4 December 2019

Review Filem : Frozen II (2019)

Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem Frozen 2 | Dah tengok ke belum movie Frozen 2 ni? Kalau tak tengok yang first punya memang tak berapa faham sangat. Jadi kisah sambungan ni akan merungkai macam mana Elsa boleh dapat kuasa magik dia tu dan macam mana Elsa dan Anna jumpa bangkal kapal milik ibu bapa yang karam di laut. Hujung bulan lepas, pi tengok dengan tunang di GSC, Queensbay Mall. Filem ini menjadi pilihan ramai dah ditunggu-tunggu dan berjaya mencatat kutipan $927.9 million.   
 
 
Frozen II
 
 
 
SINOPSIS FROZEN II
 
 
 
Bermula dengan kisah perjanjian antara Raja Agnarr dan datuk mereka, Raja Runeard untuk membina empangan menyeberangi Enchanted Forest bersama orang Northuldra. Bagaimanapun berlaku peperangan yang menyebabkan kematian Raja Runeard dan semangat Bumi, Api, Air dan Angin hilang begitu sahaja dan ramai yang terperangkap di dalam kabus tebal Enchanted Forest. Raja Agnarr berjaya diselamatkan oleh seseorang.  
 
 
Elsa asyik risau dengar suara misteri
 

Olaf menceriakan part sedih tu bila dia cair
 
Welcome to Enchanted Forest
 
Part nyanyi bosan
 
 
 
 Selepas 3 tahun berlalu, Elsa, Anna, Kristoff, Olaf dan Sven keluar dari istana Arendelle untuk merungkai misteri dimana Elsa mendapatkan kuasa magisnya dan misi menyelamatkan kerajaan Arendelle selepas Elsa menyeru suara misteri dan memanggilnya hamper setiap malam. Mereka ke Enchanted Forest dan selepas Elsa secara tak sengaja membangunkan semangat Bumi dan penduduk Arendelle terpaksa keluar dari rumah. Pabbie memberitahu Elsa perlu perbetulkan keadaan dan mencari kebenaran kisah silam.
 
 
 
 
Semangat Api ni comel
 
Dua orang ni kelakar
 
Semangat Air
 
 
 
Maka bermulanya kisah pengembaraan Elsa dan rakan-rakannya. Bila dah masuk Enchanted Forest tu, slowly Elsa dapat satukan 4 semangat yang ada dan dia dapat tengok siapa ibu bapa mereka sebenarnya. Nina tak nak cerita semua nanti spoil. So yang mana minat sangat Frozen, wajib tengok sebab cantik sangat, colourful dan lawa baju Elsa lepas dia masuk ke Ahtohallan.
 
 
 
Boleh layan trailer dulu. Nina bagi 4 bintang! Banyak part nyanyi, krik-krik jugak 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. Lagu dia tak wow sangat macam Frozen 1..

    ReplyDelete
  2. bawa si kecik tgk, bdk bdk mmg suka la...

    PS: haah, hasil dia cantik, tpi kalau org yg mmg tulisan cantik, mcm kaligrafi

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com