk balik ke Taipei sebelum hari gelap



Itu saja cerita kami, janji dah sampai. Pengalaman yang kurang seronok tapi bak kata Anies banyak benda kami belajar dan dapat pengalaman yang paling berharga.


25 Jan 2023

Review Filem Skylines (2020)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Skylines (2020) | Sekali sekala layan cerita alien ok jugak. Tak terlalu menakutkan sebab perangai manusia pun banyak macam alien sekarang ni. Eh tiberr. Jalan cerita mulanya ditayangkan di TV dan difilemkan. Ada 3 sekual untuk filem ini. Ini sekuel yang ke 3 dan release di Netflix. Masih tunggu untuk siri-siri yang lain. Apa yang menarik pelakon Indonesia, Yayan Ruhian berlakon dalam filem ni melawan alien. Bukan caleng-caleng.




Sinopsis :


Sambungan dari filem Beyond Skylines. Rose mengetuai armada kapal angkasa manusia menentang kapal mahkluk asing yang dipanggil 'Penuai' berada di atas kapal induk di bulan. Bagaimana pun, Rose terpaku dan terpaksa menembak salah satu kapalnya sendiri apabila masuk ke dalam pertempuran dan mengorbankan beribu-ribu orangnya sendiri tetapi dia berjaya memusnahkan armada Penuai. 


Owens, Trent & Leon (Trent : manusia yang dijangkiti virus)


Kerana bersalah, Rose lenyap dan melarikan diri. Dalam tempoh 5 tahun, manusia membina semula kehidupan bersama berbilion alien-human hybrids yang dipanggil 'Pilots'. Rose tinggal di khemah berhampiran London, untuk mengelak di kesan pasukan penentang diketuai, Leon. 


Doc Mal (kawan Rose, yang menciptakan serum untuk virus Pilots)


Rose di tangkap dan bertemu semula abang angkatnya, Trent dan bersetuju sertai misi Jeneral Radford untuk mendapatkan pemacu teras makhluk asing. Dengan itu manusia ada peluang untuk menyelamatkan Pilots. Di Cobalt One, kapal mereka terhempas selepas berlanggar dengan kapal Penuai yang kosong. Mereka mendapati, planet itu dipenuhi dengan mayat Penuai dan makhluk berupa bayang-bayang hasil mutasi Penuai. 


Selepas bersusah payah menyelamatkan diri dan berjaya mengambil pemacu teras. Rose dan Leon mendapati Radford telah mengebom Cobalt One sebelum ketibaan mereka dengan senjata biologi, virus yang sama menjangkiti Pilots di bumi.


Ros dan Violet (dalam filem ni ada 2 Pilots yang bekerja dengan Radford)



Leon dan Rose berjaya kembali ke kapal, Radford menggunakan pemacu teras untuk memusnahkan Cobalt One dalam misi pembunuhan beramai-ramai. dan virus itu bertujuan untuk memusnahkan Pilots dan Penuai secara aman. Dapatkah Rose selesaikan misi mencari penawar bersama Doktor Mal dan mencari bapanya, Mark Corley? 


🌟🌟🌟/5


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com