23 Feb 2019

Akad Nikah ArelxFyka Di Nexus Business Suite Hotel, Shah Alam Dan Resepsi @ Bizmilla The Royal Ballroom Subang Jaya

  Assalamualaikum Readers
 
 
Akad Nikah ArelxFyka @ Nexus Business Suite Hotel, Shah Alam Dan Resepsi @ Bizmilla The Royal Ballroom Subang Jaya | Kalau ikutkan panjang lagi tajuk entri ni. Ok, kerana malas nak buat 2 entri maka Nina gabungkan sekali. Finally, jejaka yang pernah menjadi kegilaan gadis-gadis (dah kawen pun bini orang cari lagi, kami block soc med pompuan tu) di kolej dulu dah tied the knot! Hehe.. Alhamdulillah buat Arel.



Frust budak-budak batch kitaorang tengok gambar wedding (I guess, gedik sangat). Pengantin lelaki memerangkap bff kepada bf Nina. Kalau tak kerana 'tersangkut jatuh hati' dengan mamat ni tak attend wedding. Bukan rapat pun, sebab kena bahan dalam kelas. Nyampah teringat zaman study, sekarang masing-masing dah jadi bapak budak (jangan tanya bila Nina nak jadi mak budak).
 

Kami sampai je baru dengar pak imam nak nikahkan. Phewww
 
Cantikkan ! Soft yellow
 
3 jejaka di kolej suatu ketika dulu, tinggal sorang je lagi nak dinikahkah. Doakan kami

 

Depa (dorang) dah couple lama kata bf, habis study tak pernah kisah life orang. Kiranya PJJ (Melbourne & Jeddah) . Bini pengantin nurse di Jeddah jadi lepas wedding, kena pulang ke sarang negara kedua semula. So, kami berdua excited meraikan pengantin baru. Plan nak gerak pagi Jumaat (14 Dec 18), Alhamdulillah selamat sampai tengahari tu. Tahun lepas punya cerita daaa..



Cantik view dari bilik pengantin

Smart juga bangunan hotel ni

 
Masing-masing makan tak tengok ke lain
 
Bekas wartawan melodi, kenal tak Farhan Ikram gais?
 
 
Keesokkan harinya, Sabtu (15 Dec 18), tiba hari kenduri. Gerak ke E.City Hotel (sebelah bangunan Bizmilla). Nak dijadikan cerita, malam kenduri, pengantin cakap bf kena jadi pengganti pengapit, baju tema pun tak tau. Pagi tu, kalut cari mall, nak cari baju kemeja warna kuning sampai bergaduh. Masuk 3 mall semua takda jual baju, area USJ. Bebai (bengkek hati) macam orang tak siuman cari baju sana sini. Lastly tak bertukar baju, tak sepadan dengan pengapit perempuan. Hentam sajalah labu.
 
 
Sepadan pasangan ni

 
 Geram punya pasal tak ada gambar selfie di pelamin. Tak apa lah
 
Jejaka-jejaka untuk ditackle, 4 down 4 to go & 1 on the way. Kalau tak faham buat-buat faham
 
Masuk air semua ni
 
Cantikkkkk. Satu dewan dah 29k ++
 
Cantik betoi Bizmilla ni. Kat Penang tak buka ke Milla? Kata orang Penang


With bini Syed, lelaki yang suka mengusik Nina dalam kelas

Hatiku mekar dan kembang bak munge-munge di dinding
 
Entah bila nak makan kenduri kat sini lagi. Jadi kita tempek gambar
 
Tak sure kereta pengantin ke atau orang lain. Sebab dalam sehari ada 5 kenduri di Bizmilla tu

 
Kami dilayan bak VVVIP, haha.. meja khas siap bunga-bunga. Kerlas.. Semua lauk sedap (kecuali rojak, kuah cair). Bihun sup dengan aiskrim homemade berapa kali tambah (muka tak malu sebab ada bini kawan tolong ambilkan). Cotton candy pun ada, lain dari yang lain. Nanti bersambung part JJCM sekitar KL dan Cameron. Tak sah kalau tak ada part ternak lemak. Apa pun selamat pengantin baru Syezrel Azrey & Nur Syafikah (time entri publish ni Arel dah balik Melb).
 
 


8 comments:

  1. Yang mana satu boyfriend kak Nina ni? hehe :D

    ReplyDelete
  2. aaaa cantiknya tempat ni! tahniah kepada pengantin!

    ReplyDelete
  3. barakallahulakuma utk mempelai..


    sunway piramid terjah x? dekat dah tu dgn USJ...parkson pun ada kt USJ jg... kalu beritahu sy tentu sy boleh tlg...

    ReplyDelete
  4. terbaek.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  5. Wah.. Cantiklah dewan dia.. Warna tema pengantin pun sweet je..
    Tahniah buat pasangan pengantin..
    semoga perancangan Nina dan si dia dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada perantin, yg belum ni bila bila bila :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com