13 Nov 2020

Review Freeman Polishing Mask Charcoal And Black Sugar

 Assalamualaikum Readers


Review Freeman Polishing Mask Charcoal And Black Sugar | Salah satu produk gatal beli di Guardian. Nina dan adik ipar memang tak boleh masuk DIY, Kaison, drug store dan seangkatan sebab kami akan terlajak beli, terlajak masuk boleh undur lagi 😏😂 Tambah pula mama bagi duit, beli barang yang tak patut beli. Semuanya ter ter. 


Freeman Polishing Mask Charcoal and Black Sugar 

Selamat dibawa ke mana sahaja



Nina tak pernah pakai produk Freeman ni. Kena rasuk terus grab, konon nak pakai satu rumah. Last-last adik-adik ipar tak pakai, bawak balik rumah. Nasib muka 'OK' lepas pakai. Cuma produk ni bila absorb tu tak panas macam mask Kiehl's . Sebab mask Kiehl's absorb kotoran dari dalam kulit jadi bila pakai agak panas, dah kering muka rasa biasa.


Ada gula bila pakai muka shining

Tunggu 7 minit jangan lebih, nanti gula akan cair


Produk Freeman ni betul-betul polishing muka! Serius best 👍🏼👍🏼 Wajib pakai seminggu sekali untuk buang segala daki-daki, blackhead dan whitehead di muka. Bila muka tak bersih betul-betul, bila pakai serum, lambat menyerap dan kesan pun ambil masa lama. Bila dah buang, boleh nampak pores dah kecik-kecik 😍😍


Muka dah hilang blackhead dan whitehead di area T-zone. Yang tinggal parut jerawat

Dua-dua produk ni wajib pakai seminggu sekali. Kiehl’s untuk absorb kotoran dan matikan jerawat yang nak naik & Freeman untuk scrub/polish segala kotoran 

Dah bersih muka boleh sapu serum. Cepat absorb bila muka betul-betul bersih



Cara Pakai Scrub :


Sebelum pakai mask, cuci muka terlebih dahulu dan wapkan muka supaya pori-pori terbuka. Dah apply, biarkan selama 7 minit dan start tonyoh muka dengan scrub sampai keluar semua kotoran. Cuci muka guna air suam dan gosok lagi muka, mesti ada yang keluar. Selepas itu, baru cuci muka guna air sejuk/berais untuk tutup pori-pori.


Nina akan gosok muka guna kuku, pastikan kuku bersih dan potong pendek. Hasilnya memang keluar whitehead di dagu, hidung dan pipi. Rasa lagi puas! 😁


My Review :


  • Sebelum pakai wapkan muka bagi pori- pori terbuka. Lepas pakai kulit akan rasa suam-suam but it's okay.

  • Bau charcoal tapi tak kuat sangat.

  • Jangan biarkan masa lebih dari 7 minit, sebab gula yang ada dalam mask akan cair. Bila cair meleleh turun dari muka, nak scrub pun dah tak best.

  • Produk ni lebih kepada facial scrub dan bukan mask sebab mengandungi gula.

  • Lepas basuh muka, kulit akan jadi licin dan lembut. 

  • Exfoliant, sugar tu fungsinya untuk buang segala daki, kulit mati, whitehead dan blackhead. Mencerahkan muka bila pakai produk ada arang. 

  • Tak galak kulit sensitif dan kulit berjerawat, bernanah guna produk ni sebab akan buat kulit kemerahan dan akan lukakan kulit. Ia scrub yang kasar. 

  • Walaupun best tak digalakkan guna lebih dari sekali dalam seminggu sebab akan mengeringkan kulit terutama yang kulit kering.


11 comments:

  1. Haah macam penyental/skrub sahaja tengok daripada jadi topeng(mask).

    ReplyDelete
  2. saya pakai Freeman yang pink tu.. best jugak.
    wangi2 jugala Freeman nye masker ni.. tapi jarang guna. time rajin je..

    ReplyDelete
  3. Hallo salam kenal, blognya menarik, desainnya unik dan keren. Eksotik nampaknya.

    Oh ya masalah produk yang direviuew apakah ini sama dengan bioreman dan dipakai pria juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Martin : Salam kenal. Terima kasih ya. Hampir sama bioreman

      Delete
  4. kucing pun ambil kesempatan untuk posimg juga ye ..

    BTW produk yang bagus boleh digunakan tanpa risau dan was-was.

    lebih-lebih lagi pada bahagian muka..kulit agak sensitif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Hanafi : kucing British short hair FIL ni memang suka jd model.

      Delete
  5. sama!! memang takkan masuk watson kalau duit cukup cukup je 😅

    pernah try yg madu je , tak pernah pula try charcoal . nak try lah ! hehe

    ReplyDelete
  6. Kulit jerawat tak sesuai ye. Baru berangan nak try sebab blackhead berumahtangga kat hidung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Sebab ada gula. takut jerawat tu akan lebih teruk

      Delete
  7. Yang freeman tu macam menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  8. yaya pon pernah pakai freeman ni tapi utk yg lain function la.lupa pla sbb lama da hbis.tp xbeli baru sbb ade stok lain yg nak kene habiskan..hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com