10 Jan 2017

Buah Nam Nam Atau Katak Puru

Assalamualaikum Readers..


Buah Nam Nam Atau Katak Puru | Khasiat Buah Katak Puru Rawat Penyakit | Salah satu buah hutan yang semakin pupus dan menjadi faveret Nina kalau balik kampung. Sampai saja terus terjah pokok nam-nam dulu. Budak-budak sekarang mesti tak pernah makan, tak pernah tengok atau dengar nama yang agak pelik. Pokok yang berasal dari Borneo dan boleh ditemui di Semenanjung terutama di Utara dan Pantai Timur. 


Buah nam-nam yang dah masak warna kekuningan


Pokok nam-nam atau katak puru


Di Utara, di panggil buah nam-nam, buah yang kaya khasiat untuk ubat kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Rasanya yang unik dan berselera untuk dimakan. Di panggil katak puru mungkin sebab kulit yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. Walaupun nama dan bentuk tak secantik buah-buahan lain, bagi yang biasa makan membuatkan air liur meleleh.


Pokok kata puru mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji. Mudah tersebar bila biji dicampak atau dibuang. Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tak ditanam. Buah yang berwarna coklat, rasanya masam kelat ketika muda dan berubah menjadi masam manis apabila masak. 


Buah semuanya di pangkal pokok, bunga macam belimbing buluh dan pokok ni berusia 30 tahun


Isi buah nam-nam. kecur air liur. Cicah dengan kuah rojak saja. Boleh dijadikan sambal makan bersama nasi


p/s: Raya cina nak balik kampung lagi lah, mesti banyak buah nam-nam dah masak sambil kutip siput remis 😜

16 comments:

  1. Oooppss Mrs. A yang dah tua ni pun tak tahu pasal buah ni ngeh! ngeh! ngeh!

    Kat kampung Mrs. A takde pun, ke Mrs. A tak habis rayau pelosok kampung.

    Terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  2. Buahan nadir yang semkin dilupakn.
    Ada nilai herba yang hebat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Sebetulnya baru mengikuti blog anda. Sungguh menarik dengan maklumat-maklumat yang berguna melalui penyampaian yg santai..insya allah dalam waktu terdekat nanti nak pergi melawat pulau penang dan ho chi minh!

    Keep blogging!

    AG

    ReplyDelete
  4. pelik nama dia..n xnah dengar pung
    sedap ye..boleh la bg k.el rasa nti tau

    ReplyDelete
  5. oh buah ke...
    sekali pndng tgok 1st pic tu mcm karipuff..hihihi =p
    baru tau

    ReplyDelete
  6. Pernah baca kat blog pasal buah ni...tp tak pernah tengok real.Sedap ye Nina?..Nasib tak mengandung kalau mengandung kena cari jugak sampai dapat ni haha

    ReplyDelete
  7. Sha pernah dapat buah nie.. tapikan, tak berani nak makan..
    hahaha..

    ReplyDelete
  8. wah...first time saya tengok nih...unik betul!!

    ReplyDelete
  9. tak pernah mkn... tengok je... hahaha

    ReplyDelete
  10. xpernah makan..pnh tengok jer

    ReplyDelete
  11. Sedappp em ayah sy makan buah tu..alhamdulillah sdah sihat dari sakit buah pinggang dia.dan skarang sy pula yg kena sakit buah pinggang..dan ini skrang masa sy pula untuk lalui khidupan ni..doakan sy ye guys.

    ReplyDelete
  12. macam mana saya nak dapatkan buah ni?

    ReplyDelete
  13. Mcmana cara nk jadikan buah ni sebagai ubat? Prosesnya mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dijadikan ubat. Hanya makan utk dpt khasiat dr buah

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com