18 Jan 2020

Tempat Makan Sedap Di Whizz Burger Cafe Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Whizz Burger Café Penang | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Whizz Burger Café Penang | Bukan nama blogger Nina kalau tak share tempat makan best di Penang. Harini nak berkongsi satu lagi café bumiputra berkonsepkan 2 in 1 (café dan barber). Sambil makan boleh singgah gunting rambut. Café orang melayu yang boleh singgah jika ke Pulau Pinang. Port makan di Penang dengan menu-menu yang pelbagai, bukan hanya jual burger semata-mata tapi kesemua makanan dibuat secara homemade dan penuh kasih sayang.


Whizz Burger Café & Min's Barber Café
 
Whizz Burger di sebelah atas
 
 
 
Whizz Burger Café ini dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Fahmy dan Puan Fauziah dan pengusaha bumiputra berasal dari Penang yang berjaya mencipta sebuah café berkonsepkan menu masakan barat (HOMEMADE) dengan sentuhan fusion. Segala resipi hasil idea tersendiri dari Puan Fauziah. Meh tengok menu homemade masakan barat jommm. 7 jenis menu di bawah ni WAJIB cuba! Memang sedap dan Nina suka rasanya yang tak kedekut rempah ratus. Nanti nak bawa kawan-kawan dan mama tunang pulak. Yang penting café ni boleh buat parti, bukan parti dangdut tapi more to celebrate birthday (theme), anniversary etc tau.   



Gila Kentang
 

Sedap makan panas-panas, tak rasa muak. Terserlah bau harum serta rasa herba (perapan) serta sos resipi istimewa dalam menu ini. Tekstur kentang yang tebal, garing di luar dan lembut di dalam. Tak puas makan!


Carbonara with Chicken Strips
(tak rasa susu dan tak muak, tak payah nak order lemonade)


Carbonara pertama yang Nina makan terus jatuh cinta. Sejenis tak berapa gemarkan rasa dan bau susu. Bila makan terlalu banyak akan terasa muak. Dalam carbonara di Whizz Burger Café ini rasa susu di dalam pasta telah di seimbangkan dengan rasa herba yang sedap. Kena cuba sendiri baru tahu.  

 
Half Kilo Beef/Chicken Burger


Patty homemade (ayam dan daging) yang mana setiap satu 250 gram beratnya. Konsep burger di Whizz Burger Café bukanlah jenis yang sos meleleh banjir sampai burger kembang tu. Paling malas nak makan burger sebab comot mulut dan tudung sebab sos terlampau banyak. Burger di sini mengetengahkan rasa patty itu sendiri dan dimakan bersama salad (lettuce), cheese, sedikit sos istimewa homemade.
 
 

Half Kilo Burger ni boleh pilih nak mix kan beef dan chicken atau hanya beef atau chicken. Patty padat dengan isi tau.
 
Nasi Arab Mendy Citarasa Malaysia
(WAJIB makan bersama dengan condiments, lain sangat tak bau kuat rempah ratus) 

Resepi nasi mendy ini telah diberikan twist mengikut citarasa melayu dan didatangkan bersama sup, sambal merah dan salad ala KFC tapi ternyata nasi arab ni dah dikacukan. Haha.. tak berapa nak arab. 


White Meatball with Cheese Fondue
(sedap makan panas-panas sambil tarik cheese, sedap lagi dari meatball IKEA) 


Meatball ini dari mozzarella cheese fondue, kombinasi antara meatball, sos istimewa serta cheese fondue memang kena dengan tekak. Hehe.. 


Portabello Mushroom Burger


Portabello ini sesuai buat peminat cendawan, sangat crispy tau. Apa yang unik, Portabello mushroom burger ini terdapat mozzarella cheese di dalam pattynya. Memang terasa feel bila kunyah cheese bersama cendawan itu. 


Portabello mushroom burger ni adalah menu baru yang belum dirasmikan lagi. Patty nampak juicy sangat ditambah cheese! Teringin nak makan lagi.

