6 Mar 2016

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu (Slot Akasia TV3)


Salam Readers..


Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu | Lakonan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose | Honestly aku dah jatuh cinta sejak episod pertama. Entah rasa best tengok Harraz Naufal dan Nurin Arissa. Gandingan yang secocok dan sweet. Drama menggantikan Cinta Si Wedding Planner. Setiap episod drama TPI meraih rating sebanyak 2 juta. Pada episod pertama sebanyak 2.6 juta. Tahniah buat Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose ! Mengisahkan seorang jejaka playboy yang jatuh cinta pada seorang model misteri yang berpurdah. 


Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk sama bersiaran pada 17 Februari 2016 setiap 6.58 pm di Slot Akasia TV3. Dijangka 30 episod. Tak sabar nak tengok pasangan sweet ni :)



Drama Tundukkan Playboy Itu Lakonan Uqasha Senrosa dan Hafidz Roshdi

Poster Drama Tundukkan Playboy Itu

Novel Tundukkan Playboy Itu


Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu

Harraz Naufal merupakan majikan Nurin Arissa. Seorang lelaki playboy dan sukakan wanita seksi. Kerana syaratnya mahukan Nurin membuka tudungnya, menyebabkan Nurin enggan bekerja di situ. Namun atas desakan kedua-dua orang tua mereka menyebabkan Nurin akur.



Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.



Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz menawarkan pekerjaan sebagai arkitek kepada Nurin. Tujuannya meminta Nurin bekerja di syarikat anaknya, agar Harraz akan jatuh cinta pada anak rakannya itu. Jadi mudah lah mereka untuk menyatukan anak mereka nanti. 




Kehadiran Nurin di syarikat itu amat menjengkelkan hati Harraz. Dia terpaksa menerima semula Nurin bekerja kerana desakan dari papanya. Harraz sentiasa menyakiti hati Nurin berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan saja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz. 



Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz. 



Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model yang tidak dapat hadir last minute. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz dan Farhan.


Barisan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu
Harraz lamar Nurin
Nurin mengandung
Harraz, Nurin dan Farhan 
Ariana, ayah Nurin

Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut sehingga sanggup mengupah penyiasat persendirian. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.



Adakah Harraz bakal bertemu jodoh dengan Nurin? Berjayakah Nurin menundukkan sikap playboy Harraz? Apakah rancangan jahat yang diatur Elfira untuk menghancurkan kerjaya Nurin? 


Elfira




Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu :


Hafidz Roshdi - Harraz Naufal
Uqasha Senrose - Nurin Arissa
Alif Satar - Farhan Badriz
Mawar Rashid - Elfira
Ridzuan Hashim - Tan Sri Mukhriz
Maria Farida - Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bashah - Suffian
Marisa Yasmin - Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman - Dato Majid
Ben Asri - Nashreen Lee
Navilya Husna - Intan
Ziha Salleh - Suliza
Faradiella Mokhtar - Dr Ida
Shaza - Eva
Amylia - Wana
Faris Zoren - Eriq
Nazmi Nordin - Ash
Syahera Manrose - Ariana
Alex Faizal - Aidil


6 comments:

  1. hero hensem !! ahahhaa.. kdg2 ada tengok time makan kat kedai..
    budget time so that pegi makan time tayang citer ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, dahsyatnya rating citer nih!

    ReplyDelete
  3. Dalam tonton ada kan? Nak tengok la jugal dah nina kata best. Selalu xlayan drama adaptasi ni sebab jalan cite lebih kurang sama hewhewhee

    ReplyDelete
  4. tengok kekadang jer.. dah kurang layan tv sekarang..

    ReplyDelete
  5. sy bc novel dia je...tu pn x habes hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com