9 Feb 2013

Biodata Nelydia Senrose

Assalammualaikum..


Biodata Nelydia Senrose | Nelydia Senrose pelakon drama Setia Hujung Nyawa. Bestkan layan drama "Setia Hujung Nyawa" dan terus nak share biodata heroin tu. Nelydia memang comelkan? Suka dengan perwatakan dan mukanya yang cool tu. Kalau nak tau Nelydia pernah berlakon dalam drama Spa Q menjadi anak kepada Norish Karman. 






Biodata Nelydia Senrose :
 

Nama Penuh : Nik Zaris Nelydia Senrose Binti Nik Sen


Nama Komersial : Nelydia Senrose 


Tarikh Lahir : 30 Julai 1994


Umur : 21 Tahun (2016)


Tempat Lahir : Tumpat, Kelantan


Asal : Kota Bharu, Kelantan


Adik-Beradik : Anak ke 3 daripada 7 beradik (4 Perempuan 3 Lelaki)


Anak Kacukan : Melayu-Siam

Kerjaya : Pelakon, Model, Duta & Pelajar

Akademik : Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya

- Mendapat 6A's dalam SPM

- Sedang melanjutkan pelajaran di SEGI College dalam jurusan Psikologi.

Pencapaian : Pelakon Drama Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2015

- Bintang Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2015 







Drama : Spa Q 1 dan 2 (2007/2008), Spa Qistina & Datin Wan Abe (2009), Ahmad Durrah (2010), Pak Suman (2011), Puaka Bunga Tanjung, Friday I'm In Love, Setia Hujung Nyawa (2012), Cinta Jannah, Strawberi & Karipap (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2014), Jasmine, Tundukkan Playboy Itu (2016)


Telemovie : Anak Aku Artis (2009), Iqra, Mistik Alam Hitam, Khalifah dan Si Tudung Tweet (2011), Setia Hujung Nyawa Raya (2013), Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris (2014), Strawberi & Karipap Hello Gold Coast (2015), Crush Next Door (2016)


Filem : Cinderella (2013), Mat Tudung (2014)

- Hampir 7 tahun Nelydia berlakon, baru sekarang namanya dikenali umum. Semuanya gara2 kegilaan ramai terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang ditonton hampir 3 juta orang di TV3, sekali gus membuatkan penonton membuka mata bila Nelydia membawakan watak Ersalina Imani (El) berganding dengan Amar Ashraf (Zain Hakimi). 


Nelly mula berlakon sejak berusia 13 tahun dan memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan bukan seni kerana berminat memerhati dan mengkaji tabiat manusia. Nelly juga sepupu kepada pelakon baru, Emma Maembong dan kakaknya, Uqasha Senrose, 21 yang turut berlakon.






Last Updated : 4/27/2016

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com