23 Mar 2016

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker (Slot Dahlia)

Salam Readers..


Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker Lakonan Mia Ahmad | Drama terbaru Mia Ahmad | Lama rasanya tak tengok lakonan Mia Ahmad selepas drama Hati Perempuan. Drama adaptasi novel dan terbaru di TV3 pertengahan bulan April ini. Mia Ahmad sebagai Sara Azreen. Tak pernah lagi baca novel ni. Ditayangkan di Slot Dahlia sebanyak 20 episod.


Drama Mr Boss Miss Stalker

Novel Mr Boss Miss Stalker
Hero dan heroin

Barisan pelakon MBMB


Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker


Mengisahkan tentang Sara Azreen (Mia Ahmad) diberi tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil yang bernama Hariz Zhafran (Ashraf Muslim). Sara disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn. Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula tertarik hati.



Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatannya meresahkan Sara apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya. 



Apa yang merumitkan lagi keadaan bila Hariz melamarnya. Perlukah Sara beritahu Hariz perkara yang sebenar tentang rancangannya atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz? Nanti kita saksikan..





22 April 2016
Slot Dahlia TV3
Sabtu - Ahad
7.00 Malam


2 comments:

  1. Macam menarik drama ni. Dan first time nak tengok Mia Ahmad berlakon. Barisan pelakon yang lain pun best.

    ReplyDelete
  2. entah kenapa sy x berapa nk suka asyraf muslim jd hero dlm cerita ni

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com