19 Oct 2014

Review Novel : Cinta Pandang Ke 2

Salam Readers..


Novel Cinta Pandang Ke 2 | Seronoknya bila dapat cuti 5 hari. Terima kasih bos! Muah ciked. Dapat habiskan bacaan novel yang dipinjam dari ofismate. Orang dah tengok drama adaptasi novel tahun lepas, aku baru habis baca. Sadis lagi sedih. Ok meh nak review cikit.


Novel Cinta Pandang Ke 2 


Sinopsis Novel Cinta Pandang Ke 2 : 

Zairul Hasmat, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia belajar hingga ke Jepun untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan dari seorang ayah. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan kenangan lama. Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya menjadikan dia hidup dalam bayang2 silam.


Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita. Untuk mengembalikan maruahnya, Zairul berjanji akan berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu menjadi mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa.


Ainnur Azleen, seorang gadis yang dulunya gemok mencari cinta dan harga diri hingga ke Newcastle. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit hampir2 dicabul oleh pensyarah sendiri. Hanya kerana 1 kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas merayu untuk menjadi isteri ke 2 pensyarahnya itu, ternyata tiada jodoh.


Forgive and forget. Ainnur belajar untuk memaafkan diri sendiri dan melupakan kisah silam. Lalu anak tunggal yang patuh pada ibunya berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat. Siap boleh buli lagi. Selepas berbelas-belas tahun mereka bertemu di bawah 1 bumbung. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing2 cuba menyembunyikan identiti diri di zaman sekolah. Ainnur dengan permainan yang sedang diatur. Zairul terpaksa mengalah dan berhenti kerja, bimbang cinta pertama yang pernah berputik akan memakan diri.


Di Phuket, 1 kejadian tak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibunya dan dipenjarakan di Phuket. Hanya Zairul yang ada untuk menolong. Ainnur mengaku Zairul adalah suaminya kepada orang imigresen dan untuk membebaskan Ainnur, Zairul terpaksa menunjukkan sijil nikah. Dia terpaksa mengahwini gadis itu dengan akad nikah jarak jauh. Hanya cinta pandang ke 2 segalanya menjadi nyata mereka menyinta. Zairul telah menemukan harga dirinya. Dia pulang sebagai anak yang mewarisi Venture Holding.


*3/5   

7 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com