Aglio Olio Beef
(isi daging seketul-seketul tanpa ada lemak, urat daging)

Senorita Chicken Chop

Chicken chop ini rasanya lain terutama ayam. Perapan tepung bagi ayam menggunakan tepung homemade yang menjadikan ayam ranggup diluar dan mengekalkan juicy isi ayam di dalamnya. Tepung homemade yang digunakan lain ini kerana selepas ayam digoreng, minyak tak akan diserap ke dalam ayam. Jadi bila di potong ayam bebas dari minyak. Sos juga merupakan kombinasi sos lada hitam dan cendawan. 


Senorita Chicken Chop ni kena makan panas-panas lepas tuang kuahnya. Menggoda betul. 

Air minuman hanya disediakan air tin
 
 
Terletak di lokasi strategik, berada di tengah-tengah bandar George Town. Sangat mudah nak cari Whizz Burger Café menggunakan waze, ataupun boleh jadikan bangunan Kamdar serta Mekio Home Furnishing sebagai penanda lokasi, confirm jumpa café ini. Kemudahan tempat parking juga mudah disepanjang jalan, jangan risau bab tempat letak kereta jika berkunjung ke café ini. Whizz Burger Café terletak di dalam bangunan gerai 2 tingkat bertentangan dengan Mekio Home Furnishing.



Whizz Burger Cafe, Lorong Kinta, Georgertown

Nampak tak potong rambut mesti mengantuk jadi yang menunggu boleh menjamu selera dulu

Min's Barber Café

Untuk perempuan kalau nak datang buat rambut boleh booking dulu

Kesemua deco dalam bangunan ni hasil idea owner bersama adiknya (owner barber café)


Café ala-ala hipster apabila menggunakan cat berwarna hitam

View Barber Cafe dari tangga ke Whizz Burger Cafe


 
Jika dilihat di depan bangunan café terdapat dua logo kan? Jangan keliru tau. Boleh terus masuk ke dalam café. Masa memula sampai tercari-cari juga café, rupanya bila nampak Min's Barber Café tu boleh terus terjah (bagi salam dulu). Hehe.. Takut tersalah masuk kedai orang pun ada. Bila masuk barber shop pun dah nampak lawa hiasan dalamannya. Bukan calang-calang café. Konsep café ini merupakan kombinasi ala-ala barber shop café gitu. Pemandangan dekorasi café di tingkat dua pula berkonsepkan hipster, simple, cozy dan selesa untuk menjamu selera. Jommm tengok kawasan!    

 

Dekorasi Whizz Burger Café

Pilihan minuman yang ditawarkan di café ini hanya asas saja. Kerana owner ingin fokuskan kepada makanan. Antara air yang ada seperti jus dalam tin, berkarbonat serta air dari set mesin kopi (teh tarik, white coffee)
 

 
 


Dah siap makan wajib mengabdikan kenangan selfie di dalam café. Kami bukan lesbian tau. Semoga kawan Nina ni cepat bertemu jodoh

Ala-ala cowgirl
 
Menu-menu lain

 
 
WHIZZ BURGER CAFE
 
 
No. 94, Lorong Kinta,
10400 George Town, Penang.
 
Buka : 1.00 pm - 10.00 pm
(tutup setiap Jumaat)
 
 
Official FB : Whizz Burger Cafe
 
 
 

8 comments:

  1. nampak pun sedap2 ni nina, kedai pun hipstur kan

    ReplyDelete
  2. wahh menarik.. menu pon nmpk sedap..

    ReplyDelete
  3. Aduh terliur. Kena pergi ni. Mana tau on the way naik ke cafe nampak jodoh tengah potong rambut. Haha

    ReplyDelete
  4. menarik tengok menu western dia. Semua nampak sedap

    ReplyDelete
  5. Patty burger diorang buat sendiri ke? Kagum lah sebab jarangkan menu burger buat sendiri patty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya patty memang homemade tebal 1inci tau..Burger setengah kilo mmg sempoi

      Delete
  6. memang sedap semua menu dkt whizz burger ni kan3
    recommended

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com